Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Thursday, March 28, 2013

Mudah atau susah?

Mengapa manusia mudah untuk mengikut peraturan yang ditetapkan oleh manusia berbanding peraturan yang ditetapkan Allah ?     

Kenapa ye?

Contoh simple, 

Perpakaian mengikut etika dalam profesion. Kalau polis ada tatacara pakaian, bomba, cikgu dan sebagainya. Jika tak mengikut tatacara yang betul akan dikenakan tindakan  tatatertib atau disiplin. Antara salah satu tujuan adalah untuk menjaga imej. 

Tapi, kenapa bila hukum dan peraturan Allah manusia sukar nak ikut?

Bagaimana pula imej kita denganNya?

Allah telah memberi panduan kepada kita, tapi kita sendiri yang tak nak ikut. Nantikan balasan di sana. Sanggup?

Telah ada hukum hudud. 

Mencuri, rasuah, membunuh , solat, minum arak, zina dan sebagainya berlaku dalam kehidupan kita. Malah semakin hari, semakin serius bilangan anak-anak yang tak sah taraf yang wujud di negara kita. Paling sadis semua ini mengaitkan anak-anak Melayu yang sangat tinggi nilai angkanya.. Anak Melayu yang beragama Islam..

Mengapa?

Berlakunya kerosakan di sesuatu tempat adalah disebabkan tangan manusia itu sendiri.  Firman Allah swt dalam surah Ar-Ruum : 41 

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"
dan Allah juga turut berfirman , Allah akan menggantikan kaum yang melakukan kerosakan di muka bumi ini sesuatu kaum yang lain, COntohnya, seperti Kaum Luth yang Allah telah tenggelamkan dengan menggantikan dengan kaum lain.



"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

"Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu.""

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.


- Salam peringatan - 

Rujukan : tafsir.gimmebucks.asia

di Jalan Jihad

Allah marah kalau tak dakwah bersungguh-sungguh, kata-kata As-syahid Siti hajar.

Potong bawang~
Refleksi balik diri, selama aku melangkah,  begitu sedikit sekali usaha yang aku lakukan. Bersungguh-sungguhkah aku? Tapi, bila ada maksiat berlaku depan mata, lemahnya iman aku. Apa yang mampu aku lakukan?

Perlu diingat, usaha itu kita lakukan, tapi hasilnya adalah urusan Allah swt. Bukankah Allah telah menjanjikan kemenangan Islam. Islam itu akan menang. Hakikat kemenangan adalah mereka yang bersama dengan Islam itu telah menang. Mungkin pada zahirnya kita ditindas pada mata kasar, namun mereka yang berjuang pada jalan Islam itu adalah pemenang. 

Namun, tidak patut dijadikan alasan untuk kita bersenang-lenang kerana bukan mudah untuk kita mengecapi Jannah. Allah memberikan ujian kepada kita.

 Firman Allah swt dalam surah Al Ankabut ayat 2 dan 3 :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: 
"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang-orang yang dusta.


Kadang-kadang aku katakan,  aku sendiri sangat takut menjadi manusia yang dikatakan oleh Allah dalam Surah As-saff ayat 2 dan 3 :
" Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?" 
"(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"  

Aku tidak ingin menjadi dusta atas kata-kataku sendiri. Bila mana hati ini telah mula  berjanji untuk mewaqafkan diri pada jalan-Nya , aku berdoa semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan semasa dalam perjalanan ini. 

Urusan dan ujian itu adalah kerja Allah.. tapi , sebagai hamba  mohonlah agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam urusan dan ujian yang diberikan oleh Allah.

Sungguh aku rindukan syahid di jalan Allah. Semoga aku juga bakal menjadi antara salah seorang ribuan as-syahid di dunia. Yang mana syahid atas jalan-Nya.. Bukankah itu total freedom yang diimpikan oleh setiap para pejuang? 

Mungkin nama kami sama, Almarhumah Siti hajar Ahmad Sabir. Aku adalah Menang atau Syahid Siti Hajar.

As-Syahid Siti Hajar

Izinkan aku untuk terus thabat di jalan ini sehingga ke nafaz yang terakhir.

Salam kasih sayang, 
Ukhti Qi


Wednesday, March 27, 2013

Berpijak di bumi yang rata!

Ada sesuatu yang menggelikan hati.. melihat reaksi mereka..

Betullah kata orang hidup ini perlu dinikmati.. tapi ada caranya.. aku percaya ramai orang menikmati hidup ini dengan perkara-perkara yang diminati...

kadang-kadang kehidupan sebagai seorang mahasiswa/remaja/pelajar/ anak ini besar tanggungjawab dan pancarobanya.. Cey~

iye betul... bermula dengan zaman remaja, adalah satu zaman yang sangat kritikal dan di sinilah terdapat pelbagai insiden yang perlu ditempuhi.. kan.. bermula dengan pilihan kenalan, scanning itu perlu sebelum memilih kawan utk dijadikan sebagai ikutan.   Sebab apa kan.. menurut kajian rakan sebaya adalah orang kedua yang rapat selepas ibu bapa, segala masalah dikongsi bersama.Tapi, ini tidak bermakna kita perlu menjauhkan diri dengan orang yang tidak berapa comel akhlaknya.. Jadi di sinilah peranan kita untuk mendekati golongan ini untuk bersama-sama mengajak mereka ke arah kebaikan.. kata orang .. amar makruf nahi mungkar... mesti tak nak masuk syurga sorang-sorang kan.. 

"Kamu (umat islam) adalah umat terBaik yang diLahirkn untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kpd Allah." [2:110]. "Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar." [8:28]


Namun, tak kurang juga... perkara yang paling penting adalah hubungan dan pergantungan kita kepada Allah swt. Aku sendiri pernah tertanya-tanya sejauh mana kebergantungan aku kepada Allah.. 

Sebab... pernah satu ketika, aku tidak bersama team bulatan gembira untuk satu masa yang agak lama. Cuti kan.. semua orang kat kampung, tapi aku di taska.  Jiwa ini perlu diisi agar ia tidak menjadi gersang. Kerana waktu itu rindu sangat kepadaNya. 

Mungkin semasa di kampus, keterlibatan dengan usrah dan pengisian yang ada akan membuatkan jiwa yang gersang ini sentiasa terisi. Tapi, bagaimana pula bila satu hari nanti aku tidak lagi bersama dengan mereka. Percayalah!Aku tidak akan selama-lamanya akan menjadi seorang mahasiswi. Kehidupan perlu diteruskan bukan? walau mungkin ada hati yang tidak rela... masa itu tetap akan berlalu, dan mungkin setiap perkara hanya akan tinggal sebagai kenangan. Oh tidak!mungkin hati akan menjerit. aku harap sangat perkara ini akan berterusan walaupun mungkin satu hari nanti aku akan mempunyai kehidupan sendiri.

Ya.. memang benar, semasa berada di taska, aku ada menyuarakan.. sebenarnya, jiwa saya sakit, saya tidak dapat meneruskan hidup bila lihat saya dikelilingi oleh orang yang tidak sama fikrah dengan saya. Allahu rabbi ! Hajar... mengapa disalahkah persekitaran? maafkan hambaMu ya Allah.

Aku tidak selesa bila berada dalam kelompok itu.  Bukankah persekitaran adalah satu faktor yang mempengaruhi seseorang ? sama seperti aku.. Cuma pada tika itu, jiwa yang besar. I'm strong itu perlu hadir. Jiwa aku tak cukup besar.

Di sinilah pergantungan kita kepada Allah dapat kita uji.. Sebenarnya sejauh mana pergantungan kita kepada Allah.. jika diri ini masih lagi mengharap kehadiran mereka di sisi.. mungkin aku boleh katakan pergantungan kepada Allah itu masih kurang.. Mungkin perkara ini perlu diterapkan dalam bulatan gembira. 

Berpijak di bumi yang nyata itu perlu. Aku sedar, tak selamanya kita akan bersama,beruntunglah diri kamu jika dapat pasangan yang sama fikrah, ramai yang cakap begitu. Aku mengiyakan.. Benar! Mungkin kita tidak akan selama-lamanya bersama, tapi Allah sentiasa bersama dengan kita, setiap masa. Tidak pernah sedetik Allah melupakan kita. Benar bukan.. 

Jadi... mari bersama kita, letakkan sepenuhnya pergantungan kita kepada Allah.. Yakin dengan-Nya.. dulu aku tertanya-tanya.. bagaimana aku nak meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah.. hari ini, jawapannya.. ialah Keyakinan kepada-Nya... iman itu sendiri adalah Yakin dengan sepenuh hati.. Yakinlah dengan sepenuh hati tanpa ragu-ragu, baik dari segi rezeki, jodoh, malah segala-galanya...  Bukan lagi bergantung kepada manusia. 

Selangkah kita berjalan ke arah-Nya, seribu langkah Allah 'berlari' mendapatkan kita. 


Seorang Ulama berjiwa besar.  Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Gambaran Hari Kiamat!!!


Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Wednesday, March 20, 2013

PROF DR MUHAYA : MENGAPA PERLU MENGUNDI ?



Soalan :

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof Dr Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.." 

Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"





Sejarah perjuangan Kekasih Allah


Selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW dengan membawa risalah kebenaran kepada masyarakat arab, kehidupan mereka berubah sama sekali. Risalah Islam yang benar ini telah mengubah kehidupan yang penuh dengan kegelapan kepada kehidupan yang disinari dengan cahaya keimanan kepada Allah SWT. Proses dakwah baginda Rasulullah SAW di Makkah telah menekankan kepada aspek keimanan kepada Allah SWT sebagai teras dan tunjang pembinaan masyarakat Islam yang tulen dan kukuh.

Dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah seruan dan ajakan untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Rasulullah SAW membina ummah Islam bermula dengan diri baginda seorang diri secara terancang sehinggalah lahirnya satu kelompok muslim yang beriman kepada Allah SWT dengan seluruh jiwa dan raga mereka. Mereka inilah generasi awal yang menerima didikan Rasulullah SAW secara terus-menerus sehinggalah mereka digelar sebagai “ sebaik-baik generasi” di dalam sejarah peradaban manusia.

Firman Allah SWT di dalam surah Ali-Imran : 110 yang bermaksud :
“ Kamu ( umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana (kamu) menyuruh berbuat yang maruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah SWT. Sekiranya ahli kitab yang beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.”

Di dalam usaha baginda mengajak kepada Islam, baginda telah melakukan proses pembinaan individu muslim secara terancang dan proses ini mengambil masa yang begitu lama. Proses pembentukan ini menekankan kepada proses penanaman aqidah dan keyakinan kepada Allah SWT secara mendalam. Proses pembinaan generasi unggul ini adalah berteraskan kepada proses pendidikan Islamiyah dan dakwah islamiyah secara tersusun dan terancang.

Rasulullah SAW telah menggunakan beberapa kaedah untuk melaksanakan usaha dakwah ini. Antara perkara yang utama yang dilakukan ialah dengan menghimpunkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang bersih serta ikhlas untuk diproses dengan didikan keimanan kepada Allah SWT. Pemilihan individu ini tidak berlaku secara kebetulan, tetapi ia dilakukan secara sedar dan penuh keyakinan kepada Allah SWT.

Proses penanaman aqidah ini berterusan sehinggalah jumlah generasi awal di bawah didikan Rasulullah SAW mulai bertambah dari satu masa ke satu masa. Dakwah peringkat rahsia ini mempunyai penekanan yang memfokuskan kepada proses didikan hati dan pembinaan individu muslim secara kolektif. Pendidikan yang dijalankan oleh baginda Rasulullah SAW adalah proses yang mensasarkan kepada pendidikan hati. Pendidikan hati ini ditekankan dengan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, keikhlasan dan ihsan kepada Allah SWT sehinggalah melahirkan suatu keperibadian yang murni dan berakhlak mulia.

Proses pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW adalah tunjang kepada pendidikan yang mendidik jiwa dan hati untuk patuh dan mengesakan Allah SWT. Pada peringkat ini, sumber rujukan baginda hanyalah Al-Quran semata-mata. Ini bertujuan untuk memastikan para sahabat generasi awal mendapat satu kefahaman yang benar-benar bersih dan tulen berkaitan Islam. Penekanan kepada sumber rujukan yang satu ini boleh digambarkan melalui satu sirah Rasulullah SAW. Pernah satu ketika Saidina Umar Al-Khattab membawa satu kitab yang dikatakan sebagai kitab Taurat untuk dijadikan bahan didikan Islam. Pada ketika itu, merah muka baginda Rasulullah SAW, dan sambil berkata : “ Sekiranya, Nabi Musa ada pada ketika ini, nescaya beliau juga mengikut aku.”

Zaman Ketamadunan Islam

Zaman pemerintahan Islam sesudah wafatnya Rasulullah SAW diteruskan dengan gagasan pemerintan sistem Khalifah Islamiyah iaitu kepimpinan Khulafa’ Ar Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Zaman ketamadunan ini melalui satu perjalanan pembinaan, perkembangan dan kejatuhan yang sangat panjang.  Sejarah telah menunjukan peradaban ketamadun Islam pernah mencapai zaman kegemilangannya sehingga seluruh dunia mengenali dan mengakui kehebatan Ketamaduanan Islam.

Pengasas kerajaan Bani Umaiyyah ialah Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.Pada zaman ini, perkembangan penyebaran Ilmu berkembang pesat terutamanya pada Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.Penghasilan teknologi baru seperti Seni Ukir, sistem pengasing benda asing melalui aplikasi tarikan graviti dan juga kinci air.

Kemudian sistem pemerintan Islam diteruskan dengan pemerintahan kerajaan Abbasiyah pada 763 M.  Penubuhan Kota Baghdad  sebagai Pusat pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyah telah menjadi dimensi perubahan kerajaan Islam ketika itu.Pada tahun 786 M merupakan zaman Keemasan Bani Abbasiyah ( Pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid dan Anaknya Al-Makmum).

Ketika itu ilmu berkembang pesat dan masyarakat Islam sangat dihormati kerana kemajuan yang dikecapi oleh mereka. Pembinaan Baitul Hikmah telah merancakan lagi aktiviti penyebaran ilmu dalam peradaban tamadun Islam. Baitul Hikmah telah menjadi  pusat penyebaran dan pengumpulan Ilmu yang mengandungi setengah juta jilid buku dan 36 buah perpustakaan. Dengan jumlah buku yang banyak ini, pihak pengurusan baitul hikmah yang memerlukan 120-400 ekor unta untuk pindahkan kesemua buku-buku itu ke suatu tempat. Pada era ini, lahirlah tokoh-tokoh ilmuan  Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusdh dan ramai lagi.

Friday, March 15, 2013

U.s.r.a.h

Usrah. 

mungkin perkataan ini satu perkara yang tidak biasa didengar jika berada di sekolah yang tiada pengkhususan aliran arab atau sekolah yang tiada asrama. 


Bukti? Aku sendiri tak pernah dengar perkataan usrah semasa di sekolah menengah dulu. Percaya atau tidak, terpulang kepada readers utk  menilai sendiri.

Sebelum aku jejak ke menara gading, aku berharap sangat bila di universiti nanti, aku nak join kelompok yang bernama usrah. Tapi, pada ketika itu, aku tak tahu yang kelompok yang membincangkan perihal agama ini namanya usrah. 


Masa aku semester satu, ada seorang kakak ajak aku join usrah.Dan aku join usrah dengan mereka. Aku ada naqibah, satu perkara yang aku pernah imagine sebelum masuk universiti dulu. 

Sehingga kini, setelah hampir 3 tahun masa itu telah berlalu.

Kini, aku menjadi seorang naqibah, kepada beberapa orang smart girls.. iaitu team Bidadari Syurga, Insan terpilih, Kami Generasi Hebat dan Deen Girls ( DG). Aku tidak pernah membayangkan aku akan menjadi seperti ini.  Kerana aku ada sedikit kefahaman untuk dikongsikan dengan mereka. Mungkin sahabat2 di sekolah lama akan rasa dengan perubahan pada diri aku. 

Bagi aku, inilah aku.. diri aku yang sebenarnya, siapa aku yang selayaknya, dan bagaimana aku treat diri aku sendiri. Dulu, mungkin aku tidak berlaku adil pada diri aku sendiri. 

Sungguh Allah, telah memuliakan darjat seorang wanita muslimah, tapi bagaimana pula kita melakukan diri diri?

Usrah bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan usrah.Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiah. Dengan tarbiyah, syurga mampu ditembusi oleh kita. InsyaAllah

Aku sering mengingatkan kepada team Dg, bahawa beradanya  kita di dalam perjuangan ini adalah bermula dengan usrah. Jangan rasa berat hati atau terpaksa untuk melakukan kerja ini, kerana janji Allah itu pasti.

Yakinlah dengan janji Allah, Surah Muhammah ayat 7, 
'wahai orang yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Segala-galanya bermula dengan tarbiah & usrah . Jangan pandang ringan pada usrah yang nampak 'simple' u.s.ra.h. 

Usrah iumpama nuclues dakwah,tanpa usrah kita mungkin rebah,
Kita tak akan mudah goyah, bila bersatu dalam jemaah.

Terima kasih kepada Allah, kerana memberi aku peluang utk bersama dalam perjuangan ini, terima kasih kepada naqibah yang meluangkan masa untuk buat usrah dengan aku.






Wednesday, March 6, 2013

Ada sesuatu yang terselit di pagi hari

Dah lama tak berjongging, selama aku di khar baru ni.. pagi tadi rasa nak berjongging.. dalam aku berjogging.. aku duduk dan berfikir..

udara pagi segar! fresh!.. aha!

waktu aku berfikir.. bestnya, kalau time ni.. ada bulatan gumbira! boleh duduk bersama dan berkongsi ilmu, ilmu yang pasti akan membantu aku di sana kelak. Insya Allah. mungkin rasa rindu itu hadir bila duduk sorang2 kat court tu..


sungguh! aku rindukan waktu dulu.. bila masa itu akan ada lagi? PAsti ada..insyaAllah.. jika pandai merancang aktiviti, dapatla apa yang diimpikan..  teori apa yang aku katakan  ini..

betul.. sambil aku duduk di court, aku mendengar lagu... *ops bukan lagu jiwang.. lagu maher zain ..Turn To Allah.. dan folder lagu terus bermain sehingga ke Surah Ar-Rahman.

mendengar surah Ar-Rahman sambil mendongak kepala ke langit.. melihat ciptaan Allah.. Subhanallah... hajar.. terlalu banyak nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada diri.. Mengapa engkau tidak bersyukur..

lama aku mendongak ke atas, melihat sinar mentari di celah awan, kemudian aku mendongak ke bawah.. 

hajar.... jadilah hamba Allah yang selalu bersyukur dengan nikmat Yang Allah berikan.




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

[1]

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. 
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. 
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; - 
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. 
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; 
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. 
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, 
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; 
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. 
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: 
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; 
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; 
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, 
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; 
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[17]
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. 
[18]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; 
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; 
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[22]
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; 
[23]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[24]
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; 
[25]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[26]
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: 
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: 
[28]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[29]
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? 
[31]
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! 
[32]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; 
[38]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ". 
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! 
[45]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, - 
[47]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[48]
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - 
[49]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[50]
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - 
[51]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. 
[52]
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). 
[53]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[54]
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[56]
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[58]
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. 
[59]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga? 
[61]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[62]
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); 
[63]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[64]
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; 
[65]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[66]
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya: 
[67]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[68]
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, 
[69]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[70]
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; 
[71]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[72]
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; 
[73]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[74]
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; 
[75]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[76]
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[78]
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.


Maha Suci Tuhan yang berkuasa atas setiap sesuatu, maafkan diriku atas segala khilaf. Terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan.

Rindu utk duduk bersama bulatan gumbira :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...