Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran- saya nak ucapkan selamat hari raya kepada........

Assalamualaikum.. apa khabar jejak Qi? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.  1 Syawal 1432H...telah tiba, Ramadhan telah pergi meninggalkan kita lagi.. Semoga amalan kita diterima Allah swt..Alhmadulillah.. dengan berkat bulan Ramadhan, moga2 kita mendapat keredhaan, keampunan dan kebebasan daripada azab neraka.. Ameen...

Pada kesempatan ini, Qi memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat sahabat yang mengenali diri Qi sejak Qi kecil hingga ke hari ini. Buat mak dan ayah tersayang, selamat menyambut hari raya. Alhamdulillah pada tahun ini, lahir lagi seorang insan kecil, Hannah Izzati Mohd Ashraffuddin, semoga dengan kehadiran anak buah tersayang akan bertambah seri lagi keluarga kita.
Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada famili tersayang especially, kakak , abang, and adik2 serta anak2 buah yang comel..

Buat sanak saudara, sepupu sepapat yang ramai, yang sudah pulang ke kampung.. terima kasih atas kemeriahan pada malam syawal ini.. moga tak mengganggu jiran tetangga, ingat2 di hari raya.. malam raya, semua orang sedang bergembira, namun masih ada yang terluka.. ^^, kak cik tiqah yang akan melanjutkan pelajaran ke Jordon pada 9/9/2011.. kak jad doakan selamat mengembara dalam mencari ilmu utk mencapai keredhaan-Nya .. buat saudaraku yang berada jauh di mata, yang dekat  sama ada di Malaysia dan di luar negara.. selamat hari raya! :)

Pada kesempatan ini juga, Qi ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua sahabat Qi , pelajar Bimbingan dan Kaunseling, 2010/2011 UPSI, especially zira and kak tiah.. segala tingkahlaku, dan kata2ku yang membuatkan kalian terasa ampun dan maaf dipinta... I love both of you :) my beloved friends..

Tak lupa juga kepada semua sahabat 5 Sains Tulen di SMKTM, especially to hafizah and husna, awak  berdua memang sahabatku yang sangat baik.. jad minta maaf  banyak sangat2 ..huhu.. atas segala kesilapan dan kekurangan diri..
Kenalan-kenalanku di Kem PLKN, Seri Negeri ,Langkawi (KLSN) , jurulatih-jurulatih.. selamat hari raya maaf zahir dan batin, daripada Ketua Kompeni Wirawati Delta - 

Buat teman2 dan sahabatku di SMKP, twin- miza and zila.. (kakak dan adik) , klik 7 sahabat- kakak,adik, husna, hafizah, faizah, farhana, myra --- mona, piqah, farahin, izzati, marsita, along dan lain2..
buat kakak dan adik, maaf sangat2 sebab muntah dalam kereta hari tue. I'm so sorry for wrongdoing since past until now..

Buat rakan2 cikgu di Cendekiawan Educare, kak ton, kak mira,kak chik, solehah, kak sri, kak ojie, kak liza kedah, kak liza kelantan, kak suria, husna, twins, mak ngah, kak eida, kak eida 2, kak farihan, isma, ika, yus, kak nadia, kak wak, kak aya, kak dina, kak ina, kak ida PPJ, hisyam, shahir, annas, farah, balqis, sue, dan tak lupa juga buat semua anak2 didik.. ustazah minta maaf atas kekurangan ustazah dalam menyampaikan ilmu buat anak2 ustazah yang disayangi.. moga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah- maaf dipinta sepanjang 4 bulan bersama di bumi pentarbiyahan..

Tak lupa juga kepada semua tenaga pengajar di SKTM,SKP, SMKTM, SMKP, UPSI - terima kasih atas segala tunjuk ajar--- Maaf dipinta , Ampun diberi.. :) terima kasih teachers kerana mengajar saya, tak jemu melatih saya hingga ke hari ini.. :)


Lastly, buat sahabat-sahabat maya, dan semua yang mengenali diri saya,Qi mohon maaf atas kekurangan dalam penulisan, Qi berlindung daripada menjadi dusta atas tulisan sendiri.. :) 


banyak pulak aku merepek di malam satu syawal ni.. agak2 esok ada dapat duit raya yg banyak tak?? =)
salam kasih sayang
-Qaseh Irsalena-
1 Syawal 1432H/30-Ogos 2011



Wednesday, August 17, 2011

Insan Istimewa


Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa...

Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh ,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi...

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk...

Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukannya harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa...

Engkaulah wanita istimewa...

Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan...

[Dehearty]

Fasa Keampunan di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Begitu pantas masa berlalu.. Pejam celik-pejam celik Ramadhan telah tiba pada fasa kedua-Fasa keampunan..Semoga perkongsian QI bersama sahabat pada malam ini akan memberi manfaat buat kita bersama. InsyaAllah.... :)


FORMULA MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH : 


*Perbaikilah kualiti puasa kita 
*Banyakkan tilawah & tadabbur al Quran 
*Banyakkan bersedekah 
*Pastikan malam Ramadhan kita tidak berlalu tanpa Qiamullail
*Ampunkanlah segala dosa & kesalahan ikhwh/at kepada anda
*Maafkanlah segala dosa ahli keluarga & saudara mara anda
*Sejukkanlah hati anda dengan mengampunkan dosa manusia, nescaya Allah akan menyejukkan hati anda    dengan kempunanNya
*Pastikan ikhwah/at ada bersedekah w/pun sedikit pada setiap hari Ramadhan 
*Jgn lupa bantuan kita untuk saudara kita di Palestin.. 
*Ambillah peluang bangun bersahur untuk membangunkan malam kita 
*Jangan lupa membaca doa rabithah dan doakan semua ikhwah/at kita di seluruh dunia, juga buat semua pejuang-pejuang di jalan Allah & seluruh muslimin… Amin Ya Rabb Alamin...Wallahua'lam.



Sumber Asal : IBNU MUSLIM


Salam kasih sayang :)
QI
P9G1/5, Putrajaya

Antara mangkuk, madu dan sehelai rambut...



Pada suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman mengunjungi rumah Ali bin Abi Talib.Isteri Ali, iaitu puteri Nabi bernama Fatimah menghidangkan madu yang dimasukkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik. Di dalam mangkuk itu, ternyata ada sehelai rambut.


Melihat rambut itu, Nabi meminta para sahabatnya membuat satu perbandingan menggunakan tiga barang yang berada di hadapan mereka iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar memberikan perumpamaanya"Iman lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, orang yang beriman lebih manis daripada madu ini dan mempertahankan iman adalah lebih susah daripada meniti sehelai rambut."Perumpamaan Abu Bakar itu mengandungi makna yg mendalam perihal iman.

Tidak lama kemudian, Umar pula menyumbangkan fikirannya, "Kerajaan ini lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, seorang raja yang adil itu lebih manis daripada madu ini dan memerintah dengan adil adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut" Berbeza daripada Abu Bakar, Umar menggunakan kepemimpinan yang adil dalam perumpamaan.

Seterusnya, Uthman bin Affan pula memberikan pendapatnya iaitu, "Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu itu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Lantas apa pula kata Ali sebagai tuan rumah? Ternyata Ali menggunakan para tetamunya sebagai bandingan.Ali berkata,"Tetamu itu lebih cantik drpd mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis drpd madu ini dan menyenangkan hati tetamu sehingga dia pulang ke rumahnya adalah lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Fatimah juga turut memberikan pendapatnya,"Seseorang wanita itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, wanita yang menutup auratnya lebih manis daripada madu dan mencari wanita yang tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali muhrimnya lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."

Nabi Muhammad gembira mendengar perumpamaaan-perumpamaan daripada para sahabatnya dan puterinya tentang tiga hal itu. Akhirnya Nabi pula memberikan pendapatnya."Seorang yang memperoleh taufik dan beramal dengannya lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan amalan yang baik itu lebih manis daripada madu dan melaksanakan dengan ikhlas lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."

Tiba-tiba muncul Malaikat Jibrail dan dia berkata,"Menegakkan tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu bagi mengembangkan agama itu lebih manis daripada madu dan mempertahankan agama sehingga ke akhir hayat lebih sukar daripada meniti sehelai rambut"

Allah pula berkata :"SyurgaKu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu lebih manis daripada madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."

sumber : buku motivasi

salam kasih sayang,
Qaseh irsalena, 
P9G1/5 - 16 Ramadhan

Sunday, August 14, 2011

NUMEROLOGY - Life Path 6


Assalamualaikum,..semua.. copy dari muka buku 
Numerology Life Path 6
You are romantic, peace-loving, compassionate and considerate, and you live to love! Your life path mission is to achieve balance between giving and receiving. Sympathetic and caring, you are a born counselor, and your life path number symbolizes the principles of nurturing and harmony. You are the teacher, the trainer and the parent. You will love any job where you can make life more comfortable, easy and luxurious for others.

Discover the Inner You with Numerology

Numerology can help you understand your own deeper nature, your talents and life goals, your hidden characteristics, and your opportunities and challenges. The core of any numerology analysis of your personality involves four core numbers -- Life Path, Expression, Soul Urge and Birthday. Reveal your true personality and discover your destiny through the power of numbers with our Numerology Personality Profile reading. Start out with a free sample reading right now!

The Life Path Number

The Life Path Number is considered the most important number in a numerology reading. It reveals the road you'll follow throughout your life, and it’s the number that indicates your latent talents and inherent abilities that will help you along your way.

The Life Path is derived by calculating the sum of the month, day and year of birth, then reducing the sum to a single digit or master number.

The Expression or Destiny Number

The Expression or Destiny Number is the second most important number in the core. It describes your potential talents -- your natural abilities as well as related character traits. For most of us, these talents and skills are there at birth, although they are usually further developed as an individual grows and matures. Very often -- but not always -- these particular abilities are of primary importance in a person’s work and career. Frequently, the talents described by the Expression or Destiny Number form the central feature of an individual’s career.

The Expression Number is derived by calculating the sum of the number values of all the letters in the name -- for example, the letters in the full name that appears on the birth certificate.

The Soul Urge Number

The Soul Urge Number is the third most important number in the core. It describes your inner motivation -- what you want to be, have and do -- and the potential abilities and obstacles that accompany that motivation. The Soul Urge is influential in determining your point of view and the principles on which you act. Although the Life Path and Expression Numbers are generally easy to see in a person, the inner motivation is often a very private matter -- unless revealed through the use of numerology.

The Soul Urge Number is derived by calculating the sum of the number values of all the vowels in the full name.

The Birthday Number

The Birthday describes several important personality characteristics, but it’s the least important of the core elements. It’s simply the reduced form of the number of the day on which a person is born.

Tuesday, August 9, 2011

CINTA BUTA


Ibnu Faridh mengungkap dalam syair betapa bahayanya cinta buta
Selamatkan dirimu dari cinta pembawa bencana,
Aku tidak memilihnya selagi masih ada akal di kepala,
Menghirup ketenangan hidup,
Kerana permulaan cinta adalah ketenangan,
Pertengahannya derita dan kesudahannya nyawa melayang…


TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK

Pertama


 Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);


* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;


* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.


Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.



Kedua

 Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:


" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,


2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,


3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,


4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,


5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".



Ketiga

 Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :


1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

Keadaan Di Padang Mahsyar


Maka dinyatakan oleh Rasulullah 12 barisan berkenaan iaitu :
        1.Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki : " mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jiran, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka...
       2. Diiringi dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan : " mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya , dan tempat kembalinya mereka adalah neraka..."
       3. Mereka datang dalam bentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dangan ular dan kala jengking : " mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat , maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
         4. Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar daripada mulut mereka :" mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasanya, dan tempat mereka adalah neraka.."
         5. Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. :" mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
       6. Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus daripada badan: " mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasanya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
         7. Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah : " mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..
         8. Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas : "mereka adalah orang yang berzina , maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka asalah neraka..."
         9. Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru, sementara di dalam diri mereka penuh dengan api yang bernyala :" mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
        10.Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta : "mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua ibubapa, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
        11. Diiringi dari kubur dengan keadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terlujur memanjang sampai ke perut, dan keluar berbagai-bagai kotoran :" mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
         12. Diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama, mereka melalui titian sirat seperti kilat. : " mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak melakukan kebaikan. mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat 5 waktu, ketika meninggal dunia mereka sempat bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih..."

Gambaran Hari Kiamat


Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna. assalamualaikum semua.. artikel ini Qi copy dari Aku Pelangi. Ayuh bersama kita membaca, moga ia memberi manafaat buat kita bersama :)

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Ambil yang baik, buang yang keruh, jom baca..

Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah bakal berlaku 40 tahun lagi???AL-QURAN&HADIS membuktikannya)

Artikel ini saya copypaste dari Zameer Fisabilillah dan saya merasakan nya shahih dan betul
 .
Qi sendiri copy dari Group : berusaha Menjadi hamba yang soleh dan solehah. InsyaAllah.. solehah.. :)
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....

Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:

- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda akan berada dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...