Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Sunday, July 28, 2013

Koreksi diri Cinta Ilahi

Perjalanan ini,
Pelbagai duri dan onak terpaksa ditempuhi,
Semuanya demi menggapai redhaMu Ya Ilahi..

Kerdilnya diri ini wahai Rabb-i
Aku sedar betapa jauhnya diri ini,
Aku lalai dan alpa dengan duniaku sendiri,
Aku diuji , tanpa ku sedari.
aku hanyalah hamba yang bersifat ‘asi’..

Aku tidak sekuat srikandi sejati,
Aku tidak sehebat muslimah terpuji,

Aku hanya hamba,
Yang tidak kenal diri,
Yang sering lupa pada janji,
Hipokritkah aku Ya Rabbi?

Sungguh aku terlalu jauh denganMu
Namun, aku ingin menggapai redha-Mu
Aku sedar cinta ini tidak sehebat mujahid-MU
Namun…
Aku ingin menjadi mujahidah sejati,
Izinkan aku Ya Rabbi,
Bantulah aku untuk terus thabat di jalan ini,
Hanya kepada Mu aku mengharap & memohon pertolongan.

Jika cinta ini tidak suci,
Maafkan aku Ya Allah kerana menodai ia,
Berikan aku jalan dan cara untuk jadikannya ia suci,
Hanya Engkaulah Maha Pemberi,

Janganlah Engkau jauhkan diriMu dariku,
Kerana aku tidak sanggup jauh dariMU..
Izinkan aku menjadi salah seorang yang Engkau cintai.
Izinkan aku kembali kepadaMu dalam keadaan Engkau redha terhadap diriku ini
Kerana aku tahu, Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Pengasih,
Terhadap diriku ini..
Terima kasih Ya Rabbi.
Atas segala rasa yang Engkau berikan.


Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, disebutkan bahawa jika kita menghampiri Allah sejengkal, Allah akan mendekati kita sehasta. Jika kita menghampiri Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa. Jika kita datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepada kita dengan berlari.Kuncinya, ialah kemahuan untuk pulang ke pangkal jalan. Serahkan selebihnya kepada Allah!


Salam kasih sayang,
Menang atau syahid irsalena

Monday, July 22, 2013

Fasa 2 Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.. :) apa khabar? bagaimana puasa anda pada hari ini?
Begitu cepat masa berlalu, pejam celik-pejam celik, kita sudah berada di fasa dua dalam bulan ramadhan iaitu fasa keampunan (maghfirah)

Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا
Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa
Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami..
kata ustaz, amat rugi jika bulan yang penuh dengan barakah dan mulia ini dipersia2kan.. Semoga ramadhan pada kali ini adalah ramadhan yang amat bermakna bagi diri kita berbanding tahun sebelumnya.. 

Salam kasih sayang, 
Qi


Saturday, July 20, 2013

Jalan perjuangan

Jalan perjuangan
Penuhi onak dan duri 
Pelbagai cabaran dan dugaan
Perlu ditempuhi
Semuanya itu adalah untuk meraih redha ilahi..

Jalan perjuangan bukannya mudah 
Memerlukan hati yang tabah 
bisa bangkit walapun rebah
kerna yakin dan percaya syurga itu tersangatlah indah

Jalan perjuangan menegakkan yang hak menghapuskan yang batil
menaikkan kefahaman membuang yang jahil 
menukar memusnahkan kezaliman menjadikannya adil

Jalan perjuangan adalah jalan kupilih, 
tidak berpatah balik walapun ku letih 
tidak gusar dengan tohmahan
walapun ianya pedih akan tetap terus berjuang
walaupun hanya baru bertatih

Jalan perjuangan akan tetap terus berjuang
walaupun dibuang akan mara ke hadapan 
walaupun ditentang 
kerna yakin dan percaya pertolongan Allah pasti akan datang..

Rindu kepada semua Srikandi Sejati :) 
Penulis lirik : Hanna

Salam kasih sayang,
Menang atau syahid Irsalena

Harith & Hanna & Farhana

 

Harith Irfan & Hanna Izzati

Buah hati terchenta!
Mungkin kita berasal dari rahim yang sama, tapi personaliti kita cukup jauh berbeza.. 

Harith (abg) sejak kecil lagi, seorang yang sangat pembersih, sopan dan sayang sangat pada ibunya. Semua kata-kata si ibu sangat bermakna padanya..selalu menjadi mangsa buli kepada Hanna. tapi satu je.. kecik2 lagi tak  nak kongsi pinggan dan cawan dengan orang.. bersihlah sangat..! Its ok, proses tarbiyah itu berterusan, acik tak boleh paksa anak acik utk suka cara acik.. Manusia kan berbeza2.

Soal pemakanan, masa kecik, harith tak makan  buah.. nampak je buah mesti nak termuntah, sekarang dah lima tahun, alhamdulillah.. pandai pun makan buah.. :) Dia tak suka makanan yang lembik macam agar-agar.. huish.. macam-macam kan.. anak buah yang terchenta ni.

Si adik, Hanna. Harith panggil hanna dengan panggilan Ebi... (baby), 360 darjah berbeza dengan Harith. Lasak, kuat makan, semua makanan dia nak makan... tak de pantang-pantang.. bila time makan, tak nak disuapkan, time makan pun boleh berlari-lari.. biasalah budak2 kan.. tak duduk diam..telatah hanna pengubat duka, senyumannya, kata-kata dia, aksi lucu dia, aaarrrr.. acik rindu semua tu..  ;)

Bila dah balik semua pasti berubah, buah hati terchenta semakin membesar, kanak2 kan cepat membesar.. semoga anak2 acik menjadi  anak yang soleh/ah.. 


Sh.Farhana.

Farhana.. Hobi dia hisap jari sendiri.. selepas kenyang terus tidur.. masa kecik, memang mudah sekali nak jaga farhana sebab dia tak nangis. Farhana hanya nangis time lapar dan bila dia tak selesa (pampers) je. Tak banyak ragam, dan selesa dengan semua orang.. InsyaAllah bulan 9 ni cukup setahun.. Bakal dapat adik lagi hujung tahun ini.. si kecik ni dah nak jadi kakak..

Cerita tentang nak dapat adik ni.. kakak (syikin) bulan ni dah pregnant hampir 6 bulan.. masa balik kampung hari tu, kami tak sempat nak jumpa  sebab time tu aku ada exam..

adik2 ku cakap.. dia sikit berisi... ye ke? rupa2nya kakak nak dapat baby lagi.. dan selepas 5 bulan baru dia tahu yang dia pregnant..bermakna masa dia balik kg hari tu, dia dah pregnant 4 bulan.. dan dia pun tak tahu.. ada jugak kes macam ni.. sama seperti solehah.. 5 bulan baru tahu pregnant... tak sabar acik.. nak dapat anak buah sorang lagi.. 

acik rindu anak2 acik.. 
semoga membesar dengan baik, dan menjadi anak yang soleh solehah.. 

'Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi'

salam kasih sayang..acik. 

Saturday, July 6, 2013

Ujian itu tanda kasih sayangNya

Tidak akan terdetik hati kita nak kepada kebaikan melainkan Allah cinta kepada kita..

Tidak akan terdetik rasa kesal dan ingin taubat melainkan Allah cintakan kita..

dan tidak pula diuji hati kita dengan perkara dunia yang kita sayang..

melainkan rasa cinta Allah pada kita..

Terima kasih Ya Allah..

sesungguhnya Allah.. itu benar-benar ada.. dan Maha Penyayang kepada makhluknya..

Ya allah...
Please forgive me..
Thank You..
I love You.

Ujian.. ? Ya ujian itu pasti ada..
Qi : Ayah.. Allah sedang uji..
Ayah : Bukan... Allah sudah tahu.. Allah bukan uji
Qi : Tak faham  maksud ayah?
Ayah : Ujian ini benda yang kita tak tahu.. pergi masuk dewan peperiksaan.. ambik ujian.. Lulus dan tak lulus... itu baru dikira ujian..
Qi : ya... (aku masih blurrr dengan maksud ayah)..Tapi kan ayah.. kenapa kita selalu sebut Allah uji kita.. dalam Al- Quran pun Allah ada berfirman.. 


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)



Ayah: benar.. cuma tukar perkataan itu.. Allah uji kepada seolah-olah Allah sedang menguji.. sifat Allah beza dengan sifat manusia.. dan kita tak boleh menyamakan sifat kita denganNya.. Allah dah tahu apa yang akan berlaku... tapi manusia tak..

Qi : oo.. baru faham.. ye pak ustaz..

hakikatnya.. Ujian dari Allah tetap ada untuk hamba-hambaNya.. take charge! Positifkan diri.. jangan lari dari masalah..

Ujian dari Allah adalah tanda kasih sayangNya.. Benar bukan...? manusia itu sifatnya lupa dan sentiasa leka, sampaikan satu saat kita lupa bahawa kita adalah hambaNya.. Ujian yang menjengah dalam hidup kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang..
semoga Allah menjaga hati ini..

Salam kasih sayang,
Qi
   
                                                 

Ramadhan akan datang

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... apa khabar readers? semoga sihat ye dan iman pun sihat jugak..

ha! beberapa hari lagi kita nak sambut bulan ramadhan kan... dah bersedia ke?

bersedia? 

iye.. dah sediakan diri untuk mengawal diri dari nafsu makan yang kuat tu?? =)

semoga Allah berikan kesempatan kepada kita untuk sama2 menyambut bulan ramadhan pada tahun ni. insyaallah.. bagi Qi plak... ramadhan kali ni adalah sangat bermakna untuk Qi... nak tahu tak kenapa?

sebab tahun ni.. Qi sambut ramadhan dengan famili Qi di rumah... sejak sekolah menengah hingga ke ramadhan lepas.. Qi takde kesempatan untuk sambut bulan puasa dengan mak dan ayah..

insyaAllah tahun ni.. sempat kot..! harapnya..sekiranya umur ni panjang lagi kan...

apa harapan semua pada ramadhan pada kali ni..?

pasti ada kan... apa pun harapan anda.. Qi doakan semoga diberi kekuatan dalam semua urusan dan ujian yang diberikan olehNya..

Bulan ramadhan special kan..sebab Allah ikat semua 'hantu' dan syaitan yang selalu menyesatkan manusia.. jangan kita menjadi 'hantu' plak ok.. :) ok.. ni kata-kata adik Qi..

ye.. bulan ramadhan sangat special.. sebab ada Lailatul Qadar..

Allah juga turunkan Al-Quran pada bulan ramadhan, 

 "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar"

Semoga dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar!
INSYAALLAH.. 


semoga Allah memberikan perlindungan kepada saudara Muslim di Syria, Mesir, Rohingya, Gaza, Palestin , Malaysia dan di seluruh dunia..moga dengan kehadiran bulan barakah ini.. kita semua diberi kekuatan olehNya.. insyaAllah.. amin ya rabb.

teruskan berdoa untuk kemenangan Islam..


salam kasih sayang, 
QI




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...