Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Thursday, December 30, 2010

Wanita2 yang akan membawa lelaki ke neraka

Di riwayatkan-
'' seorang lelaki diiringi oleh malaikat utk masuk ke syurga ALLAH, ketika satu saja kakinya utk memasuki syurga, tiba2 terdengar sayup2 suara di neraka-
''wahai tuhan! tahan lelaki itu dari memasuki syurga MU''
 Ketika lelaki itu menoleh ke dalam neraka, dilihatnya ia adalah anak perempuannya. Lalu lelaki itu mengadu kpd ALLAH,
'Wahai tuhan.,di dunia dulu,aku telah cukupkan makan minumnya, aku cukupkan pakaiannya, aku sekolahkan dia, tidak ada yg tertinggal dlm layanan aku kpd nya,apalagi yg tak kena aku pd nya?''
Maka jawab anak tersebut-
''benar ya ALLAH! dia di dunia dulu adalah ayah aku, dia cukupkan segala keperluan aku, tapi! ada sekali aku berbuat dosa pd MU di depan mata nya, dia tidak menegur aku(solatku,auratku dan akhlakku) menyebabkan aku di masukkan ke dalam neraka kerana dosa ku itu,Maka pd hari ini !!,aku TUNTUT drpd dia wahai tuhan ku.'' Lalu ALLAH bertanya,
apakah benar kata anak mu ltu?
Benar ya ALLAH.! jawab lelaki itu.
Wahai malaikat KU, kau campakkan dia bersama dgn anaknya ke dalam neraka KU''
4 jenis perempuan yg akan mengheret 4 jenis lelaki masuk kedalam neraka—
1) anak2 perempuan akan mengheret ayah nya masuk neraka
2) isteri2 akan menarik suami2 mereka masuk ke neraka.
3) adik perempuan akan mengheret abang2 nya masuk neraka.(setelah kematian ayahnya)
4) ibu2 akan menarik anak2 lelaki nya masuk ke neraka.
Ingatlah!! yg menghubungkan kita dgn mereka atau mereka dgn kita,bukannya pertalian darah, tetapi atas pertalian ISLAM.! (rujuk surah hud ayat 45-46). JANGAN SAMPAI KITA TERMASUK DI DALAM GOLONGAN MEREKA2 INI.!!!!
*petikkan dari kitab 'bunga kebahagian' hasil karya Tn Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat)*

                                                                     Video : Gambaran Neraka




Ya ALLAH hindarilah kami dari azab neraka-MU, 
Ya ALLAH rahmatilah hidup kami
Ya ALLAH redhailah kami..
hanya kepada-MU kami menyerah 
dan 
hanya kepada-MU kami memohon

Ya RABB



Qaseh Irsalena, 
365(1)
KHAR 

Thursday, December 23, 2010

Warkah buat bakal zaujku



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Assalammualaikum,


Ku tujukan warkah ini buat bakal zaujku yang aku masih belum pasti siapakah orangnya cuma aku hanya ingin memesan sesuatu yang sangat penting bagiku. Semoga kau memahaminya.


Duhai bakal zaujku

Inginku memesan sesuatu kepadamu. Sungguhku mahu kau ketahui bahawa akulah orang yang sangat bahagia ketika walimah kita nanti. Sungguh daku menantikan saat ini dari tempoh yang lama dahulu andai kau ketahui dan fahami.


Apa yang daku ingin tekankan di sini adalah tentang moment kita nanti. Walaupun bukanlah ia satu keperluan tetapi pasti, daku ingin segala memori walimah kita dipaterikan dalam bentuk foto juga video. Mana mungkin walaupun daku seorang jurufoto, pasti mahu walimahku dilakarkan kenangannya untukku tatap di masa hadapan sebagai kenangan saat berbahagia kita mula bertemu. Mulakan hidup baru sebagai suami isteri, kau halal bagiku juga daku halal bagimu. Segala sentuhan mendapat pahala daripada dosa yang menambah murka-Nya.


Duhai bakal zaujku

JANGAN kau biarkan daku dinoda jurufoto lelaki yang akan menangkap gambar kemesraan kita yang akan memalukan diri ini juga akan mencemari permulaan hidupku sebagai isterimu. Kemesraan antara kita biarlah menjadi rahsia kita dan Allah, tak perlu ia dicemarkan oleh orang lain yang ajnabi bagiku juga dirimu.


Pertahankanlah daku daripada bersalaman dengan lelaki ajnabi yang berada dalam kalangan keluargamu. Daku terlalu takut jari jemari yang mulus ini bersentuhan dengan lelaki ajnabi yang haram menyentuhku selain daripada menyentuh dirimu yang halal bagiku.


Fahamilah daku jika daku kelihatan malu untuk bergambar bermesra-mesraan denganmu agar maluku tidak berkurang, juga imanku tidak dicemar hanya kerana ingin merakam gambar untuk tatapan kita pada masa akan datang.


Duhai bakal zaujku


Dahulu daku sering tertanya-tanya juga daku risau,


"Adakah pengantin yang bersanding pada waktu Zuhur sudah menunaikan solat sebelum bersanding?"


Dan hari ini kita akan disandingkan selepas Zuhur, daku berharap kau akan terlebih dahulu menunaikan solat sebelum itu agar ia menjadi permulaan yang baik kepada kita dalam meniti hidup bersama. Daku tidak permulaan kita dicemari hanya kerana kita ingin bersanding. Lebih ku rela tidak bersanding daripada meninggalkan suruhan-Nya. Sebaiknya solatlah secara berjemaah, insyaAllah lebih ganjaran dan keberkatan-Nya.


"Peliharalah kehormatanku sebagai isterimu di kala walimah kita nanti agar ia menjadi permulaan yang baik kepada kita dalam meniti hidup bersama."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...