Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Monday, December 31, 2012

Ingatkan saya



Jika kau kasihkan orang yang kau kasihi,
ingatkan mereka bila mereka terlupa.
Ingatkan aku, bila aku terlupa..

I believe




Because I believe in Allah, I believe in everything, I believe in myself, I believe in faith & hope, I believe in happiness, I believe in Reality, I believe in success because it makes me smile, I believe in failure is the main reason to make me successful, I believe that everything happens for a reason, I believe in a little steps of my life & for where will take me. I believe in sunny days like believing in cloudy ones, I believe in pain & joy, I believe in looking at someone’s eyes and told him what I’ve seen, I believe in Trust like believing in my dignity, I believe in today like I believe in yesterday & tomorrow as well. And Because I believe in Allah, I believe in My destiny. Keep on smiling




Wanita Muslimah


Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan.

Sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan & wajah, tidak jarang (tipis) & tidak menampakkan bentuk tubuh.

“Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang
 
melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat
 
yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN

 NERAKA..
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga 

TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG

 rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..”


Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.”
(An Nuur : 31)

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firman-Nya :
“Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu.”
(Al Ahzab: 59)

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan-perempuan yang lain. Dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian & akhlaknya, pasti akan menghormati & menyeganinya.

Saturday, November 17, 2012

Selamat tinggal, aku ingin bersamaNya

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Ilahi..

Ya Allah aku bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan...

5 bulan yang lalu, handzalah bersama kami..

Allah sayangkan handzalah.. Along dan Saliy, jangan bersedih.. semoga kuat dan tabah!
handzalah tunggu along dan saliy di pintu syurga...

Aku tahu, along dan saliy mesti boleh hadapi ujian Allah. sungguh Allah  sedang menguji..

Along..saliy.. handzalah adalah makhluknya yang hebat!

Rabu lepas.. sebelum1 Muharram.. aku ke Putrajaya temankan Wada untuk micro teaching di taska.. Sempat berjumpa dengan nawfal.. Allahu rabbi.. dah besar nawfal... :) Panjang, beberapa bulan yang lepas.. kecik tubuhnya.. mestilah bayi kan semakin membesar.. semakin hari semakin membesar kan... he is so cute!

Solehah, baby nawfal baik sangat.. and aku rindu sangat time bersama.. sekarang aku di sini,  bumi ini.. bumi murobbi... Allahu rabbi.. Perjuangan aku diteruskan.. bila lihat solehah dan nawfal rasa sayu hati nak berpisah....

sungguh.. aku sayang pada solehah.....

Along.. dah besar handzalah....

tengoklah along... besar kan...
Kami bersyukur atas kurniaan bayi yang sangat comel macam hadzalah.. of course yang paling bahagia along and saliy atas kelahiran putera sulung mereka

hari ini 1 Muharram , handzalah telah kembali kepada PenciptaNya.. aku terkejut, sedih dengan berita pemergian handzalah pada pagi 1 Muharram..

aku tak sempat nak jumpa handzalah..
Al- fatihah.. semoga Arwah berbahagia di sana


Tuesday, November 6, 2012

Ya Rabb maafkan

Allahu rabbi..

Aku rasa berdosa
betapa takutnya aku..

Aku rasa berdosa
dengan apa yang pernah aku lakukan..

Aku rasa berdosa
Bila ingat kembali perkara itu

Aku rasa berdosa
Aku malu denganMU

Ya ALLAH
terimalah taubatku ini..

Ya ALLAH..
aku hanya hamba yang lemah lagi tak berdaya

Maafkan aku Ya ALLAH..

Setiap orang mempunyai peristiwa lampau, dan tidak dinafikan, kisah silam yang hitam itu pernah berlaku.. aku rasa berdosa, bertapa lemahnya kerana tidak berupaya utk menawan rasa itu.. ALLAH..

Rasa berdosa masih ada dan sukar utk melupakan peristiwa itu... Ya ALLAH...

:'( maafkan aku Ya ALLAH... sesungguhnya aku berdosa kepadaMU...

aku bertaubat Ya ALLAH dengan apa yang pernah aku lakukan,,,
ya ALLAH terimalah taubatku,,
aku tidak mahu hidup dihantui dengan insiden hitam itu.

selami ini, Engkau banyak memberi petunjuk kepadaku, hari ini aku 'nampak'.. Allah, terima kasih Ya ALLAH..sungguh aku malu denganMU..

Wednesday, September 12, 2012

Begin with the end in Mind

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. Ya ALLAH... 

Terima kasih Ya ALLAH ..

Ayuh bersama-sama kita 'ultimate' cangkir kita dengan taqwa, syukur, ikhlas dan redha kepadaNya..

Wah2.. Qi, dah lama xupdate blog..hehehe.. ke mana Qi menghilang? 

Alhamdulillah... Qi panjatkan syukur kepada Nya kerana masih memberi kesempatan kepada Qi utk berkongsi cerita dengan readers!

hari ni hari keempat (khamis - 13/9/2012) bagi sesi akademik 2012/2013. Masih panjang dan jauh lagi perjalanan nak bergelar mahasiswa/i (graduated) ni.. HUHU.. erm... act, itu ke yg ingin Qi capai? of kos la, org belajar mesti nak lulus kan.. so readers! apa langkah yang blh kita ambil bagi menghadapi cabaran/ujian/halangan/hambatan/ ..? OPS! semuanya macam negatif jerk bunyinya.. Ya... jika itu yg readers lihat! Sebenarnya, apa yg kita fikir, apa yang kita rasa , itulah yang kita akan dapat.. Law of attraction. Likes attract likes..

Jom kita hadapi segala hambatan2 ini dengan ketenangan dan rasa syukur kepada Ilahi.. semua ini datang dariNya, Allah memberi ujian kepada kita kerana itu menandakan bahawa Allah juga rindukan kita. Betul.. di saat kita dalam kesusahan, Allah ingin melihat kita merintih dan terus merintih kepadaNya..  T_T.. readers yg disayangi.. kita adalah apa yang kita fikirkan.. 

utk mendapat apa yang kita fikirkan.. Begin with the end in mind! Ya!.. katakan.. readers nak dapat result 4.00 flat dalam final year nanti.. bermula dari sekarang readers dah perlu imagine '4.00'... imagine.... pejam mata, dan fokus pada apa yg readers inginkan.. hehe.. :) jadinya, mulai sekarang meh la kita imagine apa yg kita inginkan..hehehee.. Qi dah nampak dah.. 2014.

ok, itu je yg Qi nak share pada pagi ni.. .. Kita hanya merancang, dan ingatlah Allah itu Maha Perancang,dan perancangan Allah itu pasti lebih hebat utk kita. >.< Yakin dengan Janji Allah dan berdoalah kepadaNya.. nescaya Allah akan perkenankan doa hambaNya.. :)

Dan Tuhanmu berfirman : "berdoalah kepadaKu, nescaya akan AKU perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahKU akan masuk ke neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" - Surah Ghafir : 60

Sayang readers kerana ALLAH..
Syukran.

Syukur 2

Astaghfirullah (3x)...

I'm sorry..
Please Forgive me..
Thank You..
I Love You..



Friday, September 7, 2012

Syukur

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. aku bersyukur 
atas nikmat- nikmat yang Engkau berikan..

YA ALLAH YA RABB..

Terima kasih Ya ALLAH.. 

kerana memberi ruang kepada diriku untuk terus bernafas dan terus menyedut oksigen pada hari ini..

kerana memberi aku peluang untuk terus melangkah dan meneruskan perjuangan ini..YA ALLAH berikan aku kekuatan dan istiqamah dalam perjalanan ini... untuk aku bersama-sama menyemarakkan energy positif dalam alam ini..

YA ALLAH... TERIMA KASIH YA ALLAH....


                                                       AKU SAYANG PADAMU......

Wednesday, June 13, 2012

Jom sihat dengan Senyum..

Apa khabar sahabat semua? semoga sentiasa sihat pada hari ini...? kiranya reader adalah org yg bertuah la pada hari ini.. sebab Qi nak share dgn reader satu cara yg efektif utk mengurus tekanan.. .

Tekanan tu apa? kalau sebut 'tekanan; ni.. nenek Qi dok pahe... kalau sebab 'stress' insyaALLah faham...
Menurut pakar, Prof Madya Qaseh Irsalena (QI) (2012),  Tekanan ialah keadaan di mana seseorang itu berada dalam ketegangan disebabkan perkara yg membebankan jiwa dan fikiran.. hehehe.. boleh terima tak pendapat ahli falsafah yg bernama Qi ni..? 

okey la.. meh kita tanya kat  Aunty Google.. klik di sini ... hehehe... bukan Pressure yg ni Qi nak sampaikan.. kalau dalam laman tu... ahli fizik...  kalau reader nk thu definisi tekanan or stress.. Qi cadangkan buku 'Hidup Sukses Tanpa Stres' ... best sangat buku ni.. bukan je definisi stres.. tips pun ada, tips yg dikongsi based on cara Islam... ini yg kita mahukan bukan...? handle stres dgn cara Islam.. contohnya.. meditasi Zikir Asma Husna.. bukannya dengan Yoga tau... ish2... Qi penah belajar yoga.. silibus masa semester dua.. Ok the past!



Senyum... dengan senyuman anda mampu mengubah hari anda! :)


senyum... seindah suria.. dengan senyuman lahirlah ikatan.. heeee.. Qi bukan nak menyanyi.. wanna share dgn sahabat tntg 'SMILE' ... bukan One Smile Bistro ye..

erm... One Smile Bistro adalah restoran pilihan Qi d bumi murobbi ini.. abaikan tulisan ini... 


'seutas senyuman yg ikhlas itu ibadah..' - kata2 ibu Qi.. waktu tu ibu menggunakan bahasa kiasan utk menyindir Qi yg xberapa nak ikhlas 'time' senyum.. stop bangauing.. ! bila sebut soal senyum ni... sememangnya Qi orang yg murah dgn senyuman.. Ops bukan Qi yg cakap.. aunty lidya yg cakap ye.. Iye betul.. hehehe... :)

Ada apa dengan seutas senyum sebenarnya ni..?

utk itu,. apa kata sahabat senyum sekrang.. sambil memandang lappy dan senyum.... :-) see ada perubahan kan dalam diri sahabat.. especialy di bhgian muka... rasa ringan je kan.. bgus utk org yg sedang berada dalam tekanan... 

salah satu cara yg baik utk handle stres dgn senyum.. menurut kajian..Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).

Comel je bila lihat epal HIJAU ni.. :) PAStinya KULIHAT HIJAU ku TERSENYUm..
hijau tu warna syurga.-- feveret color 


Senyum juga selalu dikaitkan dengan sedekah..bgaimana yg dikatakan sedekah itu..? time kita senyum.. kita telah berjaya memberi ekspresi wajah yang happy kepada orang yg menerima senyuman kita. Pada masa yang sama.. orang yang senyum akan menyebabkan org yg melihat rasa senang hati, jadilah adegan berbalas senyuman.. kan dah tersebar senyuman . Satu jangkitan yg baik kan.. Dikatakan sedekah juga kerana ... menyebabkan jiwa seseorang yg sedang keresahan itu terubat dengan senyuman anda.. .. tak percaya? cube anda dalam stres.. then cari sorang budak kecik .. dan lihat senyuman anak kecik itu.. pasti anda rasa lega.. If not!Maybe awak ada masalah.. :) Tak pe.. kalau awak rasa awak tak suka budak kecik... awak boleh senyum sorang2.. or awak senyum kpd org lain.. .. cubala~ * nasihat dari pakar psikologi Qi.. (perasan kan) ^__^

Reader! senyuman anda itu amat bermakna.. jangan pula awak suka2 nak senyum kepada lelaki ajnabi sesuka hati.. Iye betul.. senyum kan sedekah.. ntahla tak pandai la bagi nasihat camne.. cumanya jgn mengada2 sudah la..~.~ (ee.. lasernye mulut * ada ke sinaran tu) hehe.. terpancar tak..? bukan nak mengata.. just nk nasihatkan.. nanti org cakap sombong sebab tak senyum.. macam mana?? erm.. tak kisahla kalau org nak cakap sombong pun, Qi tak kisah.. korang kesah ke? huhuhu ...
Jaga diri elok2 ye.. kerana muslimah dirimu begitu berharga ~.~ 

ini yg Qi cuba sampaikan.. harapnya sampai la maksud tu...

tapi kalau dgn kenalan readers yg selalu jupa tu.. buat la macam biasa.. tak perlu tiba2 nak jadi orang lain.. tak senyum pada kawan readers sbb baca tulisan Qi ni.... nanti timbul pula satu masalah baru... tak salah nak senyum.. kan Qi cakap tadi senyum itu sedekah.. :) hehehe.. pandai2la.. macam mak korang plak kan nak bagi nasihat.. hehe.. sayang u all kerana ALLAH..
Jaga hati + Jaga Diri + Jaga semuanya =)
Allah pasti menjaga anda.. 



Anak anugerah Ilahi - senyuman anak2 Qi... harith dan hanna,



Hanna senyum semasa tidur...

utk kelihatan muda.. senyumla selalu.. 
Salam Qaseh sayang dari QI..
Prof Madya Senyum... :)

Ceria2kan hari anda..
anda mampu mengubahnya.. pilihan di tangan anda bukan...?

Senyum selallu =)

Thursday, May 24, 2012

Cik Siti tak berkenan dengan CIk LIE

Assalamualaikum readers! yang disayangi.. how are you there? Sesungguhnya Allah swt itu adalah pemilik atas segala-galanya.. Dialah pemilik jiwa dan apa yg berlaku adalah dengan izin-Nya.. itu pendekatan yg Qi akan guna.. bila mana saat. jiwa gulana, hepy , etc.. pokoknya.. Apa yg berlaku atas keizinanNYA - cey.. herm.. im not good in bermadah berpuisi.. actually, jari pada pagi ni .. rasa gatall.. nak mengetuk dan menari2 di keyboard.. 

jump up to the title ### Kenapa CIk Siti.... geli dengan Cik Lie..

terutama sekali.. siapakah ini cik Siti.. lets me introduce her..

Cik Siti adalah seorang seorang wanita yang ekstrovert. Bercirikan seorang ektrovert secara automatically, kita akan berfikir dia seorang yang berani! benar!. memang dia seorang yang berani.. but then... dia sangat geli or takut dengan CiK Lie.. kata Cik Siti.. Cik Lie ni menggelikan dan menakutkan.. Cik Lie akan menyebabkan Cik Siti bernafas dgn laju.. terasa sesak nafas.. bukan bermakna Cik Siti mmpunyai astma or something like that.. tpi tak dinafikan CIk Siti mmpunyai rakan alah dgn Cik Lie dan bau CIk Lie yg kurang menyenangkan akan menyebabkan kwn Cik Siti astma.

mengapa? Bukankah Cik Lie pun ciptaan Allah.. tak seharusnya Cik Siti beranggapan sedemikan kepada makhluk ALLAH..

Ye.. memang benar.. mari kita  lihat  dan fahami jiwanya mengapa Cik Siti sangat kurang berkenan dengan Cik Lie...

Qi memohon maaf kpd Cik Lie... # Cik Siti sedang

Tuesday, May 22, 2012

My Hijab My Choice


Menitis air mataku,
Hilangnya sahabat sejati,
Yang riang dikau ku merindu,
Persahabatan abadi
Setiap detik teringatkan dikau
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni
Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engaku melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu

Perlukah..? dendangan kumpulan nasyid Forheart sedang berkumandangan di radio. Antara lagu kegemaran aku.


Kehidupan sebagai remaja memang banyak pancaroba. Teringat, sewaktu tinggal di Langkawi selama 3 bulan, pada waktu itu aku mendapat tawaran ke Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Lagenda Sri Negeri (KLSN). Lebih kurang dua bulan aku berada di KLSN, di sini aku dapat melihat pelbagai jenis karakter manusia. Sebagai Ketua Kompeni Wirawati Delta, aku bertindak sebagai seorang ketua yang agak tegas. Pada mulanya, aku tidak mahu dilantik sebagai seorang ketua kompeni, bukan senang bagi aku untuk memimpin wirawati Delta yang seramai 109 orang.

 Aku dicabar oleh Cikgu Azlan untuk menjadi ketua kompeni. Dimarahnya aku bila aku cakap tidak mahu. Tambahan pula mereka berasal daripada pelbagai jenis latar belakang, bangsa atau kepelbagaian budaya. Aku sedar ada dalam kalangan mereka yang tidak menyukai aku. Dan akhirnya aku menyedari bahawa aku mengalami symptom SS. Simtom syok sendiri.. Aku SS bahawa mereka semua sukakan aku, ye la.. aku kan jenis yang friendly.. herm... lucu pula bila teringat kisah zaman budak-budak.. Tapi kisah ini, bagi aku  unfinished business, kerana aku tidak dapat duduk lama dan berbincang bagi menyelesaikan masalah aku dengan mereka.

Aku meneruskan pengajian Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang (SMKP). Tawaran belajar daripada SPA 8,  3 kali sampai di rumah,posmen yang sama juga yang menghantar surat ke rumah. Aku tidak pergi interview. Mak cakap, fikir betul-betul! Nak belajar  di Form 6 ke atau nak kerja di bahagian pharmacy. Kenapa hidup ini sering memerlukan kita membuat pilihan?

Jun 2008
Haa sastera! Alamak, macam mana ni? Aku ni tak pandai nak bersastera, bermadah bersemi, Geografi pula dengan angin monsun,barat daya… Aduh Saleha la aku! Sejarah pula,oH, NO!  Bahasa Melayu, Arhhhh…..! Susah ni.. tambah-tambah aku tak minat langsung dengan subjek Geografi dan Sejarah. Boleh ke aku nak belajar subjek- subjek ini.. Apa yang aku nak buat? Pilih lagi.. bukan senang nak pilih, masa soal masa depan aku. Aku tahu ukur baju di badan sendiri. Macam ayat pasrah je kan.. huhu….Boleh ke guna peribahasa ni ukur baju di badan sendiri..? maksud, aku ukur dulu kemampuan aku sama ada aku dapat ke tak nak belajar dalam bidang sastera, nak  teruskan belajar dalam bidang Sains aku dah tak mampu. 

Akhirnya, aku belajar dalam tingkatan enam dengan mengambil subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan dan Geografi. Cita-cita aku sebelum itu, adalah nak menjadi seorang lawyer,tapi aku fail in history! Dah macam-macam cara aku cuba, buat mind maps, baca buku komik sejarah, aku dah open minda aku untuk berminat dalam sejarah. Aku save as dalam memory, sejarah mesti dapat A,  tapi bila exam dah dekat, aku open file.. rupa-rupanya document aku dah diserang virus. May be minda aku dah disekat untuk menerima sejarah.  Takkan sejarah tu virus? Ish… takkanlah.. aku sendiri yang lambat loading, dan selalu sangat pending time cikgu ajar sejarah.

Friday, May 18, 2012

Rasa pahit itu MANIS



Satu ketika... 
aku merasakan jalan itu 
sangat jauh dan sukar utk aku capai..
'maybe' aku terlalu asyik dan leka, 
sehingga tiada sinaran utk ku lagi...
Namun,
 masih terbit kerisauan dalam hati.. 
anxiety yg positif!!!
dan kerana itu.. 
DIA menemukan aku dengan mereka.. 
yang sangat osem..! 
siyes osem! * inche gabbana cakap osem..






Indah dan manis.. 
pahit dan payah itu pasti ada....
ku lihat ia satu cahaya yang cerah...
sinarannya mendamaikan kalbu
sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata saat  itu...
bibir ini menjadi saksi aku sedang tersenyum 
tika memori indah manis bercampur kelat kopi..
 yang sememangnya best.. best!!

sememangnya muslimah yang ku sayangi.. 
sama2 rasa apa yang kurasa..
semua orang mengharapkan perkahwinan 
yang bahagia seumur hidup
nak kawin sekali sahaja seumur hidup!!
saat itu manis..



aku rasa nak berkali-kali 
bukan kawin berkali2..
tapi..
ingin bersama mereka berkali-kali
bukankah ia lebih manis..
saat itu tidak aku berulang lagi
selagi memori ini masih dalam jagaan-NYA,
insyaALLAH ia akan diingati

yang manis dan pahit itu mesti ada..
hebatnya ukhwah!!!!





hinggakan ini yang kurasakan..
ukhwah yang ikhlas bertunjangkan akidah..

jalanku bukan satu, kiri kanan pilihanku..
lirik ke kanan, susah dan payah..
toleh ke kiri, suka dan asyik..
inikah jalanku?



yang indah itu
 tak selalunya indah..
yang pahit itu 
pasti penghujungnya manis
Cahaya itu petunjuk
Guideline untuk aku

aku baru mula bertatih..
aku akan cuba bertatih..
kadang-kadang aku akan letih..
aku perlukan KAMU.. ya ALLAH..
Pandulah aku YA RABB, 
iringilah aku ke jalan-MU
jalan yang ENGKAU redha







Sunday, May 13, 2012

Kisah Zinnirah


Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Saturday, April 28, 2012

Baitul muslimku


Bila bercakap soal cinta, aku mesti selangkah ke belakang, Qi yang 'up to date' dengan (satu masa dulu) rasa sangat kolot  bila berbicara soal cinta..

Tiada jaminan untuk itu, hanya jaminan daripada-Nya. Aku akui pendirian aku pada masa kini, agak jauh ketinggalan ke belakang. Aku percaya ramai muslimah di luar sana yang memegang prinsip yang sama seperti aku percaya  'bercinta selepas nikah'.

Mustahil untuk aku menafikan perasaan ini, yang aku tiada keinginan untuk dicintai dan mencintai, tapi biarlah ianya berada di landasan yang betul. Sudah lumrah penciptaan manusia, mempunyai rasa. Kita bukan malaikat.

 "Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang"
[30:21]

Apabila hati sudah berkenan atau sudah dirisik orang, mestila kita perlu mengenali karakter atau personaliti. Sebab itu Rasulullah s.a.w menyuruh kita bertaaruf. Dalam bertaaruf pun mesti ada caranya, Islam itu indah.

Baru-baru ini, aku call ibu, lepas habis program luar kampus. Ibu memang risau sebab tak dapat sebarang berita daripada aku, memandangkan hp perlu diserahkan kepada pihak penganjur. Bila Hp diserahkan kembali, aku call ibu.

Ibu risau ke?
ye.. mestila risau.

kan, dah cakap.. jangan risau..

angah dah kawin.. ibu tak risau, sebab abg syed jaga angah.. alang duk jauh, jauh dari mata ibu.. ibu tak nampak...

ibu jangan risau.. Allah jaga alang..

Itulah, ibuku.. mula-mula ibu minta aku cari pasangan hidup, lepas tu ibu suruh aku kawin.

Bukan aku ingin menolak cinta, tapi aku percaya ia akan hadir pada waktunya yang Allah s.w.t takdirkan dalam hidupku. Ia fitrah bukan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
[2:216]

Salam kasih sayang,
QI

Monday, April 23, 2012

WANITA DICIPTA DARI TULANG RUSUK LELAKI ?

QI
 Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).
Adakah ayat ini bermaksud bahawa wanita secara umumnya dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya,di dalam A-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan “Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah.
Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung dengan kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Jesteru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dari bentuk yang mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.
Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.
Berbalik kepad isu berkaitan kejadian kaum hawa daripada tulang rusuk kaum lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pandangan ini ialah sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Al-Quran dirujuk mengenai perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa, dalam surah An-Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan dengan bermaksud, “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.
Sebenarnya, Al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran yang tinggi dan diletakkan di tempat yang tinggi. Dalam surah Al-Imran ayat 195, Allah menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.”
Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataupun memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menjelaskan, “Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu,” Hal ini adalah utama untuk difahami dan dihayati.
sumber asal : cahaya purnama

Wednesday, March 21, 2012

Katak rebus

Assalamualaikum, readers! Apa khabar semua?
Dah lama Qi tak update blog ni.. Ini entri pertama selepas 3 bulan tidak menulis. =)

Seperti tajuk di atas, memang tak salah bacaan readers,! mee rebus? no, katak rebus! Iye betull... katak rebus..Qi bukanlah nak memperkenalkan masakan eksotik terbaru, tapi tentang eksperimen klasik ahli fisiologi German Friedrich Goltz. Beliau membuktikan jika seekor katak dimasukkan ke dalam periuk berisi air dan apabila air itu dipanaskan, si katak tidak akan melarikan diri malah mungkin berasa seronok..

Relax

Iye betul.... cuba kita lihat sekarang, maybe ramai orang lebih berasa seronok berada dalam masalah dan suka untuk mengambil pendekatan mendiamkan diri. Kenapa? kerana mereka merasakan masalah itu bersifat sementara dan akan pulih seperti sedia kala. betul tak? cuba check diri masing-masing.. mereka tidak melakukan apa-apa untuk keluar daripada masalah tersebut, keluar daripada masalah bukanlah bermaksud melarikan diri daripada masalah. Samalah seperti seekor katak yang tidak melompat daripada air itu , dan merasa selesa, sedangkan air itu akan menggelegak dan akhirnya si katak sendiri akan terkapai-kapai untuk melompat keluar.. jika berjaya keluar, alhamdulillah..!

Tapi, apa akan terjadi kepada diri kita andainya masalah itu dibiarkan...? fikir-fikirkan..masalah untuk ditangani, bukannya ditangisi.. 

salam kasih sayang, 
Qi 
22-3-2012 (2.50am)
3-3-1 (2) , KHAR

Thursday, January 12, 2012

MPH KL Sentral Bookfair 2012

Assalamualaikum..readers.. apa khabar?


suka Qi nak share dgn readers yg  Qi ada terima mesej ringkas macam ni.. tulisannya...


MPH KL Sentral Book Fair@KL Sentral, Concourse Area, Level 2(7-20/1) Members enjoy 20% off on all books & up to 70% off on value buy. Info, call 03-29


kepada readers yg dapat baucer RM 200, bolehla pergi dapatkan buku yg korang nak sangat2 kan...


huhu.. Qi plak , hajat nak dapatkan baucer hari ni, tapi baucer dah habis maa.. 


tak sempat plak nak beli buku, jika berkesempatan dan diizinkan ALLAH, QI nak pergi MPH di Alamanda.. 


Buku- buku yang QI hajatkan..
1. Tafsir Al-Quran 
2. Buku Siri Aku Terima Nikahnya
3. Buku Rujukan Untuk subjek Kaunseling..




kalau tak silap , baucer ni tamat bulan march..


-------------------------------------------------------------


MPH KL SENTRAL BOOKFAIR,
readers yg berminat :


tarikh : 7 januari - 2o januari 2012
masa   : 9.30 am - 9.30 pm


salam kasih sayang,
Qi , 365 (1)







Akhirnya.. dah siap pun kemas barang malam ni..  tapi ada lagi sikit yg berbaki ... insyaALLAH esok settle la..

heran bin ajaib.. apsal banyak sangat barang ni..

Balik Kampung


                        Assalamualaikum.. readers .. apa khabar semua? sihat tak hari ni....

Malam ni.. maybe malam terakhir di Tg Malim utk semester ni.. insyaALLAH.. harap2 esok ada tiket nak balik Alor Star... dah tak sabar rasanya nak blik kg.. dah 2 kali balik kg naik train.. utk semester ni, nak try balik naik bus la plak.. bukan tak pernah naik bus, tiap2 hari naik bus..
tapi kalau  dari Tg Malim ke Alor Star naik bus - jarang sekali.... tu pun time cuti raya ... beli tiket drpd HAK  ( Himpunan Anak Kedah ) UPSI.... .. tpi kalau tak da tiket bus.. beli tiket di KTM la... hrp ada rezeki... hehehe..

Langkah2 keselamatan --

1. Check tiket dulu, no kerusi, supaya tak berlaku perkara yang sama

       Suka Qi nak share pengalaman naik train.. first time naik train..
excited sgt ? xde la excited sangat.. takut ada la. tapi buat biasa2 ja.. herm... that time, balik dgn kawan2 batch kaunseling, untungnya 7 orang student kaunseling dari kedah.. semester satu time tu.. cari2 tempat duduk.. lastly, org yg kat sebelah tu lelaki.. mestilah tak nak duduk di kerusi tu.. Alhamdulillah, 2 kali tukar tempat duduk dapatla duduk sebelah perempuan, ntah macam mana terlupa tiket train. datangla petugas minta tunjuk tiket.. No Ticket! Train dah bergerak! Hadoiiiii....

2. Utk langkah keselamatan, pastikan org yg duduk di sebelah adalah perempuan- bagi perempuan
    * time beli tiket, tanya kat penjual... kalau disediakan kerusi yg single.. minta yg single.. 
    * tapi train memang tak boleh nak elak, sebab kerusinya double.. lainla kalau naik LRT, 

3. Jaga barang2 berharga anda elok2- 
     
       Ada kenalan Qi student Pendidikan Islam, kejap je dia tinggalkan barang dia.. kejap sangat! pergi toilet..datang ke tempat duduk, netbook dia dah hilang.. sedih sangat bila dengar... Ya ALLAH, alhamdulillah dia selamat.. so, readers yg nak blik kg .. hati2 ya...

4. Dan ingat duit habis tak pe.. yang penting keselamatan! 
      
      Ni pesanan ikhlas dari adik lelaki Qi, time naik bus Antar Holiday, dari Kota Sarang Semut ke Tg Malim... ikut tiket memang nak berhenti di TG Malim..lastly, pemandu bus berhenti di Genting Highland.
herm.... jam 5.00am.. sampai d Genting. Penumpang2 yg lain, suka sangat sebab dah sampai di Genting, Qi plak menangis tak berlagu la.. huhuhu.. lastly, sampai juga ke KHAR, Tg Malim, jam 12.00pm.. Alhamdulillah..


Kepada readers yg nak balik kampung, selamat pulang ke kg. berhati2 di jalan raya - I Love You !
hehehe.. kepada sahabat2 ku yang masih berbaki satu paper pada Isnin ni.. semoga berjaya dalam exam ni.. insyaALLAH jumpa lagi sem depan..





Qi, 365 (1) , KHAR 
12-1-2012

p/s : utk menghilangkan rasa kebosanan d  dlm bus or train.. jgn  lupa sediakan novel, or buku2 yg readers suka! 

Friday, January 6, 2012

Oshin, Budak tak da kening dan Pacat!



Budak kecik tak da kening 
serius aku terharu, 

sebab  baru boleh berjalan,
tak tih ..tak tih... tak tih...

sepetang si comel Oshin
Budak kecik tak dak kening berjalan
sampai terjatuh... 
biasalah baru mula belajar nak berjalan..
gigi pun baru 2 batang...
budak kecik tak dak kening...

Oshin sayang budak kecik tak dak kening
Oshin kayuh gerek warna pink
Di belakang mesti budak kecik tak da kening

Oh! Pacat ! 
hang siapa? 
nak ganggu kami..?

seluar tiga suku,
dah la pacat..!
Pacat.! Pacat.!

Budak kecik tak da kening... Oshin...
Pacat.. mana..? 



.
.
.

Budak Kecik tak da kening bersama Oshin

.
.
.

Budak kecik tak da kening, 17 berbeza!
Siyes aku terharu! T_T

Sunday, January 1, 2012

Salam Imtihan

Assalamualaikum ..s a h a b a t .. apa khabar semua?

SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA SAHABAT YANG AKAN MENDUDUKI EXAM PADA MINGGU INI.. SELAMAT BERJAYA BUAT ANDA SEMUA.. SELAMA 6 BULAN BERHEMPAS PULAS, KE KAMPUS, KE KULIAH, SIAPKAN ASSIGNMENT .. DAN USAHA TERAKHIR KITA PADA MINGGU INI.. DAN BERSERAH KEPADA-NYA... KITA SEDANG BERJIHAD DI JALANNYA.. -MANISNYA RASA ^^,


semoga berjaya smua.. sebelum menjawab exam baca BASMALLAH dulu ye.. pesanan ikhlas dari mak QI.. =)

pasti sahabat2 smua sedang menelaah pelajaran.. hai... sesungguhnya, kerisauan itu ada.. anxiety , pain , tapi tidak kepada kecelaruan.. 
mengeluh...? 
seronok..? 
tak sabar ..?
gembira...?
takut...?
sedih...?

maCAM - macam lagi emosi yg ada bila nak hadapi exam kan..... betul tak,..?

macam mana boleh ada...

kata mereka macam berbulan madu.. herm...mesti usaha mereka tu hebat! 

fikirkan mengapa timbul perasaan yg berbeza.. dan pasti usaha setiap individu juga berbeza kan..... 

usaha... mereka berbeza, pastilah perasaan mereka berbeza... rasa mereka berbeza... so apa yg membezakan kita...? 

and.. bila result dah keluar.. mestilah hasilnya juga berbeza kan...

kan.. kan... =)

ok! readers - sayang readers kerana ALLAH.. Good Luck in ImtiHan - 

Qi sendiri mengalami anxiety, anxiety yg normal dan rasanya wajar...

adakah wajar, apabila rakan anda tidak mengalami anxiety apabila exam dah dekat???

salam-- =)
 ALLAH IS CALLING ME

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...