Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Wednesday, March 6, 2013

Anak-anakku sayang

Entah mengapa, hari ni aku ingin bercerita kepada readers Qi. Semua tentang kisah lama yang tiba-tiba hadir. Mungkin kerana rindu agaknya.. atau mungkin kerana pada malam ini akan ke sana, lalu memory lama kembali hadir.. 

Anak-anak cendekiawan educare. 

Perkara yang paling berat yang aku lalui bersama mereka adalah pada hari perpisahan. Memang berat untuk aku meninggalkan mereka.

Tempoh enam bulan bersama, sudah pasti rasa sayang itu hadir. Pada awal perpisahan, hati ini rasa rindu sangat nak jumpa anak-anak itu, mereka yang aku sayang. Walau kadang-kadang mereka menyakitkan hati dengan kenakalan mereka, tapi rasa sayang itu lebih besar dari rasa sakit hati. 

Aku? Masa awal tahun pengajian, mencuba untuk menyibukkan diri dengan alasan untuk melupakan mereka. Hidup ini perlu diteruskan. Ya! Sayang sangat, sampai aku tidak boleh tidur malam. Sampaikan aku nak cakap dengan mereka. Rindu mereka. Rindu aku nak panggil mereka.. sayang.. mari sini pada cikgu.. kenapa nangis?  rindu gelak tawa mereka. Aku pujuk mereka, aku ingin menjadi pelindung yang terbaik buat mereka, aku sayang mereka. Aku nak peluk mereka dengan erat.

Memang berat untuk meninggalkan mereka, rupanya bukan aku seorang yang rasa begitu, ibu bapa turut merasa perkara yang sama, mereka risau siapa yang akan tengokkan anak mereka selepas aku pergi. tapi, perkara itu sebenarnya dah settle awal lagi, dah ada penganti aku. 

kerana sayang, aku belajar untuk menjauhkan diri dari mereka.. Damia.... anak yang kuat menangis ,pada awal aku mula kerja di taska.. Lama kelamaan dah mula serasi dengan aku.. Dan hanya akan masuk ke sekolah bila aku yang menjemputnya.. mamanya berkata.. " lega ada cikgu jar' . tapi, aku sendiri merasakan satu anxiety.. apa yang akan berlaku bila aku tidak ada nanti? damia menangis... naufa menangis.. adakah ini yang aku tinggalkan bila aku tiada nanti.. 

Pada awalnya, aku biasakan diri damia dengan aku, menjemputnya sehingga ke kelas. Begitu juga dengan Naufa, nampak Cikgu jar, baru nak masuk kelas. Tapi Qaseh irsalena tak.. dia boleh je masuk dengan semua orang.

Aku risaukan mereka, bila aku dah berhenti kerja nanti, siapa yang akan layan mereka kalau mereka asyik dengan Cikgu Jar je..

lalu, aku mengajar mereka untuk close dengan cikgu lain. Aku sendiri kurang melayan mereka waktu di akhir perpisahan itu. Kerana aku tidak mahu mereka merasa ketiadaan aku nanti. Ada ibu yang menyatakan kerisauan pada aku, macam mana nanti kalau cikgu jar tak de...? 

Puan jangan risau, saya biasakan anak Puan dengan cikgu-cikgu yang lain. Bila saya tak de nanti, mereka akan boleh adapt dengan semua orang. 

aku minta cikgu eika, penganti aku menjemput mereka di awal pagi time mereka tiba di sekolah. Alhamdulillah, lama-lama mereka biasa dengan cara itu. Mungkin itu perkara yang terbaik yang aku boleh lakukan, memberi penerangan kepada mereka (anak-anak), semua cikgu sayang pada adik.. nanti bila cikgu jar dah tak de.. jangan nangis, jangan gaduh, tak nak pukul kawan-kawan sebab nanti kawan sakit.. sayang kawan-kawan tau.. 

Marah? itu bukan cara aku.. aku tidak suka marah anak-anak kecil. Pada aku, marah itu perlu ada, tapi bukan marah untuk melepaskan kemarahan yang ada, tapi marah dengan niat untuk mendidik. Satu perkara yang dapat aku katakan, kita sendiri dapat merasa kasih sayang orang pada diri kita. Reflect dari tindakan kita. Anak-anak kecil tidak pandai berbohong, mereka faham jika terang dengan lemah lembut.

Setiap perkara yang salah itu aku cuba untuk beri explanation kepada mereka.Masa umur mereka 3 tahun, aku didik mereka berkaitan 'toilet training' , dan aku belajar berkaitan toilet training dalam teori psikoanalisis.


Ingat lagi, bila Danish dan Wazien bergaduh, hero-hero belaka.. Aku peluk mereka... minta mereka berbaik-baik... minta mereka bersalam, kemudian peluk.. itula cara aku untuk leraikan pergaduhan mereka. Mungkin jika dilihat, mereka terpaksa melakukan sebegitu... aku ajar mereka, untuk rendahkan ego, bila bergaduh perlu cepat-cepat minta maaf, perlu bersalam kemudian senyum sesama mereka. Aku akan pastikan mereka akan lakukan di hadapan aku.. Seriusly, bukan mudah untuk mereka bersalam antara satu sama lain. Tapi, bila mereka tersenyum.. mereka terus berlari meninggalkan aku. dan aku teruskan dengan kerja aku, membancuh susu dan lain-lain.


Sepanjang tempoh enam bulan , itula kerja aku.. bersama anak-anak kecil yang hebat! mengapa aku katakan mereka hebat! SEBAB mereka memberi aku rasa erti perpisahan. Dan aku belajar cara untuk handle rasa sakit perpisahan dengan mereka. 

Hari Sukan CE.


Danish, Aqib, Adam



Masa tidu diorang.. time rehat aku




Nik tengah mengaji 


Auni (pink)



Damia dan Naufa ( sahabat selamanya)



Humairah (merah)



Anak-anakku sayang



Aqil Sya'rawi tidur


Wazien.

Ahmad Danial dan Afiqah


Qaira 

Sepetang bersama, menunggu ibu dan ayah datang ambil


Lawatan ke PetroSains - Iman, Amirul Naeem, Alia, Syahmi
Mia dan Girl
Rumah kuning


Rumah Hijau



Rumah Merah





salam kasih sayang
Qi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...