Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Thursday, May 24, 2012

Cik Siti tak berkenan dengan CIk LIE

Assalamualaikum readers! yang disayangi.. how are you there? Sesungguhnya Allah swt itu adalah pemilik atas segala-galanya.. Dialah pemilik jiwa dan apa yg berlaku adalah dengan izin-Nya.. itu pendekatan yg Qi akan guna.. bila mana saat. jiwa gulana, hepy , etc.. pokoknya.. Apa yg berlaku atas keizinanNYA - cey.. herm.. im not good in bermadah berpuisi.. actually, jari pada pagi ni .. rasa gatall.. nak mengetuk dan menari2 di keyboard.. 

jump up to the title ### Kenapa CIk Siti.... geli dengan Cik Lie..

terutama sekali.. siapakah ini cik Siti.. lets me introduce her..

Cik Siti adalah seorang seorang wanita yang ekstrovert. Bercirikan seorang ektrovert secara automatically, kita akan berfikir dia seorang yang berani! benar!. memang dia seorang yang berani.. but then... dia sangat geli or takut dengan CiK Lie.. kata Cik Siti.. Cik Lie ni menggelikan dan menakutkan.. Cik Lie akan menyebabkan Cik Siti bernafas dgn laju.. terasa sesak nafas.. bukan bermakna Cik Siti mmpunyai astma or something like that.. tpi tak dinafikan CIk Siti mmpunyai rakan alah dgn Cik Lie dan bau CIk Lie yg kurang menyenangkan akan menyebabkan kwn Cik Siti astma.

mengapa? Bukankah Cik Lie pun ciptaan Allah.. tak seharusnya Cik Siti beranggapan sedemikan kepada makhluk ALLAH..

Ye.. memang benar.. mari kita  lihat  dan fahami jiwanya mengapa Cik Siti sangat kurang berkenan dengan Cik Lie...

Qi memohon maaf kpd Cik Lie... # Cik Siti sedang

Tuesday, May 22, 2012

My Hijab My Choice


Menitis air mataku,
Hilangnya sahabat sejati,
Yang riang dikau ku merindu,
Persahabatan abadi
Setiap detik teringatkan dikau
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni
Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engaku melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu

Perlukah..? dendangan kumpulan nasyid Forheart sedang berkumandangan di radio. Antara lagu kegemaran aku.


Kehidupan sebagai remaja memang banyak pancaroba. Teringat, sewaktu tinggal di Langkawi selama 3 bulan, pada waktu itu aku mendapat tawaran ke Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Lagenda Sri Negeri (KLSN). Lebih kurang dua bulan aku berada di KLSN, di sini aku dapat melihat pelbagai jenis karakter manusia. Sebagai Ketua Kompeni Wirawati Delta, aku bertindak sebagai seorang ketua yang agak tegas. Pada mulanya, aku tidak mahu dilantik sebagai seorang ketua kompeni, bukan senang bagi aku untuk memimpin wirawati Delta yang seramai 109 orang.

 Aku dicabar oleh Cikgu Azlan untuk menjadi ketua kompeni. Dimarahnya aku bila aku cakap tidak mahu. Tambahan pula mereka berasal daripada pelbagai jenis latar belakang, bangsa atau kepelbagaian budaya. Aku sedar ada dalam kalangan mereka yang tidak menyukai aku. Dan akhirnya aku menyedari bahawa aku mengalami symptom SS. Simtom syok sendiri.. Aku SS bahawa mereka semua sukakan aku, ye la.. aku kan jenis yang friendly.. herm... lucu pula bila teringat kisah zaman budak-budak.. Tapi kisah ini, bagi aku  unfinished business, kerana aku tidak dapat duduk lama dan berbincang bagi menyelesaikan masalah aku dengan mereka.

Aku meneruskan pengajian Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang (SMKP). Tawaran belajar daripada SPA 8,  3 kali sampai di rumah,posmen yang sama juga yang menghantar surat ke rumah. Aku tidak pergi interview. Mak cakap, fikir betul-betul! Nak belajar  di Form 6 ke atau nak kerja di bahagian pharmacy. Kenapa hidup ini sering memerlukan kita membuat pilihan?

Jun 2008
Haa sastera! Alamak, macam mana ni? Aku ni tak pandai nak bersastera, bermadah bersemi, Geografi pula dengan angin monsun,barat daya… Aduh Saleha la aku! Sejarah pula,oH, NO!  Bahasa Melayu, Arhhhh…..! Susah ni.. tambah-tambah aku tak minat langsung dengan subjek Geografi dan Sejarah. Boleh ke aku nak belajar subjek- subjek ini.. Apa yang aku nak buat? Pilih lagi.. bukan senang nak pilih, masa soal masa depan aku. Aku tahu ukur baju di badan sendiri. Macam ayat pasrah je kan.. huhu….Boleh ke guna peribahasa ni ukur baju di badan sendiri..? maksud, aku ukur dulu kemampuan aku sama ada aku dapat ke tak nak belajar dalam bidang sastera, nak  teruskan belajar dalam bidang Sains aku dah tak mampu. 

Akhirnya, aku belajar dalam tingkatan enam dengan mengambil subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan dan Geografi. Cita-cita aku sebelum itu, adalah nak menjadi seorang lawyer,tapi aku fail in history! Dah macam-macam cara aku cuba, buat mind maps, baca buku komik sejarah, aku dah open minda aku untuk berminat dalam sejarah. Aku save as dalam memory, sejarah mesti dapat A,  tapi bila exam dah dekat, aku open file.. rupa-rupanya document aku dah diserang virus. May be minda aku dah disekat untuk menerima sejarah.  Takkan sejarah tu virus? Ish… takkanlah.. aku sendiri yang lambat loading, dan selalu sangat pending time cikgu ajar sejarah.

Friday, May 18, 2012

Rasa pahit itu MANIS



Satu ketika... 
aku merasakan jalan itu 
sangat jauh dan sukar utk aku capai..
'maybe' aku terlalu asyik dan leka, 
sehingga tiada sinaran utk ku lagi...
Namun,
 masih terbit kerisauan dalam hati.. 
anxiety yg positif!!!
dan kerana itu.. 
DIA menemukan aku dengan mereka.. 
yang sangat osem..! 
siyes osem! * inche gabbana cakap osem..






Indah dan manis.. 
pahit dan payah itu pasti ada....
ku lihat ia satu cahaya yang cerah...
sinarannya mendamaikan kalbu
sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata saat  itu...
bibir ini menjadi saksi aku sedang tersenyum 
tika memori indah manis bercampur kelat kopi..
 yang sememangnya best.. best!!

sememangnya muslimah yang ku sayangi.. 
sama2 rasa apa yang kurasa..
semua orang mengharapkan perkahwinan 
yang bahagia seumur hidup
nak kawin sekali sahaja seumur hidup!!
saat itu manis..



aku rasa nak berkali-kali 
bukan kawin berkali2..
tapi..
ingin bersama mereka berkali-kali
bukankah ia lebih manis..
saat itu tidak aku berulang lagi
selagi memori ini masih dalam jagaan-NYA,
insyaALLAH ia akan diingati

yang manis dan pahit itu mesti ada..
hebatnya ukhwah!!!!





hinggakan ini yang kurasakan..
ukhwah yang ikhlas bertunjangkan akidah..

jalanku bukan satu, kiri kanan pilihanku..
lirik ke kanan, susah dan payah..
toleh ke kiri, suka dan asyik..
inikah jalanku?



yang indah itu
 tak selalunya indah..
yang pahit itu 
pasti penghujungnya manis
Cahaya itu petunjuk
Guideline untuk aku

aku baru mula bertatih..
aku akan cuba bertatih..
kadang-kadang aku akan letih..
aku perlukan KAMU.. ya ALLAH..
Pandulah aku YA RABB, 
iringilah aku ke jalan-MU
jalan yang ENGKAU redha







Sunday, May 13, 2012

Kisah Zinnirah


Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...