Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Wednesday, March 21, 2012

Katak rebus

Assalamualaikum, readers! Apa khabar semua?
Dah lama Qi tak update blog ni.. Ini entri pertama selepas 3 bulan tidak menulis. =)

Seperti tajuk di atas, memang tak salah bacaan readers,! mee rebus? no, katak rebus! Iye betull... katak rebus..Qi bukanlah nak memperkenalkan masakan eksotik terbaru, tapi tentang eksperimen klasik ahli fisiologi German Friedrich Goltz. Beliau membuktikan jika seekor katak dimasukkan ke dalam periuk berisi air dan apabila air itu dipanaskan, si katak tidak akan melarikan diri malah mungkin berasa seronok..

Relax

Iye betul.... cuba kita lihat sekarang, maybe ramai orang lebih berasa seronok berada dalam masalah dan suka untuk mengambil pendekatan mendiamkan diri. Kenapa? kerana mereka merasakan masalah itu bersifat sementara dan akan pulih seperti sedia kala. betul tak? cuba check diri masing-masing.. mereka tidak melakukan apa-apa untuk keluar daripada masalah tersebut, keluar daripada masalah bukanlah bermaksud melarikan diri daripada masalah. Samalah seperti seekor katak yang tidak melompat daripada air itu , dan merasa selesa, sedangkan air itu akan menggelegak dan akhirnya si katak sendiri akan terkapai-kapai untuk melompat keluar.. jika berjaya keluar, alhamdulillah..!

Tapi, apa akan terjadi kepada diri kita andainya masalah itu dibiarkan...? fikir-fikirkan..masalah untuk ditangani, bukannya ditangisi.. 

salam kasih sayang, 
Qi 
22-3-2012 (2.50am)
3-3-1 (2) , KHAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...