Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Thursday, May 15, 2014

Bersabarlah wahai hati..

Tak tahu bagaimana untuk ungkapkan kata-kata..
Sedih, takut..

senyum, tapi tiada siapa yang tahu,
kerisauan di hati..
sudah lama menyembunyikan kesedihan dan ketakutan,
Akhirnya, hari ini..menitis juga air mata
kerana sudah tidak mampu lagi untuk bertahan

melihat kepada banyaknya kerja yang semakin bertimbun
masa pula semakin suntuk..

Ya Allah..
Kesibukan apakah ini..
Ketakutan apakah ini...

kadang-kadang aku rindukan
diriku yang dulu.
yang sentiasa kuat
tabah dan ceria
walau sesibuk mana..
Aku sentiasa yakin
semua tu akan settle
pada akhirnya...

Tapi hari  ni..
Begitu mudah menitiskan air mata
Sabarlah wahai hati..
Semua ini akan berakhir

Berikan daku  Kekuatan Ya Allah.
Untuk Menghadapi Hari-Hari mendatang..
Terima Kasih Ya Allah..

 Maafkan diri ini.. Ya Allah..


Terima kasih ya Allah..

Sunday, March 30, 2014

Sosial

Apa khabar hati?

Apa khabar hati?

Apa khabar hati?


sudah lama diri tidak berbicara dengan hati..
sedarkah?

tiada jawapan yang mampu diberi

bukan kerana tiada jawapan

suasana menjadi sepi


sungguh, aku telah tewas!

selesaikan urusan dengan Allah swt.

kejar dan carilah Dia,

pasti..

kekosongan, rasa ingin dicintai itu adalah missing link yang sebenar..

buk! buk! jatuh kedebuk! =) bagaimana bibir masih boleh  senyum!
sedangkan hati?

ia adalah anugerah yang Allah hadirkan untuk kita mencari Dia..
berhati-hati di sepanjan jalan.

Salam sayang,
menang atau syahid irsalena



cinta tanpa syarat

SESEKALI  rasa Pedih, geram, sedih, kecewa, benci, marah, tak suka itu hadir, ia adalah lumrah dan perkara biasa, 

namun seringkali ia hadir dan setiap hari hadir ia bukan lagi perkara biasa,

kita tak perlu bangga pun dengan perkara tersebut,

malah kita patut malu dengan fitrah diri sebenar sebagai hamba


Ia bukanlah tentang apa,di mana, siapa, dan  kenapa..

tapi ia soal diri sendiri.

kerana diri sendiri yang memaknai hakikat  setiap peristiwa yang berlaku..

kenapa ia berlaku?


Selagi mana kita terus mengejar cinta dan kasih sayang manusia..kita akan terus kecewa kerana cinta bersyarat..

kita takkan mungkin dapat menemui kasih sayang sebenar jika tidak penuhi cinta dan kasih sayang tanpa syarat..

kasih sayang yang sebenar dan hakiki ada dalam diri kita sendiri, hanya hati yang penuh dengan cinta tanpa syarat akan menemui fitrah diri sebagai seorang hamba.

Jadikanlah insan & peristiwa yang hadir sebagai alat untuk  kita mencari, mengenali, menemui, dan menjadi diri fitrah yang sebenar.

Pesan untuk diri sendiri, 
Berhati-hati di sepanjang jalan. 


menang atau syahid irsalena, Rindu!


Thursday, March 6, 2014

Kemulianku Terpuji

Tiba-tiba rasa rindu itu hadir,
setelah sekian lama..
hari ni.. mungkin ujian yang datang,
sekadar gurauan mungkin..
dan ada hikmahnya..
kerana ia terus membuat aku teringat akan dirimu..
kerana aku tahu, sukar untuk mencari pengganti seperti dirimu..
kadang-kadang, cinta dan kehilangan jalan seiringan, 
aku tahu engkau sentiasa ada.. 
kerana engkau adalah cinta,Kemulianku terpuji, 
semoga engkau sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...