Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Wednesday, February 27, 2013

Bersabar

alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah kerana aku masih berada dalam kasih sayangNya,

aku teruji,
terasa berat 
dan mengapa? mengapa aku?
sehingga aku tak tahan lagi,

dalam tangisan,
Ya Allah, 
akhirnya aku sedar,
aku sedang diuji,

aku memberitahu kepada diriku,
bersabarlah,
walau aku sendiri tahu,
aku tak sanggup
sampai bila lagi..


aku mengajar diriku,
ujian itu sungguh kecil jika dibandingkan dengan saudara2 mu di sana,

kadang-kadang aku rasa malu,
kerana tidak kuat dengan ujian ini,

Ya Allah,
aku mohon kepadaMu,
berikan aku kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujianMu

Jika ini suratan yang tertulis untukku,
Aku terima, aku ikhlas, dan aku redha,

Terima kasih Ya Allah.

Wednesday, February 20, 2013

Formula kehidupan

Assalamualaikum.

Sepanjang aku belajar, macam - macam formula aku jumpa,
contohnya : 
 y = mX + C, H2O,NaCl, MgO, FeO3,       
              
Sekarang aku dah tak sentuh semua ni.

kalau dalam kaunseling ada analisis SWOT - tahu tak apa SWOT?

Strengths
Weaknesses
Opportunity
Threat

Ok, kita fokus pada tajuk di atas.

Aku bersyukur, kerana Allah swt menemukan aku dengan insan yang great! yang amazing, yang mengajar aku tentang 'formula kehidupan'. 

Inilah formula kehidupan

1/0 = ~ 

atau dalam perkataan one over zero equal infinity.

faham tak?
mai cikgu nak explain, tentang formula kehidupan di atas, hee..

1 = Allah
per
0 = manusia/hamba
equal 
infinity iaitu ketaksaan atau 'ketakterhinggaan' , 

so, ingat.. bila mana berada dalam kesedihan atau musibah melanda, jangan bersedih, kerana semua itu datang dari Allah swt. Kita hanya hamba, yang tidak punya apa-apa. Bila kita yakin dengan Allah, insyaAllah biar apapun ujian yang menimpa,kita tidak akan mudah gelabah, kesal, kecewa, dan marah kerana itu semua Allah berikan kepada kita..

So, hasilnya kita akan merasa ketidakterhinggaan, rasa apa? rasa bahagia dengan apa yang Allah berikan, bukankah itu total freedom yang kita inginkan. 

Semua orang  nak menuju total freedom bukan?

kadang-kadang Allah memberikan ujian kepada kita, kerana Allah rindukan rintihan hambaNya,  

Layakkah kita untuk marah kepadaNya tatkala diuji dengan musibah? 

mengapa perlu sombong dengan Tuhan? Apa salahnya kita bersyukur dengan nikmat kesenangan yang Allah berikan kepada kita selama ini dengan mengucapkan terima kasih Ya Allah.

Aku selalu bercakap dengan Tuhanku, kerana aku percaya Allah itu Maha Mendengar,

Ya Allah,
Please forgive me,
I love You,
Thank you.


p/s :
Sahabat-sahabat ::::


'Jangan sesekali menghina ALLAH dengan berkata kegagalanmu adalah kehendak dan takdirNYA tatkala anda kurang berusaha,mudah berputus-asa dan malas....Ulama Alhafiz Ibrahim Tuan Man..'

Abundance Vs Scarcity

I'm ok, You are Ok! I'm Great, You are great too!
'Yes to more abundance and less scarcity'
Bila mana kita mempunyai fikiran yang bersih dan jernih, hati yang suci dan bersih, kejadian atau peristiwa sepahit mana pun yang berlaku , diri kita akan nampak keberkahan dan keindahan hikmahnya.
ketika  mengikut emosional, penuh prasangka buruk dan diperdaya perasaan, maka keindahan takdir-Nya tak akan nampak, apa yang ada adalah sibuk menambah dan memperumit masalah.
Mindset abundance adalah mereka yang mempunyai rasa percaya yang sangat tinggi kepada diri. Percaya bahawa diri adalah insan yang luar biasa, istimewa, berhak bahagia, mampu dan layak kaya, mampu dan layak berjaya, mampu dan layak dipercayai, mampu dan layak memimpin dan dipimpin, mampu dan layak dilindung dan melindungi, mampu dan layak menyayangi dan disayangi, mampu dan layak memberi dan diberi.,
Insan yang hebat ini percaya dia mampu dan layak melakukan hal-hal yang luar biasa hanya berSUMBERkan pergantungan, pertolongan, dan kekuatan dariNya, bukan pergantungan pada diri,manusia dan makhluk lain.

kerana apa? kerana Allah itu Maha berkuasa atas segala sesuatu. mengapa perlu ragu-ragu? letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah.
Hati-hati! Ragu-ragu tentang kepercayaan ini berkait rapat dengan iman. Sebab itu , iman itu adalah percaya dan yakin dengan sepenuhnya. Bukan separuh-separuh, bukan sedikit.
Rasa percaya itu LAHIR dari rasa percaya bahawa sumber segala sumber diri dan kehidupan ini adalah DIA yang Maha  segala2nya.

Dan bila mana aku terlupa apa yang sedang berlaku, cepat-cepat aku ingat formula kehidupan :

1/0 = infinity (~)

Boot hilang


Semester ini, aku nak melalui kehidupan yang ‘simple’. Sebab remaja sukakan kehidupan yang simple bukan? Sedar sikit, aku dah d akhir remaja. Aha, gaya aku, kakak aku selalu cakap macam orang tua, dari segi pemakaian aku memang macam orang tua.. ok ape, selagi mana aku selesa.

Aku tak tahu la kalau remaja lain yang macam aku ni, suka warna yang tak menarik, iaitu kelabu. Memang aku tahu, kelabu tu warna yang tak menarik dan buruk. Tapi aku suka, nak buat macam mana, aku malu nak pakai warna terang, merah , oren, sebab terang.maybe self confidence aku kurang kot. betulla tu, malu plak nak mengaku.

Bila sebut tentang bergaya, dalam banyak2 barang yang digemari oleh kaum hawa macam aku, aku suka kasut.  Barang-barang wanita yang lain macam  baju, beg tangan, barang kemas, alat mekap aku kurang gemar.

Dan kasut kegemaran aku, kasut boot aku. Tapi hari ni, time aku nak buang sampah, aku tak Nampak kasut warna coklat kat tempat rak kasut, aku cari, dan lihat betul2 kat area rak  tu.. kot-kot la aku tak Nampak, al maklumla, tak pakai spek kan.. mana tahu aku silap.

Selepas double and triple check, memang ada orang yang berkenan dengan kasut boot aku tu. So, nak buat macam mana, kasut kesayangan aku dah tak de.. tapi, aku tak de la menangis, Cuma aku macam tak percaya, ada juga yang berkenan dengan kasut boot aku tu.. huhu..

Dan yang sebenarnya, aku memang dah rasa, macam tak sedap hati je letak luar.Selamat ke? Takpe baik2 semua ni..instinct aku agak kuat , kalau rasa tak sedap tu, ada la tu..  tapi, aku menggunakan logic akal aku, tak boleh ni bawa masuk dalam rumah, nanti  apa pula kata roommate aku, bawa kasut dalam bilik, lagipun dalam ni tempat solat kan… actually, boleh je kalau nak letak kat bawah katil tu.. next time, tanya hati, bukan akal lagi.

Actually, kasut tu aku beli tahun lepas, aku beli dengan kakak, walaupun aku minat dengan kasut, tapi aku jarang beli kasut,  sebab aku hanya akan beli kasut yang berkualiti, kasut  adalah benda keperluan asas manusia.Hari-hari akan diguna, so why not beli yang mahal sikit.tahan lama.
Memandangkan sem ni adalah sem yang simple, aku dah buat keputusan utk membawa pulang semua kasut ke kampung hari tu. Aha!

Tapi, kepada pemilik kasut boot aku tu, aku tak de la marah kat kamu yang berminat kat kasut aku tu. Sekurang-kurangnya ada juga yang minat dengan boot aku tu. Apa2pun, aku doakan kaki kamu yang menyarung kasut itu, akan menjadi sihat dan  selamat dunia dan akhirat. Ikhlas dari hatiku.

Sebab aku suka ->
kalau hujan, kain je yang basah lencun, kaki aku tak basah,  so selesa nak berada dalam kuliah kan.
Kedua, time aku nak naik bas, ada yang tangga tinggi, ada yang tangga rendah, kalau tangga bus tinggi, tak de la nampak bentuk kaki aku.
Tu je sebenarnya, sebab aku pilih kasut ni selain memang aku minat dengan boot.

selamat tinggal kasut boot yang setia!

Hikmah dari kes ni kan.                             
Aku akan ikut kata hati, selagi tak langgar hukum Allah,

Kedua, aku yakin, aku ada buat silap dengan mak, seperti mana aku tak buat apa yang mak minta aku buat semalam, tak sempat nak laksanakan apa yang mak suruh, aku tertidur, dan bangun pagi tadi baru teringat.

Reaksi aku? Tenang je sebenarnya bila dah hilang, tak de marah pun, aku hanya memandang ke luar jendela dan melihat cahaya matahari semakin suram menandakan azan maghrib semakin hampir.

Terima kasih Ya Allah, kerana memberikan aku feeling yang great! Aku bahagia, aku happy, aku bersyukur!
Percayalah setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Sayang Allah. =) hebatkan fikiran positif.



Tuesday, February 19, 2013

Pasrah

Assalamualaikum, pernah tengok movie pasrah? lakonan Erra, Abby dan Norman.

Kak macam mana nak pasrah kak?ada sorang adik yang great tanya kat aku. 
saya tahu pasrah tu serah diri, tapi macam mana?

analogi yang dapat aku berikan macam ni, 




kita tiup belon,


kemudian, kita lepaskan belon tersebut ke udara,  belon itu terbang,

sehingga akhirnya hilang dari pandangan

Itulah pasrah.
suasana jiwa berserah kpd Allah...pasrah bukan redha, tapi ia akan membawa kita kpd redha.

Aku ikhlas,
Aku redha,
Aku pasrah,
Aku bahagia
Terima kasih Ya Allah  =)
_

Persoalan ikhlas

Mak ha selalu cakap, mana mungkin orang yang tinggi spiritualnya, mempunyai fikiran yang kusut, emosi yang tak stabil, tingkah laku yang ntah pape, dan mempunyai hidup yang caca merba.

sometimes, kita rasa diri ni dah cukup bagus, hakikatnya, memang kita bagus pun, ahaks! kenapa tak percaya, bukan nak sombong dan bongkak, bukankah kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. 

masalahnya, so kenapa nak rendah diri plak kan.. the point is, kita kena rendah hati bukan rendah diri. Beza tu rendah diri and rendah hati, orang yang rendah diri ni, selalu tak yakin dengan diri, tapi orang yang rendah hati adalah insan yang  hebat tapi masih ingat bahawa dia adalah hamba. Hanya hamba. So, selamatkan diri dari sifat bongkak, riak, dll.

Balik tentang ikhlas,

uit, sejauh mana keikhlasan kita? ikhlas tak boleh diukur, bukan numerikal, tapi aku pasti, ikhlas akan hadir setelah kefahaman itu ada. Aku sering persoalkan keikhlasan aku dalam membuat kerja, lastly, aku cakap kat diri aku, baik tak payah aku buat..

lepas aku check balik, aku fikir, count 1-100, 100-1, adakah syaitan telah membisikkan kpd aku, 'tak payah buat, sebab tak tahu sama ada ikhlas ke tak? nanti sia2 je amalan, sebab tak ikhlas.

sekarang, aku tak nak persoalkan lagi tentang ikhlas, sebab jelas dan pasti, aku akan menggunakan akal aku untuk berfikir, tolak, tambah, darab, bahagi.. = aku akan rasa aku tak ikhlas =  result : aku tak buat sebab aku rasa tak ikhlas.. so, aku memang jangan tanya akal lagi, sebab akal ikut logik fikiran aku. 

sekarang, aku dah dapat jawapan  : 
Ikut kata hati, dan percaya dengan kata hati, jika hati rasa sedap dan selesa, teruskan dengan amal ini, dan aku yakin, bila perkara baik, hati akan rasa tenang, so teruskan kerja, and mak ha juga selalu pesan, ikut kata hati, bukankah hati itu berkait dengan spiritual . selagi mana tak menyalahi hukum Allah. Bukankah hati adalah raja dalam diri kita? 

hati itu ibarat raja, jasad ibarat rakyatnya, kalau baik raja, baik juga rakyatnya, kalau baik hati, baik juga rakyatnya. 


"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati." 
(HR. Bukhari-Muslim)

80 peratus kekuatan datang dari spiritual yang sihat, dan 10% datang dari fizikal dan IQ atau fikiran.
Apa2pun, spiritual kena kuat!

Pasrah itu lebih bagus! 

Mengeluh atau bahagia?

Mengeluh? Percayalah, aku sendiri tak suka bila aku mula mengeluh.. 
entri yang sebelum ini, La tahzan, memang benar aku mengeluh dengan situasi macam tu, bila2 melibatkan muslimah kesayangan aku. Aku sendiri tidak selesa dengan keadaan macam tu sebenarnya. 

Tapi sebenarnya, orang  yang menemui kebenaran tidak akan mengeluh, tidak akan berasa sedih, kecewa, marah dan sifat-sifat negatif yang lain. Selagi mana masih mengeluh, masih sedih, kecewa dan marah, aku percaya 'maybe'  link dengan rabbul izati masih tidak utuh. 

Bila mana kita yakin dengan Allah swt, pasti rasa sedih, kecewa dll tidak akan hadir. Sebab itu keyakinan kepada Allah itu sangat penting. Iman itu adalah asas dalam bagi seorang Islam. Yakin dan percaya dengan Allah, yakin dan percaya dengan janji2 Allah. 

Meh sini, aku nak bagitau, mengeluh ni banyak kesan negatifnya,

dalam entri La Tahzan , aku mengeluh, sebab aku sedih dengan keadaan macam tu, tapi bila aku check balik, aku sendiri yang bermasalah sebenarnya, aku susah nak terima keadaan macam ini berlaku. At the end, aku jadi letih, marah dan tidak happy. 

Tapi, Alhamdulillah, aku bahagia, rasa keluh, dan sedih itu akhirnya terubat dengan kata-kata pak dak pada aku, jangan rasa sedih, sebab hidayah itu milik Allah, siapa kita kan? that right! so, buat apa nak sedih lagi.. Allah beri aku kesedaran, tak sampai seminggu  aku sedih, tapi aku cepat2 nak positifkan diri, its going to be okay. Insyaallah. 

Aku ikhlas, redha dan pasrah dengan ujian yang Allah berikan,Ya! aku terima, and sesiapa yang alami situasi macam ni, semoga tabah! lagi satu, 

Bukankah kita mempunyai pilihan dalam hidup? mengeluh atau bersabar? hakikatnya, orang yang menemui kebenaran tidak akan mempunyai pilihan, orang yang mengenali diri sebenar dan mengetahui tujuan hidup tidak akan mempunyai pilihan, Percayalah.

Firman Allah 
Dan tidaklah pantas bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin apabila Allah dan RasulNya menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan(orang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah tersesat  dengan kesesatan yang nyata. 
[Al Ahzab :36]

To All My muslimah yang disayangi, 
Allah swt telah menetapkan syariat yang perlu kita patuhi, kenapa mesti nak buat pilihan lain, selagi mana kita menurut ketetapan yang Allah tetapkan, selagi itu kita akan selamat, kerana Islam itu adalah selamat. 


Monday, February 18, 2013

Berfikir positif



Pengubat jiwa, orang selalu beranggapan ooo.. budak kaunseling, mesti tak de masalah, mesti selalu gembira.

no, not true, student kaunseling pun manusia biasa, mungkin cara kita berbeza, sebab kalau kita ada masalah, kami akan mendengar masalah orang..

aku? bila diri sendiri yg ada masalah, tak tahu nak cerita dengan orang, benar, perkongsian masalah dengan orang  boleh melegakan. memang benar, tapi aku, sendiri lebih selesa utk berkongsi dengan mak, maybe kerana kepercayaan.

tapi, sekarang aku suka buat macam ni..
sebab aku percaya masalah itu akan dapat diatasi dengan berfikiran positif. But how? aku selalu cuba utk berfikir positif, namun ternyata susah jugak! tapi, memang dahsyat impak berfikiran positif. Percayalah dengan perfikiran positif jalur lebar ilahi kita akan terbuka.

why? why? dan why?
Tapi sebelum tu, aku selalu fikir.. kenapa susah utk berfikir positif... hasil dapatan dari pemerhatian org sekeliling, ( kaedah penyelidikan dalam kaunseling), termasuk diri aku sendiri, Puncanya ialah : berfikir negatif, bercakap perkara negatif, bergaul dengan orang yang negatif, so -  at the end,  jalur lebar ilahi tertutup dengan fikiran negatif, etc yg negatif.

Hakikatnya, lebih cantik kalau berkongsi dengan Allah, kerana Allah itu sami'un iaitu Maha Mendengar.

Saturday, February 9, 2013

T.u.l.i.s

S.e.m b.a.r.u
Tak lama lagi sem baru akan mula, semester 6, cepat je masa berlalu, dah tahun ke 3 di UPSI, rasa macam awal lagi.

M.a.s.a
Amazing, bila ingat masa muda2 dulu, beza aku dan sekarang. Betulla kata orang, manusia berubah.
Cuma bezanya baik atau buruk. Ingat Qi, Hajar is H.i.j.r.ah. 

C.i.r.c.l.e
Alhamdulillah, semua ni mungkin faktor 'cirlce of concern and circle of influence'. Bila baik kawan, insyaAllah baikla jadinya, betulla kawan akan banyak pengaruhi siapa kita.
please, check your buddy, okey.

cirlce of concern-circle of concern


S.y.u.k.u.r
Nak jadi orang yang slalu bersyukur di samping banyak bersabar. Ouch, selalu dengar, susah nak jadi orang yang selalu bersyukur, sebab nikmat Allah bagi, banyak sangat, sampai tak terkira. Ia.. memang benar, but how? hadirkan rasa syukur dalam diri, thank you Allah.

J.i.h.a.d
Besar kan kata ni, jihad! Bersungguh-sungguh, common on bersungguh-sungguh sikit dalam perjuangan, kalau nak main, main betul2, nak makan, makan betul2.. nak sukses, buat betul2, nak berjuang, biar habis-habisan, nak kawin? kahwinla.

P.l.e.a.s.e
Please teacher.. mudah sangat tersentuh bila, anak2 kecil kat tadika sebut, please teacher... herm.. tapi, suka. hehehe.

O Allah, semoga semester ini, akan lebih baik dari semester-semester yang lalu. Amin ya rabb. BErjuang habis habisan. 

S.e.n.y.u.m
Jom senyum, suka sangat dengan kata2 mak, ' seutas senyum yang ikhlas itu ibadah'

L.o.v.e
Keredhaan Allah adalah di atas keredhaan Ibu bapa :)








Layakkah aku mengecapi jannahMu?

Ya Allah.
Mampukah aku mengecapi JannahMu.

Yang Engkau ciptakan untuk hambaMu ini,

Wahai Mataku..
Layakkah aku ke sana?
Engkau menjadi saksi atas apa yang aku lihat.

Wahai Telingaku.
Layakkah aku ke sana?
Engkau menjadi saksi atas apa yang aku dengarkan selama ini..

Wahai Mulutku..
Layakkah aku ke sana?
Engkau menjadi saksi atas tutur bicaraku..

Wahai tanganku (kiri dan kanan)
Layakkah aku ke sana?
Engkau berdua menjadi saksi atas segala perbuatanku..

Wahai kakiku (kiri dan kanan)
Layakkah aku ke sana?
Engkau berdua menjadi saksi dalam setiap pergerakkanku.

Wahai hatiku..
Layakkah aku ke sana?
Engkau menjadi saksi siapa yang aku cintaku sepenuhnya..

Ya Allah..
begitu lemah diriku ini.
Tanpa diriMu.
Apakan dayaku Ya Allah..
berikan aku kekuatan dalam meraih cintaMu,
mencari redhaMu

Wahai Mata,
Wahai Telinga,
Wahai Mulut,
Wahai tangan,
Wahai kaki,
Wahai hamba Allah,
layakkah aku ke Syurga Allah..

Izinkan aku meneruskan Perjalanan ini,
HambaMu.


Allah does not judge you on how bad you have been in the past..
but rather on how good you strive to be now..
Lets change!
Back to fitrah


                                            
Dear Allah,
I'm sorry, Please forgive me,
Thank you, I Love YOU

Your slave

Friday, February 8, 2013

Doa untuk Syria

Bismillahirrahmanirrahim…..
Dari tempat paling suci di bumi,
Dari tempat dimana Hajar berlari antara Safa dan Marwa,
Dari tempat dimana Allah mendengarkan Hajar dan memberi air zam-zam kepadanya dan anaknya Ismail,

Jamaah haji asal Syria ini berdoa bersama dengan suara keras:

Ya Allah... Kami datang ke masjid-Mu mencari-Mu,
Ya Allah... Kami tak punya siapa2 kecuali Engkau,
Ya Allah... Engkau hancurkan Kisra,
Ya Allah... Engkau hinakan Fir'aun,
Ya Allah... Engkau dapat menjatuhkan kaum tirani..

Ya Allah... Hancurkan, hinakan dan jatuhkanlah thoghut Syam, Basyar Assad..
Ya Allah... Tunjukkanlah kekuasaan-Mu ke Basyar Assad,
Ya Allah... Cincanglah dia sampai berkeping-keping,
Ya Allah... Hinakanlah dia, dan jadikanlah dia simbol bagi semua tirani,
Ya Allah... Penuhilah hatinya dengan rasa takut, goncangkanlah bumi dari bawah kakinya dan kaki para sekutunya,
Ya Allah... Kami mengadu kepada-Mu atas mizanah yang dia hancurkan, rumah-rumah yang dia bom, anak-anak yang dia sembelih, gadis-gadis yang dia perkosa, nenek-nenek yang dia sayat, kakek-kakek yang dia bunuh dan para pemuda yang dia tahan (untuk disiksa)..

Ya Allah... Balaskanlah dendam kami,
Ya Allah... Selamatkanlah hidup kami,
Ya Allah... Karuniakanlah kami kemenangan-Mu,
Ya Allah... Ini sudah terlalu lama, hanya Engkau yang dapat menolong kami..

ALLAHUMMA SHALII 'ALAA MUHAMMAD WA 'ALAA ALIIHI WA SHAHBIHI AJMA'IN




kopi dr fb

Saudaraku yang jauh

Melihat wajah kalian..
hati ini rasa sangat sedih..
walaupun ku tahu kalian itu insan yang kuat dan tabah..

tidak sanggup mata ini melihat derita kalian.
diseksa, dirampas haknya..

wahai ibu..
wahai ayah..
wahai anak..
wahai abang..
wahai kakak..
wahai adik
wahai saudaraku..

maafkan aku..
kerana tidak dapat membantu kamu di sana..
aku hanya dapat melihat penderitaan kalian tanpa membuat apa2pun..

maafkan aku...
namun ketahuilah..
hati aku tidak sanggup melihat penderitaan kalian..
hanya sekeping doa yang mampu aku lakukan..
semoga kalian semua meraih kemenangan..

aku percaya dengan janji Tuhan..
bahawa bumi itu tetap menjadi milikmu..
milik kita bersama..

maafkan aku dan teman di sini..
maafkan kami..
sungguh walau kita tak pernah bertemu.
namun, kita adalah saudara .
Saudara Islam..
aku sangat sayangkan kalian..

Wahai saudaraku!
Di Gaza, Palestin, Syria, Rogingya, Malaysia..

Saudaraku,
Tika aku melihat pemergian kalian,
Bertemu Yang Maha Esa,
Tika itu aku yakin kamu sedang berada di Syurga,
Walaupun pemergianmu sungguh menyayat hati..
Namun, rohmu bahagia di sana..
Dengan sangkaan begitu,

Aku mampu gembira,
kerana Kalian Syahid di jalanNya..
ku tahu, kalian pasrah dan redha dengan ketentuan Tuhan..

Saudaramu,
Yang merindukan Syahid






Rula, ibu kepada 5 orang anak, saat-saat terakhirnya bersama anak-anaknya.

Rula hanya berusia akhir 20 an.
Dia dibunuh hanya kerana dia seorang Ahlu al Sunnah!




Ya Allah, Engkau tepatkan sasaran mujahideen 
dalam menegakkan agamaMu.
Amin Ya Rabb




Wednesday, February 6, 2013

La tahzan

Benarkan orang yang sedih ingin difahami..

Bila mana seseorang dilanda kesedihan..

dia  ingin difahami, bukan dihakimi...


Sedih
apabila melihat muslimah kesayanganku, semakin jauh denganku..
tika aku lihat percakapannya, tutur bicaranya.. sakit hati ku..
kadang-kadang aku naik marah... aku tak tahu nak buat apa..

Kecewa
apabila melihat muslimah kesayanganku...
tanggalkan jilbab di jalanan..
tayangkan aurat pada yang tak sepatutnya..
menjadi gedik pada yang tak layak..

aku jadi marah..
tapi pada siapa aku nak lemparkan kemarahan ini.
pada abang, pada ayah, ibu ?

aku jadi marah.. 
melihat begitu..
sehingga .. 
aku rasa
aku tak mampu membantu mereka
ke jalanNya.
mereka ada kehidupan mereka sendiri..
sedangkan aku ada misi yang besar yang ingin aku bawa.
Misi aku..
mungkin belum tiba masanya..
sedih.. marah..
aku bertahan..
sebab mereka adalah muslimah kesayangaku...

Aku jadi lemah..
syaitan mula menghasutku..
sehingga aku lupa kepada diri aku yang sebenarnya..
bukankah dulu aku juga sama seperti mereka.

Di mana kesabaranku..?
Di mana kelembutanku..?
Di mana..?

Aku seolah- olah hilang dan tidak kenal lagi siapa diri aku..
Aku telah jauh dan lupa tujuan hidupku sendiri..
Untuk apa aku ke sini..
untuk apa aku di sini...?
Lupakah aku...?


Ya Allah... 
aku bersyukur..
kerana di sebalik apa yang terjadi..
aku pasti ada hikmah yang tersendiri.
Yang bakal aku kutip dari peristiwa itu,,

Siapalah aku.. 
aku bukan sesiapa..

La tahzan.. 
InsyaAllah satu hari nanti mereka akan kembali kepadaNya.

Janganlah bersedih.. di saat kamu berusaha, dia tidak dapat menjadi seperti apa yang kamu inginkan, 
Janganlah berasa bangga, di saat kamu berusaha, dia menjadi seperti apa yang kamu inginkan..
kerana hidayah itu adalah milik Allah swt.

Sedarlah siapa dirimu!!!
Aku, dia dan kamu adalah sama! Kita hanya hamba yang tidak punya apa2

bersyukur padaMu ya Rabb kerana memberi hidayah kepadaku..
Alhamdulillah.. Jadikan aku hambaMu yang tahu bersyukur dan sentiasa sabar dalam ujian dariMu..

Aku titipkan doa buat muslimah kesayanganku..
Semoga menjadi muslimah sejati.. semoga kembali kepada syariat yang digariskan oleh 
DIA yang menyayangi dirimu..

'Jangan bersedih..' wahai hamba Ilahi... bukankah jalan ini banyak mehnahnya.. La tahzan =)

 'La tahzan., Sesungguhnya Allah swt ada dengan kamu..'


Mencari Redha Allah


Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai.Aku berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah aku lakukan.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. 

"Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang hidup hanya untuk meraih redhaMu. Jadikan aku mencintai sesuatu agar Kau redha kepadaku. Janganlah letakkan cinta lain dihatiku melebihi redhaMu. Bantulah hambaMu ini untuk membina cinta yang mendambakan redhaMu. Kasihanilah aku, Ya Allah. Jagalah diriku dan sediakan aku untuk menerima apa sahaja takdir dan keputusan."


Keredhaan Allah atau mardhotillah adalah impian setiap orang yang beriman. Setiap tindakan yang dilakukan niatnya  kerana Allah dan mendapat redha Allah itu adalah ganjaran yang terbesar.. Redha Allah di atas redha ibu bapa. Mak ayah redhailah saya..  insy

Tahukah redha??

Redha Allah itu ada pada Nabi Ayub as dan Rabiatul Adawiyah..

Nabi Ayub diuji dengan sakit yang menyebabkan kulitnya pecah-pecah dan bernanah sehingga keluarnya ulat-ulat dari kulit baginda. Semasa solat, baginda akan buangkan ulat-ulat. dan sampai satu ketika baginda akan mengutip semula ulat-ulat itu dan kembalikan ke kulitnya.

Apabila ditanya, mengapa baginda berbuat begitu.

'Sesungguhnya, aku redha dengan ujian yang Allah swt. berikan kepadaku.

Rabiatul Adawaiyah, wanita yang tidak berkahwin sehingga ajal menjemputnya kerana kasih dan cintanya hanya untuk Allah. Siang dan malam dia beribadah tanpa mengenal lelah dan jerih, hanya dibuai perasaan cinta semata-mata. 

Rabiatul Adawiyah sanggup masuk ke neraka andai itulah harga untuk meraih redha Allah. 

Hebatnya cinta Nabi Ayub As dan Rabiatul Adawiyah kepadaMu. 

Ya ALLAH..
Aku ikhlas, 
Aku redha,
Aku pasrah.

1-1-3, Khar
6 Februari 2013




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...