Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Sunday, May 29, 2011

Pandangan mata hati..

Tiada ungkapan indah bisa diberi..
bibir terdiam sepi..
kerana khuatir bisa kata2 akan menyakiti..
mata kasar mungkin tidak memahami, 
namun hati dapat mengerti..
Kutulis dari hati moga ia sampai ke hati..
Ku menyayangi sahabat2 di sini,
Kalian! Sungguh cantik pertemuan ini..
Kita ditakdirkan bertemu di bumi ini,
Bumi pentarbiyah yan bisa saja kita memilih untuk menjadi mulia 
@ sebaliknya pada pandangan RABBI
Tiada kecewa di hati.. 
andai diri selalu menyedari..
 bahwa manusia menilai dari perilaku insani..
Allah menilai dari hati..
Sahabatku yang disayangi..
Kesatuan bulatan ukhwah mengajar erti sebenar persahabatan ini..
Di hamparan ini, aku kenal erti sayang kerana ilahi... 



MERENDAH HATI



Alhamdulilah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada ALLAH Yang Maha Menguasai, kerana dengan izin-NYA, dapat saya mengatur jari-jemari ini untuk menaip dan berkongsi penulisan ini dengan para sahabat. Ingin Qi berkongsi soal merendah hati. Moga penulisan ini memberi syafaat buat sahabat dan diri saya jua. 

Tahukah sahabat bahana tidak  merendah hati ini ? Jika tidak dibendung ‘penyakit’ ini akan akan membawa kita kepada pelbagai kerosakan dan kerugian  yang lebih berat daripada dosa-dosa zahir. Syaitan selalu membisikkan bahawa sikap merendah diri kepada orang lain hanya akan menurunkan darjat kita pada mata mereka. Kerana takut menjadi hina, kita lalu enggan berbicara dengan orang yang kita anggap rendah,atau enggan melakukan pekerjaan yang biasanya dilakukan oleh yang hina.
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud 

 ‘ Sesiapa yang merendahkan dirinya kerana Allah satu darjat, maka Allah akan meninggikannya hingga menempatkan di ‘Iliyyin yang tertinggi. Dan sesiapa yang meninggikan dirinya (takbbur) satu darjat, maka ALLAh akan terus merendahkannya hingga meletakkan namanya bersama orang yang sangat rendah (asfalasafilin).’ Hadis ini disahihkan oleh Ibn Hibban.

Kadangkala ALLAH SWT menguji hamba-NYA dengan kesenangan hidup, kekayaan , pasangan yang rupawan dan jutawan. Dengan itu, tiada salahnya sebagai hamba kita mensyukuri nikmat  dan merendah hati mengucap syukur kepada –NYA  di samping memberi pertolongan kepada yang memerlukan.
Sebenarnya berasa diri lebih hebat daripada orang lain adalah penyakit yang sangat berbahaya. Sifat ini akan menutup hati dan telinga kita daripada menerima nasihat dan kata-kata berguna untuk kebaikan di dunia dan akhirat.


Bagaimana caranya untuk merendahkan hati?

Sikap merendahkan hati boleh dimulai dengan cara mengubah  pandangan kita kepada orang lain. Usah lagi menjadikan pakaian, kenderaan, penampilan luar  dan asal usul seseorang  sebagai penentu sikap kita kepadanya. ALLAH SWT telah berfirman  yang bermaksud :

‘ Dan sungguh kami telah muliakan anak-anak Adam’. Surah al-Isra’ 17 : 70

Supaya dapat merendahkan diri, kita harus membuang ‘perasaan lebih baik daripada orang lain’.Kita harus sedar dan menyedari bahawa orang yang kita anggap hina boleh jadi sangat mulia di sisi ALLAH SWT.

‘Gantunglah azammu setinggi langit serta rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan’.  Ingatlah walaupun mutiara itu berada di dasar lautan tetapi ia tetap berharga dan bernilai apabila berada di daratan.

Semoga penulisan ini memberi kebaikan kepada semua..

Wallahum a’alam...
Fasa 18R8,
Putrayaja.
10.32 pm/ 17.05.2011

Salam kasih sayang,
Qaseh Irsalena.


Friday, May 6, 2011

Argh Magrain…

Siapa di antara sahabat-sahabat pernah mengalami sakit kepala yang dikenali migraine? Saya pernah mengalami penyakit ini, pada satu ketika dahulu. Memang payahlah jika penyakit ni datang, sebarang kerja tak mampu nak dibuat, yang mampu hanya terbaring, pejam mata, dan berada di tempat yang sunyi. Menangis sendirian...

Ya Allah sakitnya kepala.Hanya Allah sahaja yang memahami. Orang yang pernah mengalami sahaja yang akan memahami apa itu migraine. Jika  pada suatu ketika dulu, migraine yang paling teruk dialami semasa tingkatan empat dan sejak itu saya tidak lagi mengalami migraine sebegitu. Migraine itu berlarutan sehingga seminggu. Teruk bukan? Mungkin keadaan menjadi semakin teruk kerana tekanan menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah... itu peristiwa 5 tahun yang lalu.Tahukah sahabat migraine boleh menyebabkan gastric. Apa kaitan gastric dengan migraine?

Apa itu migraine?

Mungkin sudah tahu dan ada yang kurang tahu. Migraine sering kali dikaitkan dengan sakit kepala. Itu sesuatu yang diketahui umum. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau terbuka terlalu luas. Punca sebenar diketahui dengan jelas tapi dipercayai berlaku akibat kelainan/perubahan salur darah di dalam otak yang disebabkan rembesan bahan kimia tertentu dan gangguan sistem saraf autonomic. Sakit ini dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala. Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migraine yang wujud bersama aura dan migraine tanpa aura.


Aura ialah perasaan atau fenomena  yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Penglihatan pesakit juga jadi terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai stokoma, mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migraine selepas satu hari mengalami aura. Ada juga yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migraine.Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama. 

tanda- tanda migraine seperti sakit kepala berdenyut-denyut, biasanya di bahagian kepala yang sama, berulang-ulang disertai rasa loya, sensitif dengan bunyi dan cahaya dan juga gangguan pandangan
sakit mungkin menyerang dalam masa beberapa hari, beberapa minggu atau tiada lamgusng untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari. Sakit  yang mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetangah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.Sakit ini juga boleh berlaku semasa haid.

 Faktor
Jika sahabat-sahabat mempunyai sejarah keluarga yang menghidap migraine , kemungkinan sahabat akan mendapat penyakit.
Faktor ini berbeza atas individu ada yang tidak boleh minum kopi .. ada yang tidak boleh minum coklat , ada yang tidak boleh terkena silau.
Factor persekitaran - cuaca sejuk/panas, ketinggian, perubahan zon masa 
Factor makanan-makanan ada kafein-coklat,kopi, MSG..makanan ada nitrate banyak dalam makanan *siap proses/dalam tin 
Glare- cahaya silau 
Stress, kurang rehat, kurang tidur. Lapar 
Perubahan hormone pada perempuan. – Sebelum atau selepas datang haid 
Ubat-ubatan

Cara mengelakkan atau mengurangkan sakit magrain
Elakkan minum minuman yang mengandungi cafein 
Elakkan terkena cahaya silau, dan panas berpanjang 
Berehat dan tenangkan fikiran 
Melakukan senaman ringan 
Perhatikan ubat yang diambil,jangan mengambil ubat sembarangan
Apa yang dinyatakan diatas adalah serba sedikit maklumat mengenai penyakit migrain.


.. harap anda mendapat manfaat melalui maklumat tersebut.. namun demikian, sahabat-sahabat perlulah mencari ketenangan dan mohonlah kepada Allah . Semoga hidup lebih tenang. Akal sihat !Jiwa tenang! Emosi stabil! Kehidupan lebih bermakna...
Semoga memberi syafaat

Salam kasih sayang
6.38 pm.
Pendang, Kedah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...