Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Friday, October 18, 2013

Solat Taubat


Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;

§  Waktu melakukan Solat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja   (sama ada malam atau pun di siang hari) sebaik-baik sahaja merasakan diri telah melanggar suruhan Allah SWT atau telah membuat kesalahan kepada Allah SWT (sebagai contoh ialah tidak menutup aurat, melakukan dosa-dosa kecil lain mahu pun dosa besar), kecuali pada waktu makruh tahrim untuk melakukan solat *. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

§  Lafaz NIAT

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

§  Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun:    .








:     atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

§  Rakaat KEDUA-  Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah  (Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah Rasulullah SAW: 




:   atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

(Terdapat juga para guru dan orang-orang 'alim mengajarkan di Rakaat Pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah maka baca ayat Al-Kursi sebanyak 11 kali, manakala di Rakaat Kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah maka bacalah ayat Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali).
§  Semasa sujud akhir rakaat kedua, jika mampu, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):


لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Ertinya:
Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada   melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!  Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi   diri sendiri
§  Selepas salam, perbanyakkan Istighfar  sebanyak 100 kali, atau yang semampunya,

أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
وَ أتُوبُ إلَيْكَ
Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

§  Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali, atau yang semampunya,
الْعَظِيمَ  سبحان الله
Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
§  Selepas itu, jika mampu lagi ucapkanlah (seberapa yang mampu):

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
 لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Ertinya:
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, 
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. 
Dialah yang menghidupkan 
(orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) 
dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);

 الْعَظِيمِ  بِاللَّهِ   إِلَّا   قُوَّةَ   وَلَا  حَوْلَ لَا
Ertinya: 
 "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".



Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini (mengikut kemampuan):

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ertinya:
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"

 
§  Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan dengan bahasa yang paling mudah atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،
 وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،
 أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،
 أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،
  وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Ertinya: 
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Thursday, September 26, 2013

Acik - aku Cinta Kamu



Siri 1 : bersama ACIK'13 - Aku cinta Kamu..
Semoga mereka mendapat sesuatu..mungkin kita  mengharapkan semua itu berubah seperti yang kita inginkan..
tapi yang akan menggerakkan hati mereka adalah Dia.. kerana Dialah pemilik dan pemegang hati..
Mungkin pada saat, ini masa ini dan esok dia belum berubah..
tapi, mungkin satu hari  nanti...Selepas sebulan, 3 tahun.. or 20 tahun akan datang, dia akan berubah..siapa tahu kan...?
Kita hanya mampu melakukan yang sebaik mungkin... bersama-sama mencipta bekalan.. dan in sha Allah.. semoga anak-anak yang terpilih, yang Allah temukan kita pada hari ini... adalah yang terbaik..
Siapapun diri kamu, saya tetap menerima dan sayang kamu seperti yang lain..
Saya takkisah tentang siapa kamu pada masa lepas.. cuma.. kita masih ada masa untuk berubah.. Time to change! Time to action!.. You are the best among the best! Aku cinta KAMU.. 
Semoga menjadi murid, anak dan hamba yang solehah, muslih..
In sha Allah.. kerana kamu ada Tuhan yang senantiasa sayangkan diri kamu..

Janganlah kamu bersedih, di saat dia tidak menjadi seperti yang kamu inginkan setelah kamu berusaha,
dan janganlah kamu bangga dia menjadi seperti yang kamu inginkan setelah usahamu itu,
kerana yang membuka Pintu Hidayah itu adalah Tuhan yang Maha Penyayang.

Salam kasih sayang.. 
Cikgu Siti =)


bersama Buddy



Masih berbaki 6 minggu di bumi ini, bumi pentarbiyahan untuk bakal murobbiah..
Puteri-puteri yang ada sudah memikirkan..
nanti Qi pergi, kami nak kongsi dengan siapa..
Boleh tak stay di sini..
Rasa tak sabar nak tunggu perjumpaan kita malam seterusnya..
Banyak perkara yang kami nak kongsikan bersama-sama dalam kumpulan ini..

Boleh jangan tinggalkan kami..


Erm.. kamu ni..
Sudah memikirkan saat perpisahan,
hargailah moment yang kita ada sekarang..
saya minta kita berkongsi kamu gelak-gelak..
ada sesuatu yang melucukan ke?..
=)

mungkin satu masa aku akan rindukan semua ini..
hmm.. tu la..kalau nak sayangkan orang..jangan terlalu sayang, kalau pergi sakit nanti..
musuh jangan dicari..hehehe.
pandailah handle emosi sendiri.. ntah2 tak sempat pun nak fikirkan tentang semua ni.
apa2pun kamu tetap sebahagian daripada mereka yang hadir dalam skrip perjalanan saya menuju Dia..
Dan kamu juga akan menjadi saksi atas setiap apa yang saya lakukan..
Semoga setiap saat,minit,jam kita bersama bukanlah sesuatu yang sia-sia..


La tahzan

Setiap pertemuan ada perpisahan,
Setiap yang hidup pasti akan mati,
Setiap yang datang pasti akan pergi,
Setiap yang hilang pasti ada pengganti,
Satu hari nanti, kamu akan jumpa pengganti yang lebih baik daripada saya..

Cuma masa dan penerimaan kita terhadap sesuatu itu
yang membezakan diri kita dengan yang lain,
Perlukah untuk nampak diri kita berbeza dengan diri lain..?
Apa yang penting.. sejauh mana kita menerima diri kita..bukannya orang lain..

Semoga diberi kekuatan,
Pasti dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan,
Kamu akan sentiasa menjadi manusia bahagia dan gembira,
Di sini dan sana,
In sha Allah.

kita masih ada masa

Salam kasih sayang
QI.

Jangan terlalu excited.. pesan pada hati.. tapi..hari ni semangat sangat.. terexcited sudah, sebab ada orang senyum pada saya..
Itukan kuasa senyuman.. percayalah manusia memang perlukan penghargaan.. senyum pun boleh! Keep in touch.

ingat tarikh ni.. 27 September 2013, 8.46 am..hari jumaat (salam sayyidul Ayyam) aku akan  ingat tarikh dan masa ni.. dia senyum pada saya kan.. sebelum ni.. senyum tak berbalas.. tapi, hari ni orang tu yang mulakan dulu.. Ok.. ^___ ^ internship habis nanti.. dah tak dapat  melihat wajahnya.. yang sweet sour tu.. oh My Allah.. Sorry..




Monday, September 23, 2013

pENUMPang terakhIr

Mungkin rasa segan@malas@ itu lahir kerana rasa takut untuk menghadapi situasi.


Sikit rasa yang ingin aku kongsikan, menjadi penumpang terakhir. Apa ni? 

Pernah naik bus? Itu sudah perkara biasa, setiap hari di kampus sejak sem satu hingga sem enam, bus adalah pengangkutan utama yang digunakan. Boleh dikatakan majoriti pelajar menggunakan bus untuk ke kuliah. So, aku dah biasa naik bus. Tak de masalah.. dan kadang-kadang lebih selesa berjalan kaki ke kuliah, walaupun ayah ada sediakan pengangkutan, kesian KCB 5400, dibiarkan.


Apa yang nak ditakutkan?
Ya.. biasa, yang tak biasanya apa? Biasa-biasakanlah..
 Perlu ke untuk membiasakan perkara yang tidak biasa supaya menjadi biasa..

mungkin kita perlu fikirkan implikasinya, baik dan buruknya.. analisis mungkin.. rajin tak? untuk  fikirkan semua ni..?

Sepanjang perjalanan, aku memikirkan, seorang perempuan@ wanita yang baik@solehah tidak akan keluar tanpa mahram..Didalam hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah saw bersabda,"Janganlah seorang wanita pergi (lebih dari) tiga hari kecuali bersamanya seorang mahram.” (HR. Muslim)
dan tidak akan meletakkan dirnya dalam situasi bahaya. Fitnah bukann? dan apa hukumnya membuat fitnah..ya..boleh terjadi fitnah, namun jika keluarnya seorang perempuan itu tanpa dikhuatiri berlaku fitnah , tidak mengapa bukan.. Ya, yakin bahawa kita akan selamat dan sentiasa di bawah perlindunganNya.

tapi rasa takut itu tetap ada, suspicious itu tetap ada. walaupun kita sering diingatkan untuk bersangka baik, namun kadang-kadang kita terlupa.. Tidak mengapa kalau tidak sedar, tapi kalau tersedar.. saya adalah yang terakhir, pada jam 10 malam, dipandu oleh lelaki yang tidak dikenali.. Bukankah itu satu perkara yang so scary.. dan tidak biasa.. dan wajarlah ibu bapa akan risau tentang apa yang sedang anaknya alami..

  'tak nak pergi' , sebab itu kalau keluar seorang diri, rasa berat nak keluar, Si ibu pasti akan call, di mana, dah sampai.. Saya tak de perasaan nak pergi.. yang saya tahu saya nak stay di sini.. kecuali kalau ada orang temankan..pasti kerisauan itu berkurang mungkin jika berteman, Hmmm nampaknya pergantungan kepada manusia itu masih ada... 

Inilah perangai kamu, suka buat hal sendiri, dari sekolah sampai universiti, bla--bla.. dan aku tak sanggup lagi mendengar sehingga aku matikan panggilan itu.. 

mak dengarlah dulu...jangan risau.. dalam bus ni ramai orang.. 

rasa takut, lepas tu kena marah.. mungkin mak terkejut sebab baru  tahu yang anaknya masih belum tiba di destinasi, sorang-sorang plak tu, rancangannya sampai petang.. tapi ini dah jam 8.00 malam.. 

mak call semula, kali ini mak lebih tenang, 
mak bukan apa.. hajar, perempuan.. sorang-soramg. mak risau tau tak..tak senang hati mak.. duk fikirkan..
ok.. mak jangan risau,, 

dan mulalah topik aku bersembang dengan mak. tanyakan anaknya lain, ok ke..mengalihkan pandangan mungkin?? dan mulalah mak bercerita, menemai aku sepanjang perjalanan.. kami bergelak ketawa, dan aku tahu, selagi belum tiba ke destinasi selagi itulah mak akan risau...

sampai bila nak macam ni.. ? mak lepas ni.. hajar tak nak keluar sorang-sorang.. kalau perlu sangat pun.. hajar akan keluar awal ..

okey mak.. dah tak de lain kali... :) harapnya .. hajar pun dah tak nak serik.. mak tak pernah marah pun.. takkan dah besar2 macam ni.. nak kena marah lagi.. buat malu dengan Irfan je.. 

kenapa aku  tak boleh kalau tak bagitau kalau aku nak keluar.. mak tak perlu tahu pun ke mana aku pergi. so mak de lah nak risau.. tapi, aku tak boleh buat macam tu.. still juga nak bagitau.. at least mak tahu di mana aku berada.. sebab tu, mak percayakan aku.. so, jangan musnahkan kepercayaan mak dan ayah.

Ya Allah.. di mana pergantungan  kepadaNya.. ? adakah sudah meletakkan sepenuhnya pergantungan kepadaNya? Dia sentiasa ada dengan kita..Kenapa masih ragu? Bukankah Dia adalah Maha Pelindung.. T_T

Dispute pemikiran sendiri.

whats wrong with you..? Apa yang ditakutkan.. Be masculine, No.  Saya masih normal untuk menjadi diri sendiri.. Saya percaya dan yakin, Allah sentiasa ada dan memberi jalan yang terbaik untuk saya. Semua ini adalah satu proses pembelajaran untuk diri saya supaya menjadi lebih kuat menghadapi cabaran masa depan..Fikir dua kali untuk buli saya.. 

Surah Muhammad ayat 7, menjadi inspirasi..

" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"

Saya yakin dan percaya pertolongan Allah akan datang. Dan Allah sentiasa menjaga saya.. dan Allah menghantar hamba-hambaNya yang baik untuk diri saya..Rasa sedih, takut dan risau itu hadir kerana apa yang dilakukan oleh si anak membuat si ibu menjadi risau.. Rasa-rasa seorang anak bukan berfungsi untuk itu.. Maafkan saya. Tapi, marah si ibu sekejap sahaja, jam 8 malam call marah, beberapa minit akan sejuk.. Betul, mana ada ibu yang tak risaukan anaknya.. kan.

Terima kasih Ya Allah, atas pertolongan dariMu..Maafkan hambaMu ini yang seringkala alpa dan lalai dalam memikul amanah yang Engkau berikan.. Awareness.. Allah sayang.

macam best je naik train..next time.. kita naik train pulak ok.. 
=)

manja, comel, sweet.



Monday, September 16, 2013

Adik yang osem


Aku takut  untuk melakukan gerakan itu...
Ahmad amat penting dalam hidup aku..
Ahmad... ahmad.. erm..mimpi ? cubit pipi! rasa? nak rasa buku lima? eh.. cukup! dah rasa..sakit, realitinya semua itu berlalu.. aku sedar.. aku rindukan kau.. kadang2 aku harap kau dekat dengan aku..... maybe selama ni, aku terlalu bergantung dengan kau.. eeee...bila dekat.. nak sangat buktikan aku mampu! bila jauh.. aku rindukan semua tu...! bukan bererti aku tak mampu..! act, aku mampu! dan aku rindukan suasana dulu..

tika itu Ahmad akan sokong aku. mana-mana aku nak pergi.. dia pasti temankan aku..
Ahmad.. masa dalam perjalanan tadi. aku teringt kau..  kau yg selalu buat aku rimas satu masa dlu..
dulu.. kalau aku nak ke mana-mana kau pasti akan ada sekali.. sampaikan orang sangka kau 'pacar' aku.. ini yang nak kena.. sampaikan ustazah pun cakap macam tu.. nasibla ustazah gurau je..

lewat waktu senja.. aku mendapat satu amanat utk berada d satu tempat.. memandangkan aku ada tugas yang harus aku selesaikan di makmal... aku menyiapkan tugasan terlbih dahulu.. malam semakin pekat.. jam 8.00pm aku masih d kamar ini...mengatur jari-jemari aku di keyboard ni. kenapa rasa berat hati nak ke library ea..? meeting

aku memang dah terlewat... janji jam 8pm nak jumpa.aku sampai kolej jam 7.30pm..aku bergegas menuju ke surau utk berbuka puasa.. Alhamdulillah jam 7.35pm aku berbuka..seusai solat.. aku menyiapkan diri memandangkan sehari aku tak mandi.. busukk!

sepanjang perjalanan aku ke kampus.. aku terfikirkan Ahmad... aku sorang2  ke library.. memang berdebar waktu itu.. aku takut.. tak pernah aku keluar seorang diri.. malam2 lagi. apa aku nak buat?  andai kau bersama aku.. mesti kau temankan aku.lama aku berfikir.. di dalam bus..kau tengah buat apa sekarang ni? 

Sedih rasanya... T_T .. walaupun kita selalu bergaduh, sayang tetap sayang.

aku rindu waktu itu...

sekarang aku xmacam dulu lagi.... erm...! dulu aku berani je kan.. ! selalu bangkang.. kau cakap aku degil.. nak menang je.. iye.. betulll... cakap aku je betul.. tapi sekarang.. sebab dulu kau ada, sekarang aku nak bangkang cakap sape.. lagi best! kalau kau pun ada sekali dan berada bersama dengan jalan yg aku pilih.. mayb aku sedih sebab selama ni kau sokong aku.. sekarang.. kau dah bangkang aku plak... memandangkan kau sendiri pun x support aku kini... Ahmad.. sayang aku tak?xperlu jawab. aku tahu.. saja aku tulis panjang2... rindu saat dulu, dan masa itu telah berlalu. 

time kau risaukan aku.. time kau tunggu aku.. siyes waktu tu aku memang rimas.. sebab aku kesiankan kau.... dan itu memory kita bersama... :) Ahmad jaga diri leklok.. belajar rajin2 ye.. nanti datang belajar d sini.. leh kita kluar sekali.. :) kakak yang rindu Ahmad..
inilah kakak kau yang kadang-kadang sengal, lambat, garang? manja, mengada-ngada.. aku tau kau mesti rindu kat aku...hahahhaha..

Inilah Muhammad, yang selalu temankan aku ke mana aku nak pergi, pernah sekali aku keluar sorang, kau sembunyi2  ekori aku, and parking di sebelah aku..pandai noe, ingat aku tak tahu,walaupun berkaca mata, aku still nampak.. budak ni.. risau sangat, masa aku pergi tuition masa sekolah menengah, dia tunggu aku di luar kelas sampai kelas aku habis.. aku yang tengah belajar di dalam kelas pun rasa tak selesa...erm.. inilah Muhammad,Ahmad, Bomad, yang osem, rajin, baik hati, penyayang..selalu tolong aku bila aku perlukan.

Kak jad doakan adik kak jad ni akan menjadi orang yang bahagia, dan percayalah si anak yang membahagiakan ibu dan ayah dan orang lain, Allah pasti akan membahagiakan dirimu juga..



kak ekin n muhammad, selamat tinggal.

muhammad : nak kawin dengan orang mana?
Kak : Tak tahu.
Muhammad : kalau jauh, aku tak nak pergi.
Kak : jauh ke dekat, kena pergi jugak, tak boleh.
Muhammad : tak larat, pening jauh
Kak : Sampai hati kau cakap  macam tu..
Muhammad : Mulalah nak berdrama..
Kak : kenapa plak..
Muhammad : tengoklah macam mana nanti..
Kak : kena ada juga..




Salam kasih sayang,
Kakak yang paling osem dan baik hati.. :) 
 21 May 2012




Sunday, September 15, 2013

Cik Lie vS Cik Siti

eeee... tak suka.

Saya perlukan pembunuh upahan!


Time nak kemas umah la Cik Lie nak keluar, dah la tak de orang...

T__T

Selamat HAri Malaysia

huhu.

Oggy.. datangla sini, tolong saya. T_T

Sunday, September 8, 2013

.

Doa untuknya

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Yang Maha Pemurah...
Terima kasih Ya Allah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
HambaMU datang bersujud dihadapanMU...
Sucikan hatiku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMU,
Ya Allah, jika hambaMu  bukan tercipta untuknnya,
Janganlah biarkan diriku merindukan kehadirannya...
Janganlah biarkan diriku, melabuhkan hati ini dihatinya..
Kikislah pesonanya dari  mataku dan jauhkan dia dari hatiku...
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih  padaMU yang tulus, murni...
dan tolonglah aku  agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untuk diriku ...
Ya Allah, tolong satukan hati kami...
Bantulah aku untuk mengerti dan menerima dia seadanya...
Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan..
Redhai dia, agar dia juga mengerti dan  menerima aku  dengan segala kelebihan dan kekurangan diriku
Sebagaimana telah Engkau ciptakan...

Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doaku  ini...
Lepaskanlah diriku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMU...
Allah yang Maha kekal, aku mengerti bahawa Engkau senantiasa memberikan yang terbaik untukku...
Luka dan keraguan yang aku alami pada hari ini, pasti ada hikmahnya.
Pertemuan ini mengajarkan aku untuk hidup makin dekat kepadaMU untuk lebih peka terhadap suaraMU yang membimbing aku menuju cahayaMU...
Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan....
Jadikanlah kehendakMU dan bukan kehendakku dalam setiap  hidupku...
Jagalah ia Ya Allah, berikan kekuatan kepadanya, Rahmatilah dirinya,
Berikannya kesabaran dan satukanlah kami dalam rahmatMU..

Ya Allah, aku ikhlas, redha dan pasrah, aku sandarkan semuanya kepadaMU..
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar kabulkanlah  permohonanku..
Amin Ya Rabbal  Alamin.
Terima kasih Ya Allah atas Rahmat dan Kasih SayangMU.



                            

Saturday, September 7, 2013

Bersyukur dengan kekurangan

Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.

Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.

Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Renung-renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Andalah yang paling layak menilai diri anda

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Surah Al Anfaal, 46)





Marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya. 
Salam kasih sayang, QI



Janji manusia dengan Allah sebelum lahir

Dengan izin Tuhan, semua pasti akan berlaku bukan? Aku percaya dengan janji-janjiNya. Semoga mereka menemui kebenaran dan menerima Islam. In sha Allah dengan Izin dan rahmat Tuhan.

Man ana? Siapa saya? Pernah soalan ini bermain di fikiran anda? Pasti tertanya-tanya untuk apa aku hidup di dunia ini? apa yang perlu aku lakukan? Ke mana destinasi aku selepas ini?

“Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan kutiupkan kepadanya ruhKu; maka hendaklah kamu (malaikat dan syaitan) tersungkur dengan bersujud kepadanya (manusia)” (QS Shaad [38]:72 ) .

Kalam Allah surah Assad, ayat 72, Allah perintahkan malaikat dan syaitan untuk sujud kepada manusia. Nabi Adam… anak-anak yang dihadapan cikgu ni siapa?
Sedar tak .. You’re  amazing!  

Manusia.. 
ya! Mengapa kamu bersedih?

Menyingkap kembali memori lalu, ingat tak lagi semasa kita berusia 4 bulan?  J apakah janji kita kepadaNya sebelum dilahirkan di dunia ini?

Hmm.. angkat tangan siapa yang masih ingat...sudah lupa? yang sering lupa dan lalai terhadap janji..itu manusia, Jika diteliti pada hari ini, ramai manusia telah lupa akan perjanjian pertama roh kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam.

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al-A'raaf 7:172)

Awal-awal lagi sebelum dilahirkan kita ke dunia, kita sudah memiliki satu janji kepada Allah. Sungguh manusia mudah lupa pada janji. Janji untuk taat kepada Allah, menjalankan segala perintahNya, dan tidak menyekutukanNya. Tapi hakikat kehidupan manusia hari ini, sudah ramai yang tidak mengendahkan perintah Allah apatah lagi menyekutukanNya. masyaAllah. why? 

“Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani. (Hadis riwayat Bukhari). 

Mungkin semasa kita di dunia, minda kita telah 'diprogramkan' dengan perkara yang tak sepatutnya.Potong bawang laju-laju... :'(
Semoga Allah memberi kesempatan kepada kita menemui kebenaran yang sebenarnya. 

Perbualan bersamaOA ( Orang Asli)… - mereka belum ada agama, bakal memeluk Islam. In Sha Allah. Doa-doakan.

Cikgu, betulkah orang bukan Islam kalau meninggal akan masuk ke neraka? soal Salwa.
Bagus soalan tu.
Cikgu nak tanya, siapa pernah terima hadiah?
Saya…
Kenapa dapat hadiah?
Sebab dia sayang saya..
Ok.. pernah tak kena marah or kena rotan dengan mama? Siapa pernah angkat tangan?
Saya..
Kenapa?
Sebab buat mak marah cikgu..


Erm.. samalah juga, kalau kita sayang Allah, buat apa yang Allah suruh, Allah pun akan bagi penghargaan kepada hamba-hambaNya yang taat pada perintahNya dan sebaliknya.. Sanggup tak ke neraka?

Biarkan mereka berfikir, semoga diberi kesempatan lagi untuk bersama.
Salam kasih sayang, 
Cikgu Siti

Semasa seminar kenali potensi diri, bersama anak Puteri Kelsom, 
1 0gos 2013, Rumah Rehat Kuala Kangsar



Tuesday, September 3, 2013

R4bia

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas segala nikmat yang diberikan. 
Terima kasih Ya Allah atas nikmat iman dan islam yang diberikan, sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pemurah.

Sayu rindu dan pilu hati apabila mengenang nasib saudara Islam yang berada di Syria, Mesir, Rohingya, Vietnam, Thailand, sesungguhnya kalian adalah insan yang hebat dan terpilih olehNya. Malu terasa kerana diri ini tidak kuat, hanya mampu berdoa semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat dan penjagaan Allah.. Yakinlah Islam will rise.Penindasan terhadap umat Islam yang berlaku pada hari ini salah satunya berpunca daripada ketidaksepakatan umat Islam sendiri. 

Hati sedih dan sayu mengenangkan peristiwa memali, Arab Saudi membina angkatan tentera bukannya untuk menentang Israel, malah sanggup melanyak rakyatnya sendiri. Di Syria, Bashar al Assad pula mengulangi sejarah kezaliman ayahnya dengan membedil penempatan rakyatnya sehingga jutaan penduduk menjadi mangsa pembunuhan dan gelandangan.

Egypt, you are not alone! Muslim World Unity.

Al-Hujurat : 10 
'Sesunggunya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua sahabatnya yang berselisih dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat syafaat'




Sedih, sayu dengan apa yang berlaku pada saudara Islam di sana? 
Sila klik Jawapan Dr. Aidh Qarni . Dr. Aidh Qarni seorang ulama di Saudi yang terkenal dengan bukunya “La Tahzan” menulis di ansarportsaid.net hari Sabtu 24 ogos 2013 tentang bagaimana seorang muslim menyikapi kondisi Mesir saat ini.


 One day Muslims will rise and unite together!
Takkan surut walau selangkah, takkan henti walau sejenak, cita kami hidup mulia atau syahid mendapat syurga! 

Semoga kalian sentiasa diberi kekuatan dan aqidah yang kukuh. 

Sunday, July 28, 2013

Koreksi diri Cinta Ilahi

Perjalanan ini,
Pelbagai duri dan onak terpaksa ditempuhi,
Semuanya demi menggapai redhaMu Ya Ilahi..

Kerdilnya diri ini wahai Rabb-i
Aku sedar betapa jauhnya diri ini,
Aku lalai dan alpa dengan duniaku sendiri,
Aku diuji , tanpa ku sedari.
aku hanyalah hamba yang bersifat ‘asi’..

Aku tidak sekuat srikandi sejati,
Aku tidak sehebat muslimah terpuji,

Aku hanya hamba,
Yang tidak kenal diri,
Yang sering lupa pada janji,
Hipokritkah aku Ya Rabbi?

Sungguh aku terlalu jauh denganMu
Namun, aku ingin menggapai redha-Mu
Aku sedar cinta ini tidak sehebat mujahid-MU
Namun…
Aku ingin menjadi mujahidah sejati,
Izinkan aku Ya Rabbi,
Bantulah aku untuk terus thabat di jalan ini,
Hanya kepada Mu aku mengharap & memohon pertolongan.

Jika cinta ini tidak suci,
Maafkan aku Ya Allah kerana menodai ia,
Berikan aku jalan dan cara untuk jadikannya ia suci,
Hanya Engkaulah Maha Pemberi,

Janganlah Engkau jauhkan diriMu dariku,
Kerana aku tidak sanggup jauh dariMU..
Izinkan aku menjadi salah seorang yang Engkau cintai.
Izinkan aku kembali kepadaMu dalam keadaan Engkau redha terhadap diriku ini
Kerana aku tahu, Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Pengasih,
Terhadap diriku ini..
Terima kasih Ya Rabbi.
Atas segala rasa yang Engkau berikan.


Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, disebutkan bahawa jika kita menghampiri Allah sejengkal, Allah akan mendekati kita sehasta. Jika kita menghampiri Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa. Jika kita datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepada kita dengan berlari.Kuncinya, ialah kemahuan untuk pulang ke pangkal jalan. Serahkan selebihnya kepada Allah!


Salam kasih sayang,
Menang atau syahid irsalena
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...