Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Wednesday, September 28, 2011

Fikir-fikir, renung-renung...


punya mata, namun  tidak mampu  untuk melihat,,
punya dua telinga.. namun tidak mampu untuk mendengar,
punya hati, namun hati ini mati,
punya tangan, namun tangan ini tidak berdaya
punya kaki, namun kaki ini tidak mampu melangkah,
punya akal, namun akal ni tak digunakan..
punya lidah, namun tidak mampu bersuara,
punya ilmu.. namun ilmu itu tidak diajarkan kepada yang lain..

Ya Allah sangat kasihan manusia seperti ini..

andai dia hidup dalam kesenangan, tiada makna harta baginya kerana ia langsung tidak dapat membantu dirinya di alam akhirat kelak..
andai dia seorang miskin, sangat miskinlah dia di dunia dan sangat rugi juga dia di akhirat sana..

fikir-fikirkan sendiri… kita mempunyai pancaindera yang Allah kurniakan..
Cuba renung-renungkan apa usaha yang kita cuba lakukan untuk ummah yang tercinta?
Sejauh mana usaha kita untuk menyampaikan dakwah kepada mereka yang tidak kenal Islam, atau kepada kawan2 kita yang memerlukan bantuan…

Kongsilah ilmu yang kamu ada moga , ia memberi syafaat buat dirimu dan juga orang lain.. apa yang penting lakukan kerana Allah, utk agama Allah dan untuk kemajuan ummah.. utk kemenangan hakiki..

Jika kamu mempunyai mata,lihatlah sekelilingmu.. 
bersyukurlah dengan nikmat kejadian yang Allah kurniakan..
Jika kamu boleh mendengar, dengarlah perkara yang baik, perdengarilah dirimu dengan mesej2 ketuhanan agar ia dapat mendekatkan dirimu kpd-Nya..
Jika kamu mempunyai hati, jangan biarkan ia mati.. jangan biarkan ia berkarat dek lagu2 ‘barat’suntikan ia dengan keimanan,teguhkan hatimu kepada Cinta Ilahi..
Jika kamu mempunyai kekuatan melangkah, pergilah menuntut ilmu..carilah ilmu..
Pasti kamu mempunyai akal, gunakanlah akalmu untuk membantu agama Allah..
Jika kamu mempunyai ilmu.. kongsilah ilmu itu dengan saudaramu, kelak ia pasti akan memberi syafaat buat diri jua..

Selagi jantung masih berdegup, selagi telinga masih mendengar,selagi belum terpisah roh dan jasad..lakukanlah !  Do it now~ 


p/s : peringatan buat diriku yang kadang2 terlupa, dan juga kita bersama.. :)


Kasih ibu



Kasihmu semerbak firdausi
Ibu, kali pertama mendengar tangisku…
engkaulah insan pertama yang gembra..
Ibuku sayang..
Tika malam sepi kegelapan..
Saat aku dalam ketakutan..
Engkaulah orang pertama yang memelukku dengan erat..

Ibu kini anakmu telah dewasa..
Kini anak kesayanganmu melangkah jauh
Mengejar impian dan cita-cita..
Meskipun terdetik rasa sayu di hati..
Namun, doa dan restu ibu selalu mengiringi diriku..

Duhai ibu,
Aku bersyukur memilikimu..
Aku bersyukur kerana ibu melahirkanku..
Ibu menyayangi amanah yang Allah berikan,
Ibu menjaga dan mengasihi aku..
Ibu engkaulah ratu hatiku,
Ibu juga kekasihku saat aku sepi
Tika berjauhan, ibu tempat aku luahkan segalanya..

Alhamdulillah, aku mempunyai Allah yang mengurniakan ibu dan ayah..
Walau ibu dan ayah jauh di mata,
kasihku pada-Nya semakin kuat,
Namun berkat doa dan iringi restu ibu dan ayah..
Pasti Allah bersamaku…

Ya Allah berikanlah nikmat sihat pada ibuku..
Engkau kuatkanlah ibu,
Engkau jadikanlah ibu wanita yang mulia,
Engkau kurniakanlah Jannah buat ibu..
Engkau ampunkanlah dosa ibuku..
Ibu aku sangat menyayangi dirimu seumur hidupku..
Kasihmu sejernih al-kauthar


kasih ayah..





ayah...
luhurnya kasihmu ayah,
tiada aku tanpamu,
restumu syurgaku
duhai ayah ibu

ayah..
terlalu banyak kesusahan yang ayah lalui 

Alhamdulillah,
walaupun keluarga kita tidak sehebat mana,
namun kita tetap hidup dengan bahagia
ayah mengajar kami  dalam kesederhanaan.
ayah ilmu yang ayah sampaikan tidak akan aku lupakan,
ayah memimpin bacaan aku dalam solat, 
ayah mengajar aku membaca al-Quran.

ayah.. 
terlalu banyak kesusahan yang terpaksa ayah lalui.. 
di bawah  mentari
ayah mencari rezeki 
buat seisi famili yang sangat  dicintai.. 

ayah.. 
hari ini dirimu semakin tua, 
ku dapat melihat urat2 keras di tanganmu,
nafazmu yang keletihan..
namun tidak pernah kau mengeluh

ayah..
aku sangat mengagumi dirimu yang  sangat penyabar,
ayah tidak mudah melenting,
tidak pernah aku melihat ayah marah...
sedikit memori yang bisa aku ingat
aku bangga melihat ayah mencium tangan nenek 
aku sangat bangga dengan ayah,
walau usia ayah sudah tua,.
apa yang ayah lakukan sangat bermakna...
tidak dapat aku luahkan melalui kata-kata dan 
tak dapat pula nak aku biarkan qalam berbicara...


Ayah...
dirimu sungguh mulia di mataku dan mata mereka..
ayah insan terhebat buat diriku dan kami semua,
aku bangga mempunyai ayah seperti ayah..


Ayah..
terima kasih ayah.. 
aku sangat menyayangi ayat...
seumur hidupku... 

Ya Allah yang Maha Pengasih..
Ampunkanlah dosa ayahku sejak ia kecil hingga ke hari ini,
Engkau berikanlah nikmat sihat kepada ayahku, 
Engkau permudahkanlah segala urusannya dalam mencari keredhaan-Mu
Ya Rabbi.. perkenankanlah doa hamba-Mu ini..



Thursday, September 22, 2011

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah



 Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?" 
Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji." 

Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?" Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. 


Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang." 

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?" 

Wednesday, September 21, 2011

Laporan rancangan pembelajaran harian – 25/-5/2011 Maziana ramli


Assalamualaikum.. semua.. apa khabar buat semua sahabatku yang disayangi, masih ingatkah kalian kepada laporan pembelajaran yang kita sama-sama coretkan dalam buku kak ana? 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

è Hahahhahaha x tau nak tulis pe lah k.ana...boleh koyak halaman ini... saya aaaa
è Disemak.... bagus usaha lagi.... esok hari...hohoho... 6 stars..
è Skarang xde idea la plak.. jam 7.35 mlm.. nak tulis ape ek....
è Idea dah datang.... (lampu) jam 7.40 mlm...prot lapo... nk makan.. nak makan...nak makan
è Bila k.ana nak masak nie.... baby lapo.. xde idea dah...ngatop mate dah..
̬ Babbye.. tutup buku... disemak.. ( usaha lagi ) РKAK AINI

9.38 pm.. haa da kenyang.. herkkkkk!! Baru pas makan  ghamai tadi.. kak nadia yang masak.. bapak sedap!!! Malam ni makan sardine campur kacang panjang ngan teloq campuq tomato... perghhh.. hingga menjilat jari kaki.. ^^,
Kak nadia cakap/ ‘ikan kering ngak ada..jadi makan telor saja. Sama sarin...makan sama rata... kasi cukup sama2.... baguih betoi kak nadia kan..? adil... ^^,
K, nak sambung kemas baju n iron baju... nak g jalan2... sok.. haha... to be continue .. ^^, - KAK ZATI

p/s : SALAM ... KAK NA KENYANG LA HARI NIE AUNTY NADIA MASAK SARDIN DAN TELUR DADAR PHILIPONE.. WOW!! BAPOK BESh!
LOVE U FOREEVER... X TAU NAK TULIS APE COZ KENYANG BANGAT NIE...  LINDA

Malam nie dapat makan nasi putih dengan telur dadar dan ikan sardine letak kacang. Kenyang gila... best sangat2... makan ramai2 semua orang dapat kan  adil..
Cukuplah untuk malam ini..
X larat nak tulis dah nie sebab kenyang giler...
Jumpa lagi malam esok..
See you..

Sementara tunggu anuty nadia, linda ngan teha siap masak.. saya tolong pilihkan baju untuk kak zaty sebab esok die nak pergi KLCC.. hehehe..
Lepas  tue kenyang sangat sebab dapat makan sardine dngan telur dadar.. nyum2.. lepas makan bagi ciuman kasih sayang kat aunty... lupe nak cakap air sunquick yang k.na buat sedap.. hehe..
Dah kenyang .. kene excersize.. sebelum tidur... so nye gi la sidai kain sambil belajar bahasa @ loghat qlate yang diajar oleh cikgu teha..hua3x
Ayat yang berjaya disambung ialah..
Teha ngepong ali maju naek supik rorak.. aphua100x..
K,sarangaeo- ili..


Harini kenyang sangat, & b’syykur coz kak/aunty nadia yg baek hati sudi masakkan utk kitaorang slama 2 hari btrut2. Trisi jgk perut kitaorg yg lapar ni.. kenangan manis cikgu2 s.e present 18r8! Heart them closely! – rini

Alhamdulilah.. semuanya sempurna, makan sudah dan aktiviti lain sudah. Thanks aunty nadia sebab sudi beri kami makanan yang sdap. Errmm. Lazat jiddan. Rasanya cukuplah, nak  p mandi, solat isya dan baca surah al-mulk, sebelum tiduq. Ma al salamat wa ilaliqa’. ‘bersatu membina ummah yang cemerlang’ . salam –tie

Wanita itu akalnya senipsi rambutnya.. maka tebalkannya dengan ilmu~
Assalamualaikum.. ya ukhti, kak ana..
Wow! Semua sahabat menulis entry tentang masakan aunty nadia. Saya pun nak ucapkan thanks to a million kpd autny! .. sedap hingga menjilat jari .. marvellous..!
Tiada ungkapan indah bisa dilontarkan..
Kutulis dari hati moga ia sampai ke hati..
Ku menyayangi sahabat2 di sini,
Kalian! Sungguh cantik pertemuan ini..
Kita ditakdirkan bertemu di bumi ini,
Bumi pentarbiyah yan bisa saja kita memilih untuk menjadi mulia @ sebaliknya dari pandangan-Nya
Tiada kecewa di hati.. andai diri selalu menyedari.. bahwa manusia menilai dari perilaku insani..Allah menilai dari hati..
Sahabatku yang disayangi..
Kesatuan bulatan ukhwah mengajar erti sebenar persahabatan ini..
Di hamparan ini, aku kenal erti sayang kerana ilahi...

Bila cinta kerana ALLah..
Berpisah tidak gelisah.bertemu pasti tidak jemu, ukhwuwah itu indah, bila bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH,..
Once you love someone, that person is a part of you forever!
Seronok plak hanya menulis malam ini, --- ok dakwat pen dah nak habis...so stop!but ! hope our  relationship never stop!
Salam kasih sayang... p18r8 .. 11.13pm


Tuesday, September 20, 2011

Bukan senang nak jadi pendidik.......


Bidang kaunseling bukanlah satu profesion yang kuminati. Namun , sejak berada di bumi bersama dengan anak-anak kecil di cendekiawan.. aku membuat pilihan untuk berada dalam profesion ini. InsyaAllah ‘Counselor to be’ . Ternyata profesion ini tidaklah semudah yang ramai orang sangkakan. Most of my friends dari course yang berbeza mengatakan .. kaunseling senang.. ‘kamu hanya perlu bercakap sahaja..' namun, reality tidak semudah kata-kata…  yes! Definitely… because dengan kata-kata bisa mengubah sesuatu t/laku, emosi dan pemikiran. Ya ia mungkin akan berubah menjadi lebih baik atau boleh juga berubah menjadi lebih buruk.. Sangat berat tugas itu.. mampukah aku?
Realitinya sekarang.. anak-anak zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman kecilku dulu. Mereka sangat moden. Semuanya hanya dihujung jari.. wah! Mereka sangat hebat! Mereka sangat cerdik! Mereka sangat celik! Mereka sangat bijak! Mereka serba tahu dalam semua hal! Namun masih ramai antara mereka kekurangan ilmu ketuhanan. Aku menulis menurut pengalamanku.. mereka sangat kasihan. Ternyata sangat berat tugas seorang pendidik. Mereka memerlukan pendidik yang bisa melembutkan jiwa, yang mendidik jiwa.. yang mengajar mereka akan erti kasih sayang sesama manusia, menghormati orang tua..dan sebagainya. Mereka sangat memerlukan kita sebagai pendidik untuk membentuk sahsiah, akhlak atau personaliti.
Namun , amat menakutkan diriku apabila melihat t.laku bakal pendidik. Bisakah pendidik mendidik? Andai diri ini masih banyak kelopongan yang sangat memerlukan bantuan..  sangat menakutkan melihat apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita kelak jika diri kita sendiri tidak betul ,umpama ketam mengajar anak berjalan.. ilmu  sangat penting..!
Sayangilah anak didik kita,didiklah ia dengan baik.Jika betul didikannya, maka insyaAllah akan baiklah ia kelak. Namun lama kelamaan, minat atau tidak berada dalam profesion ini tidak menjadi persoalan, aku hanya ingin melakukan sesuatu yang bisa aku sumbangkan untuk kebaikan ummah yang aku sayangi.. Semoga aku bisa melakukan sesuatu untuk kebaikan mereka semua..
Buat anak-anak didikku di c.e, walau masa bersama kalian sudah berlalu, namun aku tidak berhenti berdoa agar kalian menjadi insan yang cemerlang duniawi dan di akhirat kelak. Semoga anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah, membangunkan ummah!.. Sayang! Tuntutlah ilmu, kerana ia pasti akan memberi kebaikan kepada dirimu kelak! J


Solat Zohor berjemaah- imam Syed Ahmad haiqal


                                            Addin dan rakan-rakan kelas.. rajin-rajin tau!


Akif, kawan baik2..


Salam kasih sayang,
bakal pendidik.. InsyaAllah.. 

p/s : peringatan buat diriku yang selalu terlupa, 
       mendidik itu adalah tugasmu, maka ia adalah amanah buat dirimu.

Puteri dibuli ketika berumur 6 tahun…

Pernah suatu ketika puteri dibuli oleh teman yang seusia  puteri ketika puteri di tadika.Sehingga kini,kesan peristiwa itu masih bermain dalam benak fikiran puteri.Parut itu masih setia bersama puteri.Puteri tidak berniat untuk menceritakan perkara ini kepada sesiapa dan perkara ini sudah lama berlalu.Lagipun perkara ini terjadi ketika puteri dan anak itu berumur enam tahun.Hal  ini terjadi secara tidak sengaja.
Pada hari tersebut,puteri duduk di barisan yang kedua dari kedudukan meja hadapan.Sedang ustazah mengajar di hadapan,anak ini memasukkan sebatang pensil 2B ke dalam mulut puteri.Akibat perbuatan tersebut,puteri mengalami sedikit kecederaan ringan dalam mulut.Darah mengalir daripada lelangit puteri.Puteri menahan darah yang mengalir dalam mulut puteri sehingga kelas tamat.Puteri tidak berani untuk mengadu kepada ustazah.Puteri bimbang jika hal ini dibesar-besarkan.Apabila kelas tersebut berakhir ,puteri bergegas keluar untuk meluahkan darah yang ada di dalam mulut puteri.Begitu banyak sekali darah yang mengalir dan sehingga kini kesan parut itu masih setia bersama puteri dari dulu,kini dan selamanya.
“Hmmm…macam mana nie,banyaknya darah ,macam mana nak cuci darah tue,nanti kalau orang nampak,apa nak buat??...”Puteri bermonolog.
Akhirnya,perkara itu berlalu begitu sahaja sehingga kini,kadang – kadang puteri teringat peristiwa tersebut.

Meniti pelangi..









Cita – cita dan keazaman merupakan satu bayangan , seindah ‘pelangi’ yang membawa satu impian bahagia yang diidam-idamkan.Walaupun sifat sebenar pelangi ialah imbasan bebayang namun ia bukan satu ilusi.Ianya realiti.Satu realiti yang kugapai pasti.Memetik kata-kata Master Kashril Izzudin, ‘ realiti  mengalahkan ilusi seperti seekor burung di atas arca yang gagah. Burung  terbang menyanyi bersuka ria di atas arca yang gagah kerana burung ialah realiti dan arca  hanyalah satu ilusi’.

Warkah buat kak chik.. atiqah

Assalammualaikum kak chik, atiqah.. kaifahaluki ? harap kak chik tak terkejut dengan kehadiran warkah nie.. ( okie.. kak jad dah mula nak tulis ayat berbunga).Alhamdulillah, malam ni jari-jemari ni rajin nak menari-nari di key board nie..jadi,  kak jad ambil kesempatan pada masa yang senggang ini untuk menulis kepada insan yang berada jauh di mata.. namun .. daiman fil qalbi.. betul tak ayat tue? 

Kalau tak silap hari nie adalah hari kedua kuliah kak chik di sana. Harap semuanya berjalan dengan lancar yea.. InsyaAllah orang di sini pasti tidak pernah melupakan untuk  mengirimkan doa buat dirimu.Semoga diri kak chik dan sahabat-sahabat di sana sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Nya..

Seperti semalam yang kak chik katakan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Yes! it definitely right.. So, belajar rajin2 yea.. cepat sikit balik sini.. hehe..^^,  InsyaAllah..so manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.. Ingat tau.. jaga baik2 hubungan dengan Allah dan juga kenalan di sana.. mak lang oweys berpesan.. jangan sakitkan hati orang dengan lisan kita.. so you must aware with you words.. sometimes,, kita tak sedar apa yang kita cakap maybe buat orang terasa, so cepat2 minta maaf.. ^^, but i knoe.. you can do it! I ken.. you ken.. Malaysia boleh!!!

Banyak yang ingin disampaikan kepada kak chik, namun warkah pada kali ni kak jad berhenti di sini dahulu.. InsyaAllah jika ada ruang dan peluang akan kak jad coretkan, dalam  biar qalam berbicara akhir kata

Ilmu itu kunci, 
Amalan itu khazanahnya,
Tanpa ilmu gudang terkunci,
Tanpa amalan khazanah tak bererti..

Salam kasih sayang.. --aku tetap sayang kamuuu <---kamu pun sama kan... insyaAllah kita berjumpa lagi..
Assalamualaikum.. 



Si comel ^^,

Rindunya kpd anak-anak kecil..
Andai di sini ada seorang anak kecil..
Pasti segala kerja akan kutinggalkan sementara..
untuk melayan keletah si kecil..

Rindunya kepada si comel..
Andai dapat bertemu dengan si comel..
tak kisah siapa gerangannya..
Pasti akan kusapa dan memeluk ia..

Sayang... 
 
I miss you so much! Areanna Issabella

Salam kasih sayang
Qi

Monday, September 19, 2011

Dalam Sujud Cintaku

Album :

Munsyid : Abdul Halim : Devotees



Kau berikanku segala-galanya

dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.


Mutiara for today~

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR
Teman yang paling akrab ialah AMAL
Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM
Bahasa yang paling manis ialah SENYUM
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK


I ken, You ken, Malaysia Boleh!!!

Assalamualaikumm... apa khabar semua? harap-harap sentiasa sihat la yea.. dah lama Qi tak post entri di dalam blog ni, hari nie rasa nak tulis plak, ntahla kadang-kadang rasa nak tulis, tapi tak tahu nak tulis apa, mungkin ada banyak sangat perkara yang dikongsikan hingga tak tahu nak tulis apa kan.. hehehe..

Alhamdulillah, minggu ini sudah minggu kedua Qi di bumi ini, di UPSI... tak sabar rasanya nak habiskan semester ini dengan secepat mungkin, itulah yang aku rasakan..sempena hari Malaysia yang lalu, 16 Sept 2011, Jumaat - cuti umum - so, kuliah pun tak da.. rasanya macam lama jer cuti walhal sehari je..


Bila dah masuk kuliah ni kan, rindu  plak kat famili di kampung. mana la taknya, cuti semester yang lalu 4 bulan - selama 4 bulan Qi kerja, di Putrajaya.. Lebih kurang 2 weeks je tinggal d rumah sebelum raya Aidilfitri dan daftar kuliah 11/Sept.. huhu.. -----> homesick <----- ish3.. kesiannya... 

Tapi sekarang dah 2 minggu di sini, alhamdulillah..dah okie.. pelik kan..

Apa2pun pada semester ini, Qi mengharapkan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah dapat diselesaikan dengan awal .. Fuhh.. last week , minggu yang agak memenatkan mana taknya... bila dengar assigmnent nak kena submit pada minggu ke 4.. bukan satu.. tapi mostly. semua subjek minggu ke-empat..hehehe.. buat plak kita orang yang 1st kena bentang.. so must ready awai la.. tapi hari ni.. alhamdulillah.. okie .. I ken, .. you ken.. Malaysia boleh!!..

Lastly, I hope I can enhance my knowledge! and rajin2 studi.. Mak ayah.. kakak.. and semua.. doakan saya berjaya yea. ILovEyou.. :)

sweetie, QI

nice pic .. tu bunga yg diambil time pesta bunga antarabanga di Presint 2..


Sunday, September 18, 2011

senyum..



Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda

sEnyUMaN  YaNg  IKhLAS DAN menceriakan itu ibadah... :) 
senyum tak perlu kata apa-apa...
 =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...