Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Sunday, March 27, 2011

Alhamdulilah...

Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..

Ya Allah,
Betapa agungnya kasih-Mu,
Saya rindu Allah,
Saya sayang Allah,
Saya cinta Allah,
Saya sayang Allah,

Alhamdulilah, kerana Allah sentiasa bersama dengan saya,
Alhamdulilah kerana Allah tidak pernah melupakan saya,
Alhamdulilah kerana Allah sentiasa menyayangi saya,
Alhamdulilah Allah memberi kekuatan kepada saya dalam menghadapi saat kesedihan.
Alhamdulilah Allah sentiasa mendengar luahan hati saya,
Alhamdulilah Allah  untuk semuanya..
Alhamdulilah..
Ya Allah..Ya Allah .. Ya Allah..
Alhamdulilah Ya Allah atas segala-galanya.

Monday, March 14, 2011

Dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya, ‘Minal Munzharin’ seperti  halnya Nabi Isa AS yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah AL-Munawwarah.

Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan ibunya seorang  perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang dikenali dengan nama ‘Syaq; manakala ibunya adalah dari bangsa Jin.

Ia hidup di Zaman Nabi Sulaiman AS dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.

Hadis Huzaifah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, ‘Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka’.
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah SAW, diantaranya :

1.    Seorang yang kelihatannya masih  muda.
2.    Berbadan besar dan agak kemerah-merahan.
3.    Rambutnya kerinting dan tebal.
4.    Kelihatan dari belakang seolah –olah dahan kayu yang rimbun.
5.    Dan tandanya yang paling ketara sekali ialah :

    Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakalan mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang.

Kedua-dua matanya adalah cacat. Tertulis di dahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’ . Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat tinggalnya sekarang
Menurut riwayat ‘Sahih Muslim’. Dajjal itu telah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulai dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama  ‘Al-Jassasah’.

Daripada hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu  masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transittnya’ itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya?

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama 40 hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan hari ketiga sama seperti seminggu dan hari-hari lain ialah seperti hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam hadis riwayat Muslim ada disebutkan , Kami bertanya, ‘ Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini ?’ Nabi SAW menjawab, ‘ ia  akan tinggal selama 40 hari’.

Hari pertama seperti setahun  dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti semingga. Kemudian hari yang masih tinggal lagi ( 37 hari) adalah sama seperti hari yang biasa.

Lalu kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah SAW! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup hanya solat yang sehari sahaja ? ( iaitu 5 waktu sahaja).

Nabi menjawab, ‘Tidak cukup, kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaaian bagi setiap solat’.

Misalnya sudah berlalu 7 jam selepas Subuh pada hari itu maka masuklah waktu Zohor, maka hendaklah kita solat Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas zohor itu 3 jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita solat Asar dan begitulah seterusnya waktu solat maghrib, Isya’ dan Subuh.

Sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan solat pun pada sehari itu sebanyak bilangan solat setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal.
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Diantara kemampuan dajjal ialah :
1.    Segala kesenangan hidup aka nada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.
Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan . Di saat itu dajjal akan muncul membawa hujan.
2.    Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan , ia akan berkata pada awan, ‘Hujanlah kamu di daerah ini,! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan dajjal. Manakala, penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran  dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong dajjal akan memiliki segunung  roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya akan berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasulullah SAW bertanya, ‘jadi apa yang dimakan oleh Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’
Nabi Muhammad SAW menjawab , ‘mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil , bertakbir, bertasbih, dan bertaubat. Jadi zikir-zikir  itu yang akan menggantikan makanan’
                        Ada bersamanya seumpama Syurga dan Neraka :
            Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama Syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal  akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman umat Islam. Kerana hakikat yang benar adalah sebalik apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan syurga itu sebenarnya neraka dan apa yang dikatakan neraka itu adalah syurga.
3.    Kepantasan perjalanan dari negeri-negeri yang tidak dapat dimasukinya :
Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu km dapat ditempuh dalam 1 jam.

Kami bertanya, ‘wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?’ Nabi menjawaa, ‘kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al-Ghaist; (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang’ – HR Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki 2 bandar suci umat Islam iaitu :
1.    Makkah Al-Mukarramah.
2.    Madinah Al-Munawwarah

4.bantuan syaitan –syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya :
 Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam AS
Waallaualam...

p/s : sudah bersediakah kita sebagai umat Islam untuk menghadapi dajjal? Sedara atau tidak, kita semakin hampir dengan akhir zaman. Persiapkanlah diri kita...

Sunday, March 13, 2011

Ciri-ciri neraka -

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

 Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

 Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

 Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

 Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

 Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."


Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

 Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.
p/s : bagaimana kehidupan kita di sana?

MENGETAHUI SEBAB-SEBAB DAGING BABI DIHARAMKAN


                                                  RAJAH 2 : Babi atau khinzir
Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal daripada Eurasia. Dalam bahasa Arab babi dikenali sebagai khinzir. Babi adalah haiwan yang paling pintar dan mudah dipelihara jika dibandingkan dengan kucing dan anjing. Dalam Islam babi haram dimakan dan babi juga diharamkan untuk agama Yahudi.

Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia daripada darah babi menunjukkan adanya kandungan asid uric yang tingg, iaitu aduan kimia yang berbahaya bagi badan dan  bersifat racun. Beberapa kenyataan yang mudah berkaitan dengan babi. Selain bijak, babi juga merupakan haiwan yang paling kotor dan hodoh. Babi gemar memakan bangkai dan kotorannya sendiri dan juga kotoran manusia. Tempat yang paling digemari oleh babi ialah tempat yang kotor, dan babi tidak suka berada di tempat yang bersih. Babi merupakan haiwan yang pemalas dan tidak suka bekerja iaitu malas mencari makanan, tidak tahan terhadap matahari,  tapi makannya rakus, lebih suka makan dan tidur, bahkan haiwan yang paling rakus di antara haiwan yang jinak. Jika ditambah umurnya, semakin malas dan lemah ia untuk membela diri dan tidak berhasrat untuk menerkam. Babi juga suka kepada sejenisnya dan tidak bersifat pencemburu.

Babi ialah haiwan yang rakus dalam pemakanan berbanding haiwan lain. Babi akan makan semua makanan yang ada di hadapannya dan babi juga akan memuntahkan semula makanan yang ada di dalam perutnya dan akan memakan semula muntahnya. Ia akan memakan objek di hadapannya seperti seperti najis haiwan lain, haiwan, tumbuhan, dan juga najisnya sendiri. Babi ialah satu-satunya mamalia yang makan tanah. Kulit manusia yang makan babi akan berbau hanyir.

Penelitian ilmiah moden di dua negara timur dan barat iaitu China dan Swedia, mendapati babi merupakan penyebab utama kanser anus dan kolon. Peratus penderita pesakit ini di negara Eropah yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastic terutamanya di negara-negara Eropah dan Amerika, serta di negara-negara Asia seperti Cina dan India. Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah sekitar satu per seribu orang. Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang penyakit alat pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Babi banyak mengandung parasit, bakteria, dan pelbagai bakteria lain yang merbahaya. Gara-gara babi, virus Avian Influenza A menjadi semakin mengganas. Virus normal A1 (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus ini akan mati pada suhu 60 darjah Celsius.

Penyakit-penyakit cacing pita merupakan penyakit yang sangat merbahaya yang terjadi melalui pemakanan babi. Ia berkembang di bahagian usus, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa.  Jumlah cacing pita boleh mencapai sehingga 1000 ekor dengan panjang empat hingga 10 meter, dan terus hidup  di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui air besar. Lemak babi mengandung kelosterol paling tinggi berbanding dengan lemak haiwan yang lain. Darahnya mengadung asid yang paling tinggi.

Kesimpulannya, Islam mengharamkan pemakanan babi kerana babi membahayakan kesihatan manusia. Tubuh babi mempunyai pelbagai bakteria yang akan memudaratkan manusia. Sekiranya, perubatan moden ditemui dan mampu untuk mematikan semua bakteria yang ada dalam tubuh babi, namun demikian babi tetap diharamkan. Hal ini demikian kerana, babi mempunyai sifat dan perlakuan yang sangat buruk.  Secara teoritikalnya kita sudah mengetahui bahawa makanan yang diambil akan mempengaruhi perlakuan kita. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh manusia akan menjadi darah, sedikit sebanyak akan mempengaruhi tingkah laku manusia untuk berkelakuan seperti babi.

p/s : Allah menciptakan haiwan ini tanpa leher. 

Mengenal Standard Halal Malaysia

MENGENAL STANDARD HALAL MALAYSIA
            Standard bermaksud spesifikasi barangan yang telah ditetapkan dan digunakan sepanjang masa, sebagai satu garis panduan atau tahap kualiti. Standard Malaysia bererti standard kualiti yang dirujuk oleh pihak yang berkaitan dengan industri di Malaysia. Standard ini ditulis sebagai MS. Standard ini juga merupakan satu garis panduan yang diikuti secara sukarela. Keperluan dalam MS 1500:2004 wajib dipatuhi jika sesebuah syarikat itu ingin memohon sijil JAKIM. MS 1500:2004 adalah dokumen rasmi yang digunakan sebagai rujukan kerja-kerja pensijilan HALAL JAKIM.
Logo halal Malaysia seperti rajah di bawah.




                                          RAJAH 1 : Logo halal Malaysia
Dalam standard Malaysia makanan halal merangkumi aspek pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan. Standard Malaysia ini mengandung  beberapa kriteria. Kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi itu adalah Garis-Garis Panduan Yang Praktikal Bagi Industri Makanan Mengenai Penyediaan Dan Pengendalian Makanan Halal, Peraturan Asas Bagi Produk Makanan Serta Perdagangan Atau Perniagaan Makanan Di Malaysia dan Standard Diguna Bersama MS 1480:1999, Keselamatan Makanan Mengikut Hazard Analysis And Critical Control Point (HACCP) Dan MS 1514:2001, Prinsip Am Kebersihan Makanan.
Malaysia merupakan negara pertama dunia yang memperkenal standard halal secara menyeluruh dan kini meluaskan konsepnya melalui penggunaann e-Halal.
Pada masa yang sama negara Malaysia yang merupakan pengerusi kepada Persidangan Negara-negara Islam (OIC) telah  menjadi Hab Halal Dunia pada 2010. Dengan kata lain, Malaysia berazam mencapai status negara pengeluar utama produk makanan dan perkhidmatan halal bagi keperluan dunia pada tahun tersebut.
Penduduk Islam di dunia yang mencapai 1.6 billion orang dan 60 peratus penduduk di Asia beragama Islam dan menjadikan hasrat Malaysia ini begitu realistik. Kini, setelah setahun hab halal diperkenal ianya telah membuka peluang yang begitu luas buat usahawan Muslim sebagai pengeluar makanan halal. Kesedaran masyarakat bukan Islam yang turut memahami kepentingan produk makanan halal dalam kehidupan seharian mereka merancakkan lagi perkembangannya.
Hab menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah bahagian tengah sesuatu roda. Namun, dalam konteks yang sedang kita bincangkan hab di sini bererti pusat halal dunia. Malaysia sebagai One Stop Centre. Usaha menjadi hab  halal dunia telah banyak menyumbang dalam ekonomi negara. Buktinya,  semasa berlangsungnya Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Keempat (Mihas 2007) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, sebanyak RM213.9 juta jualan serta-merta diterima sepanjang pameran berlangsung. Pameran itu melibatkan penyertaan sebanyak 426 syarikat berbanding 392 buah pada tahun 2007. Jelaslah, memperlihatkan kepada kita bahawa produk halal ini begitu diyakini dan mempunyai prospek yang begitu luas.


p/s : :)

Konsep Halal, Haram & Syubhah

Perkataan ‘halal’ berasal daripada kata Arab yang bermaksud dibenarkan atau yang dibolehkan. Seksyen 3 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 menjelaskan “Halal”, “Ditanggung Halal”, “Makanan Islam” bererti semua makanan tidak mengandungi apa-apa bahagian atau sumber binatang yang dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau tidak disembelih mengikut Hukum Syarak; atau tidak mengandungi sesuatu yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak; dan tidak diselia, diproses atau dikilang dengan menggunakan alat yang tidak bebas dari najis mengikut Hukum Syarak. Hal ini bermakna, makanan halal bukan sahaja daripada sumber yang sah. Konsep halal ini  meluas yang meliputi, sumber yang sah, cara penyediaan mengikut hukum syarak, tempat pemprosesan yang bersih dan juga makanan serta peralatan yang digunakan.

Hukum syarak pula bermakna undang-undang Islam dalam mazhab Syafie atau undang-undang dalam mana suatu mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang sudah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh raja bagi mana-mana negeri.Bagaimanapun, sebagai agama yang mementingkan kesempurnaan dan kesucian, Islam menggariskan syarat dan peraturan lebih terperinci dalam setiap perkara dasar yang ada dalam ajarannya.
Konsep halal menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  mencakupi konsep yang lebih luas iaitu bermula dari peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir dan sehinggalah produk itu sedia untuk dimakan. Definisi makanan halal yang diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) iaitu makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepati beberapa syarat tertentu. Antaranya, makanan itu tidak mengandungi mana-mana bahagian produk haiwan yang tidak halal dimakan.
Selain itu, ia juga tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis dan selamat serta tidak memudaratkan dan ia mesti disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan peralatan-peralatan yang tidak dicemari bahan najis.Sementara itu, produk akhir pula tidak boleh mengandungi bahagian anggota manusia atau hasil daripadanya. Terakhir sekali, semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan, makanan tersebut mestilah diasingkan daripada makanan lain yang tidak halal, tidak bersih serta tidak menepati syarat.

Makanan haram pula dikatakan sebagai makanan yang boleh merosakkan akal fikiran dan membahayakan kesihatan fizikal dan mental manusia yang memakannya. Islam melarang umatnya mengambil makanan haram kerana makanan haram akan menjejaskan kesihatan. Hal ini  bermakna produk haram ialah produk yang tidak diizinkan oleh syarak untuk digunakan atau dinikmati oleh manusia terutamanya orang Islam. Menurut riwayat Muslim, setiap yang memabukkan adalah (khamar) dan setiap yang memabukkan adalah haram. Penyataan ini menjelaskan bahawa setiap yang memabukkan iaitu memberi kesan kognitif negatif serta menyebabkan kegagalan peranan tubuh badan  kepada pengamalnya adalah haram
.
Syubhah pula bererti keraguan status produk itu sama ada halal atau haram. Syubhah menghampiri kepada hukum haram. Jika terdapat setitik keraguan di dalam hati kita , maka ianya dianggap haram.

            “Sesungguhnya perkara yang halal itu terang dan jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang dan jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhah yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.”  (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Secara ringkasnya, makanan yang halal itu perlu kita mencarinya kerana menjadi kewajiban setiap muslim. Produk halal harus kita sebarkan, produk haram perlu kita jauhkan sejauh-jauhnya dan produk syubhah perlu kita elakkan seboleh-bolehnya.


Makanan Halal dan Haram 2

Allah s.w.t telah menentukan kepada kita hamba-Nya supaya makan makanan yang baik kerana terdapat pelbagi hikmah yang tersendiri. Mengambil makanan yang halal akan memberi kesan yang baik kepada pemakannya. Makanan merupakan ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi  tubuh manusia. Sementara makanan yang haram pula akan memberi  kesan bahaya kepada pengamalnya iaitu makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar membuat maksiat dan kejahatan serta benci kepada perkara  kebaikan. Selain itu, dengan mengamalkan pengambilan makanan haram  akan menyebabkan doa tidak dimakbul oleh Allah s.w.t dan  akan mendapat seksaan neraka Allah pada hari kiamat kelak. Nyatalah di sini, bahawa isu makanan halal dan haram ini bukanlah perkara yang remeh.
Sesungguhnya mencari makanan yang halal itu adalah fardhu bagi setiap mukmin. Sehubungan dengan itu, pemilihan makanan halal lagi baik perlu diambil berat oleh setiap umat Islam. Hal ini bertujuan, makanan itu tidak memudaratkan manusia itu sendiri. Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Pada masa yang sama juga kita perlu berusaha memastikan makanan tersebut terjamin bersih dan suci menurut hukum syarak. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 168 :
“Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang dan nyata bagi kamu”.
Oleh yang demikian, marilah kita mengamalkan cara hidup yang sihat dan ceria dengan mengambil makanan halal serta ceriakan kehidupan kita tanpa makanan haram. Bukankah Islam itu sangat indah? Sebagai hamba Allah s.w.t, marilah bersama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa dengan mematuhi segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya.
p/s : mencari yg halal itu fardhu bagi setiap mu'min

Makanan Halal dan Haram

Umat Islam dituntut mengikut syariat Islam yang telah mengatur kehidupan manusia dengan lengkap dan sempurna. Islam telah mengatur segala aspek kehidupan manusia termasuk juga soal pemilihan makanan. Hal ini kerana, makanan yang diambil akan mempengaruhi tingkah laku manusia dan memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal. Makanan merupakan keperluan asas bagi setiap organism hidup.Setiap organisma memerlukan sumber makanan. Terdapat pelbagai sumber yang boleh kita perolehi pada masa kini. Namun demikian, kita juga perlu berusaha untuk  mencari sumber makanan yang baik berlandaskan syariat Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip makanan halal adalah salah satu perkara yang sangat dititikberatkan dalam ajaran Islam. Secara umumnya, prinsip halal ini melibatkan dua perkara iaitu diperolehi daripada sumber yang halal atau haram. Sumber haram seperti harta curi, perjudian, rasuah, penipuan dan sebagainya yang diharamkan menurut syariat Islam. Perkara yang kedua  pula berkaitan dengan zat atau barangan itu sendiri sama ada halal atau sebaliknya.
Pada masa kini, begitu mudah untuk mendapatkan makanan. Dunia sekarang ‘semuanya di hujung jari anda’, sebagai contoh kepada maksud saya , anda hanya perlu capai sahaja telefon bimbit dan terus dail nombor bebas tol untuk memesan makanan yang anda inginkan seperti Kentucky Fried Chicken (KFC),Pizzz Hut, McDonald dan sebagainya. Pada masa yang sama, kita juga begitu terdedah kepada pelbagai makanan dan minuman yang berada di pasaran khususnya produk import yang rata-ratanya datangnya dari negara bukan Islam dan diusahakan oleh orang bukan Islam. Situasi ini  pastinya menimbulkan banyak persoalan berkaitan masalah-masalah produk ini. Namun demikian, sejauh manakah kepastian kita tentang kehalalan makanan tersebut? Adakah kita benar-benar yakin bahawa makanan itu halal dimakan?  Tentu sahaja bukan mudah untuk kita mengenali sumber bahan-bahan tersebut, sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda :
 “Tinggalkanlah apa yang meragukan untuk menuju kepada sesuatu yang tidak meragukan”.


Saturday, March 12, 2011

Tsunami PERINGATAN buat kita semua :)



Assalamualaikum. Apa khabar jejak Qi? Alhamdulilah pada hari ini, kita mas­­­­­­­­ih dapat bernafaz, kita masih berpeluang menikmati keindahan alam pada pagi ini. Bersyukurlah kita kerana tinggal di negara yang aman, namun dalam kita bergembira masih ada insan yang ditimpa bencana dan ujian dari Allah. Ujian dari Allah itu ada dua yakni ujian nikmat dan ujian kesusahan.

Pada hari ini kita digemparkan dengan kejadian Tsunami yang melanda di Jepun.  Menurut Berita harian, Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

Apabila mendengar cerita tsunami,  sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kita dan mengimabu memori lalu apabila tsunami melanda Acheh dan negara kita. Kisah-kisah sedih dan menyayat hati masih bermain-main di fikiran apabila melihat ulang tayang di tv.

Friday, March 11, 2011

3 Soalan 1 Tamparan




Alkisah, terdapatlah seorang pemuda kaya dan dikurniakan Allah kebijaksanaan. Pada suatu hari, pemuda ini pergi ke sebuah kampung untuk mencari orang yang alim yang boleh menjawab dan memberi jawapan yang munasabah kepada persoalannya. Dan jika tiada siapa yang mampu memberi jawapan yang relevan makan dialah yang terpandai sekali di dunia ini.

Suatu malam, selepas selesai solat berjemaah di surau kampung tersebut, orang kaya itu menyatakan hajatnya untuk bertemu dengan orang bijak pandai di kampung itu. Maka setelah bertemu dengan orang kampung yang bijak itu, lalu terjadinya komunikasi antara mereka seperti berikut ......



Orang kaya : Sepanjang saya menuntut ilmu saya mempunyai 3 persoalan. Namun,                saya rasa tak  da siapa yang boleh jawab soalan saya.
              
Bilal           : Apakah 3 persoalan itu? Insya-Allah ana boleh jawab...

Orang kaya : okie...soalan .......
 1) buktikan Allah itu wujud....
 2) kenapa syaitan di bakar dgn api di akhirat sedangkan syaitan di perbuat dari api?
 3) apa itu takdir?

Thursday, March 10, 2011

Subhanallah






Jangan memuji kecantikan pelangi
Tapi pujilah Allah
Yang menciptakan Langit & Bumi

Jangan percaya
Denga kata-kata bijakku
Tapi percayalah Firman Allah yang Maha Benar

Jangan masukkan namaku di hatimu
Tapi masukkan nama Allah
Hingga hatimu tenang

Jangan sedih jika cintamu di dustakan
Tapi sedihlah jika engkau dustakan Allah
Jangan pula engkau minta cinta kepada penyair
Tapi mintalah kepada Allah
yg memiliki cinta yg kekal dan sejati

Ya Allah yang Maha Rahman & Rahim
Jangan jadikan hatiku batu yg mengeras
Hingga lupa akan rahmatMu

Jangan memuji kecantikan pelangi
Tapi pujilah Allah
Yang menciptakan Langit & Bumi

Jangan percaya
Denga kata-kata bijakku
Tapi percayalah Firman Allah yang Maha Benar

Jangan masukkan namaku di hatimu
Tapi masukkan nama Allah
Hingga hatimu tenang

Jangan sedih jika cintamu di dustakan
Tapi sedihlah jika engkau dustakan Allah
Jangan pula engkau minta cinta kepada penyair
Tapi mintalah kepada Allah
yg memiliki cinta yg kekal dan sejati

Ya Allah yang Maha Rahman & Rahim
Jangan jadikan hatiku batu yg mengeras
Hingga lupa akan rahmatMu ( Ratna Amalia)



Nabi Lihat 10 Seksaan terhadap WANITA

RASULULLAH saw menangis setiap kali mengenangkan 10 jenis seksaan yang dilihat menimpa wanita ketika Baginda melalui peristiwa Israk Mikraj. Antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.


Seksaan lain yang diperlihatkan kepada Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.



Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.



Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Mimpi Seorang Gadis


Mimpi seorang Gadis...

Bismillahirrahmani rrahim



Dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood.



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
kamu sorokkan di tanganmu?"



Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

QI kembali

Assalamualaikum.. apa khabar jejak QI? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulilah, pada hari ini kita masih dapat meneruskan langkah menuju kejayaan. Sudah lama Qi tidak mengupadate blog.

Semester pada kali ini, sudah berada di suku pengakhiran. Masih banyak ilmu yang Qi perlu teroka. Belajar di Universiti pentarbiyahan Syuhadah Islam (UPSI)  semakin hari semakin mematangkan diri. Proses pembelajaran pada setiap hari banyak membuka mata Qi, bagi mengenali diri dan personaliti manusia.


p/s : Sudah lama tidak post apa2.. ini adalah blog baru Qi, http://qasehirsalena.blogspot.com. Qi mengalami masalah untuk memasuki blog terdahulu. Selamat kembali :)

Sekian, selamat maju jaya.. Majulah diri, untuk agama, bangsa dan negara :) Mohon maaf atas keterlanjuran kata dan bahasa :) Peace no War =)

Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Sakaratulmaut |

 

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...