Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Monday, April 22, 2013

Misteri Piramid di Tasik Chini, Pahang


MISTERI PIRAMID DI TASIK CHINI, PAHANG

Menurut laporan News Straits Time pada 10 Disember 2007 telah melaporkan bahawa terdapat piramid berdekatan Tasik Chini di Pahang. Piramid tersebut yang kini menjadi sebuah bukit yang dipenuhi hutan belantara berkemungkinan dibina pada kurun ke-12 oleh empayar Khmer kuno yang memerintah dari tahun 802M hingga 1432M dan berkemungkinan piramid ini merupakan peninggalan terakhir sebuah bandaraya kuno empayar Khmer kuno yang tenggelam di bawah aras laut sewaktu kurun ke-15. Kini kawasan di sekitar bukit tersebut telah diterangkan untuk memberi ruang kepada aktiviti pertanian di sekitar. Beberapa serpihan mangkuk porselin telah ditemui di sekitar bukit tersebut dan menguatkan lagi bukti bahawa kawasan tersebut suatu masa dahulu merupakan sebuah kawasan peradaban yang pesat. Ianya berkemungkinan sebuah bandar yang wujud sewaktu kegemilangan empayar Khmer (Kemboja). Menurut catatan sejarah, ibukota empayar Khmer ialah di Siem Reap dan berkemungkinan di Tasik Chini kini merupakan antara kota jajahan takluk empayar tersebut.

Menurut penduduk tempatan iaitu Ahmad Najib, 57 dan isterinya, Pauziyah Abdullah, 49, mereka pernah menaiki kenderaan mereka melalui kawasan sekitar bukit tersebut dan mereka menemui beberapa kawasan tanah jerlus seakan-akan terdapat ruangan kosong di bawah tanah sehingga menyebabkan tanah di kawasan tersebut jerlus.

Pada 1998, Professor Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang merupakan salah seorang dari penyelidik di UKM telah menjalankan ekspedisi kajian di sekitar Tasik Chini tersebut. Namun setelah ekspedisi selama 2 minggu diadakan, mereka terpaksa memberhentikan ekspedisi kerana kekurangan peruntukan kewangan. Namun apa yang menarik mereka memberitahu mereka sempat menggali di sekitar pinggir Tasik Chini dan mereka menemui sebuah bongkah batu besar yang tertimbus separuh di dalam tasik dan separuh di daratan. Menurut beliau, berkemungkinan piramid tersebut kini berada separuh di bawah tanah dan di dalam Tasik Chini.

 Sebuah bukit di sekitar kawasan Tasik Chini, Pahang



Sebuah lagi struktur bukit yang tirus di hujungnya seakan-akan sebuah piramid dengan struktur yang sedikit pelik berhadapan dengan Saufiville Resort, Janda Baik, Pahang.



 Piramid Di IRan

Piramid di Mesir

Piramid di China


Gunung Balokong Indonesia

Asal usul Melayu dari Bani Israil?


Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.  " [7:160]


Baru-baru ni saya dikejutkan dengan sebuah artikel yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kalangan Bani Israil.
Di dalam al-Qur'an ada menyatakan bahawa Bani Israil terbahagi kepada 12 puak.
Setiap nama puak itu diambil daripada nama Yakub (Israil) a.s..
Nama-nama puak dari kalangan Bani Israil ialah:

1. Rubin.
2. Simeon.
3. Lawway.
4. Yahuda.
5. Zebulaon.
6. Isakhar.
7. Gad.
8. Dann.
9. Asyer.
10. Naftali.
11. Yusuf (diambil dari nama anak Yakub a.s. yang ke 11 iaitu Yusuf a.s.).
12. Benyamin.

Menurut kitab Yahudi kuno, salah satu dari puak tersebut telah didapati hilang dan mereka ialah dari keturunan Yusuf a.s.. Mereka mendapat petunjuk Allah serta memeluk agama Islam. Mereka yang akan membunuh Yahudi Zionist di Palestin.
Yusuf a.s. mempunyai dua orang anak, iaitu Manasseh dan Ephraim. Menurut kitab Yahudi kuno yang lain, ada yang mencatatkan bahawa golongan Manasseh yang akan menyembelih Yahudi jahat di Palestin.
Pengkajian Yahudi telah membuktikan bahawa terdapat banyak golongan Manasseh di sebelah timur. Antara negara tersebut ialah Afghanistan, utara Pakistan (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Menurut seorang professor Amerika, Ralph Olssen, ibu segala keturunan Manasseh ialah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Kalau berpandukan kitab Yahudi kuno, puak Bani Israil yang hilang dari kalangan Manasseh yang akan berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan akan menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan akan memadamkan negara Israel dari peta dunia adalah orang-orang Melayu.

Mengikut Book of Mormon, sebahagian daripada Semenanjung Melayu (termasuk Selatan Thai) ialah dari kalangan Bani Israil, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu dari Manasseh).

Menurut kajian DNA yang dilakukan ke atas 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israil.

Siapakah Melayu? Apa hubungan Melayu dan Yahudi? Adakah Melayu ini bangsa terpilih?
Baca selanjutnya di sini. 

Sunday, April 14, 2013

Air mata berbicara

Air mata berbicara

Bila hajar teliti dan mengingati kembali.. bermula hujung tahun lepas dan hingga masa ni. *tak semua, tapi kebanyakan .. hajar tidak menyalahkan persekitaran , tiada siapa yang perlu dipersalahkan ,kerana kita berbeza, ya.. hajar terima, tapi adakah kerana kita berbeza fikrah, perlu menyekat apa yang hajar lakukan.. hajar jelas apa matlamat hidup hajar...

Allah,  bersyukur dan koreksi diri, aku menangis kerana gusar jika tidak istiqomah dalam perjuangan.. moga air mata yang mengalir ini tidak sia-sia.

Ya Allah.. tidaklah kesedihan ini datang sendiri tanpa keizinan dariMu.. 

Ya Allah, hamba pasti ini adalah jalan yang terbaik buat hamba,
kerana ini adalah jalanMU..

Berikan hamba kekuatan, kerana hamba tidak kuat untuk menahan semua ini..

hamba bersyukur kerana air mata yang mengalir ini  adalah kerana air mata  perjuangan utk agamaMu..
semoga air mata ini tidak sia-sia..

Emosi jangan dituruti, selalu muhasabah diri, nafsu perlu ditentang, jihad diteruskan.

insyaAllah dengan izin Allah.

Benarlah bahawa jalan jihad ini bukanlah jalan yang mudah. 
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani). 
 29-1:  Alif, Lam, Mim. 


29-2:  Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? 


29-3:  Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.  


29-4:  Atau, apakah mengira orang yang mengerjakan kejahatan itu bahawa mereka akan mendahului Kami (Allah)? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu. 


29-5:  Sesiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya janji Allah itu pasti datang. Dan Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui). 


29-6:  Dan sesiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya) daripada sekalian alam.  


29-7:  Dan orang yang beriman dan beramal salih, benar-benar akan Kami (Allah) hapuskan daripada mereka dosa-dosa mereka, dan benar-benar Kami (Allah) berikan mereka balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.


Surah Al-Ankabut (labah-labah)

Monday, April 8, 2013

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:


"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Friday, April 5, 2013

Moment Indah..

Alhamdulillah.. bersyukur tidak terkira, satu perasaan damai yang tidak dapat digambarkan.. Qi ingin rakam moment indah ini dalam fikiran Qi, supaya bila Qi sentiasa ingat bahawa Allah sangat sayangkan Qi.. Memang Allah itu bersifat Ar-Rahim.. Betapa Allah sayangkan hambaNya.

Qi ingin ke satu tempat... tempat di mana menjadi impian setiap orang yang beriman. Impian ini dah lama Qi tanamkan dan Qi letakkan di Facebook sebagai cover photo, di mana tempat yang Qi ingin pergi..
kenapa?

Qi rakam moment indah ini, Qi bayangkan QI sudah berada di tempat ini, QI melakukan tawaf, Qi cium hajar Aswad.. Allahu rabbi. Bila Qi ingat moment indah ini, Qi rasa sangat indah.. Subhanallah..

Alhamdulillah pada malam ni, Qi rakam lagi satu moment indah, Allah beri keizinan kepada Qi untuk bersama dalam jentera perjuangan untuk Islam.. apa lagi yang dapat Qi gambarkan..? pejamkan mata.. dan rakamkan moment indah.. 

Subhanallah.. Allah maha suci..

Kaabah aku datang! 




Sayangnya Allah pada Qi, Qi dapat mesej dari sahabat, esok pergi Lenggong tak?
Ana nak pergi.. tapi, ana tak de teman.. persoalan tinggal persoalan....Maaf.

Jom ke masjid, ada sesuatu yang ingin disampaikan.
Berita itu... Allahu rabbi.
Indahnya hidup berjemaah.. 
Moment indah ini Qi rakam 
Subhanallah.. Maha Suci Allah..
Terima kasih Ya Allah..
Maafkan diri ini jika tidak luhur dan lurus niat..
Berikan hamba kekuatan

Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata. Sekali kita berikrar utk menegakkan agama Allah, tunaikan janji kita.. Kita adalah anak panah Islam, campaklah kita di mana sahaja, kita tetap berjuang demi Islam.

Aku menang atau Syahid Siti Hajar
6/4/2013 - Perjuangan diteruskan.. insyaAllah malam ni satu tugasan selesai..! 
Syukur Ya Allah. 

Wednesday, April 3, 2013

Biasalah~ kembang kempis~ cerita lama~

.

.

.

.

dot! dot! dot!

.
.
.
dot! dot! dot!

kembang
kempis
kembang
kempis

kembang
kempis
kembang
kempis

.
.
. sekian . 

Kembang kempis..? apa ada dgn kembang kempis ni..
actually, ini adalah sebuah sajak yg bertajuk kembang kempis..

Assalamualaikum.
 inilah memory tika masa lalu, mana Qi form 6,
rindu zaman sekolah.. tugas Qi di sekolah,
 buat homework yg cikgu bagi,
stay back di sekolah sampai petang..
study malam2 sampai kul 2am.. 
pastu mak temankan Qi study,
waH! sekarang xde lagi semua ni.. kalau dah lewat malam, ayah cakap.. cukupla tu..
esok sambung pula...
latihan forum bersama team forum, study group.. 
rindu sangat nak jadi mc di tapak perhimpunan,
mencari pembuli sampai ke lubang cacing..
as a penolong ketua pengawas, Qi tak de la garang sangat.. 
bagi Qi, sekolah Qi tak de masalah sosial yang berat..
mungkin salah satu sebab sekolah luar bandar, 
kawat.. oh NO! hehe.. kurang minat kawat kaki, tapi Qi pernah menjadi ketua kompeni kepada 109 orang wira and wirawati satu masa dulu.. 
erm.. jangan pandang Qi sebelah mata ok.. dalam kelembutan ada ketegasan.. hekhek..! 

kalau ada pun.. masalah disiplin, rambut panjang, ponteng kelas, datang lambat, 
merokok, lari dari surau, bawa cd, warna rambut, masalah disiplin, cintan-cintun tu biasalah.. 
penegasan,,, biasalah? actually perkara sebegini tidak boleh dianggap biasa.. kerana akan memberi satu stigma kepada pelajar dan masyarakat.. oh.. xpe biasalah.. semua orang bercinta,, budak2 zaman sekarang semua macam tu..

hakikatnya... perkara seperti ni tak boleh berterusan diberi peneguhan sebagai perkara biasa, kerana lama kelamaan nilai ini akan diterima dan dianggap biasa dan tidak menjadi kesalahan utk bercinta, bertepuk tampar lelaki perempuan.. oh! this is so danger!

penjelasan perlu diberi kepada pelajar bahawa nilai yang mereka anggap biasa adalah salah dan agama Islam  melarang sebarang perbuatan yg menjurus kepada zina.

erm.. cerita tentang buli ni.. tajuk proposal Qi ialah Hubungan antara Buli dan Penghargaan Kendiri dalam Kalangan Mangsa Buli... dan insyaAllah, Qi akan specifickan lagi utk pelajar yg tinggal di asrama..

Masa semester 4, Qi pernah diminta utk menyediakan beberapa poster berkaitan Stop Bullying!! Ketua Jabatan minta Qi sediakan.. dan di sini, Qi nak explore lagi tentang buli..

sebagai proposal

pernah jadi mangsa buli..? seingat Qi masa QI belajar dulu, kes buli ni tak de sangat.. biasanya selalu dengar buli di asrama, senior buli junior.. macam2 cerita Qi dengar.. 

tapi kan... apa sebab junior tak berani melaporkan kepada pihak atasan, contoh guru.. dan kenapa kes buli terus berleluasa? why? di mana cikgu? warden? i'm sorry to say.. berasa sangat empaty dgn mangsa buli.. bayangkan jika perkara itu berlaku kepada diri kita, or kakak or adik kita sendiri...

Say no to BULLY! I love Malaysian! 
Salam Kasih Sayang
QI aka Siti hajar Aliyais
4/3/2013 - 1.33am KHAR BLMT

Monday, April 1, 2013

Cerita pasai kawin

Salam kasih sayang :)
readers! ni hao ma? semoga sihat dan baik2 sahaja.. 
Qi nak kongsi tentang kisah cerita yang asyik disoal bila umur dah 23 tahun, balik kampung soalan-soalan yang kerap diaju.. 

21/11/1990 aku dilahirkan, semasa umur 4 bulan di alam rahim ibu, semua perkara tentang diriku telah Allah tetapkan, hidup, mati, jodoh, rezeki... itu sudah tertulis buat setiap hamba-Nya. Janji Allah itu pasti. 

Selalu cuti semester tempat first yang dituju mestila rumah yang terchenta kan.. Kali ni, cuti semester 2 bulan, tapi duduk rumah seminggu sahaja. So, bila dah blik kampung ni, ambik peluang ikut ayah p masjid, kalau tak sempat jalan kaki pi surau yang dekat dengan rumah tu.

Bila di surau.. mak cik-mak cik yang ada, tanya...

eh.. hajar,bila balik..?

baru semalam tok cik..
ooo.. bila nak kawin? dah ada orang ke?

aku tak tahu nak jawab apa.. 

he.. ngaji tak habis lagi ni tok cik.. 

esok... pergi surau.. soalan sama jugak yang diaju, tapi mak cik yang lain pula yang tanya...

aku?.. balik rumah... selepas solat isya'

Mak.. orang kat surau, awat suka tanya bila cheq nak kawin..? 

kawin, kawin.. kawin.. pergi kampus pun.. cerita sama,  balik kampung pun sama..

Aku tak marah or salahkan mereka, tak mengapa mereka nak aju soalan, aku tahu, aku jawab.. kalau aku tak tahu aku tak jawab.. lagipun, mungkin usia hajar, 23 tahun.. eih.. 23 ke.. baru 22 tahun 5 bulan.. adalah perkara yang sinonim buat masyarakat untuk aju soalan begini. ikut zaman mak,time aku ni dah ada anak 2-3 orang dah rasanya.. 
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

soal kawin ni bukan perkara main-main..
baru-baru ni mak call.. aku tak jawab, sebab ada dalam kelas.. risau betul aku bila keluar and belek hp tengok banyak sangat miscalls dari mak.. 

so, aku call mak.. mesti ada benda penting yang mak nak bagitau aku..

Assalamualaikum.. mak, maaf sangat, tadi hajar ada kelas... silent hp. 
Selalunya, kalau time meeting apa-apa.. kalau tertera no hp ibu yang call, mesti aku bangun dan jawab panggilan ibu..

mak bagitau, ada orang nak datang rumah merisik anak mak.. 

ha? merisik anak mak.. mak hani baru je lepas SPM, takkan dah ada orang nak masuk merisik dia.. 

bukan hani, tapi hajar la..

ha? merisik hajar.. terkejut aku time tu..

spontan dari mulut aku..

mak tolong mak, hajar tak nak lagi, bukan sekarang, hajar nak belajar dulu,

ye.. mak tahu , mak pun nak anak mak habis study dulu..

habis tu?

depa sanggup nak tunggu anak mak blaja bagi habis...

Allah... mak tapi...

tapi.. apa? dah ada pilihan sendiri ke?

tak juga... kan hajar dah cakap.. hajar pemalu,  tapi bukan sekarang..tunggu seminggu lagi hajar bagi jawapan... 

ye.. tapi, nanti cuti mid sem bulan enam ni balik kampung la..

insyaAllah..

perbualan 3 minggu yang lalu dengan mak..
bukan lagi masanya... 

reaksi pak dak bila tahu tentang hal ni.. 
*hajar tu jiwa dia Islamic, kalau tak masuk dengan jiwa dia, boleh sakit jiwa si hajar tu.. 

mak faham aku macam mana, tapi mak tetap risau dengan aku yang sorang ni sebab tak de lagi hint-hint nak bagi mak menantu..pening juga aku..bila buat mak risau macam ni.. bukan tak nak, kalau dapat bagitau mak sekarang, pun hajar nak..asal mak tak risau.. tapi, belum tiba masanya, ha mungkin sebab tak de yang sesuai dengan hajar.. paras rupa bukan yang utama, bukan itu yang hajar cari...

pak dak yang aku sayang, memang memahami aku... mungkin aku berbeza dengan kakak dan hani, tapi inilah aku.. mungkin kita berada di rahim yang sama, aku tetap menolak percintaan sebelum berkahwin sejak di zaman sekolah hingga ke hari ni. Dan aku yakin dengan satu perkara, sehingga ke hari ini. Biarlah ia menjadi rahsia.

Tidak mengapa dikata sombong, jual mahal ke atau kolot oleh mana-mana pihak.. aku tahu apa yang aku lakukan.. kerana cinta itu suci dan tidak perlu kita kotori sebelum tiba masanya..

Siapapun dia, biar tidak berharta asalkan kaya dengan budi bahasa dan agama, itu sudah cukup bagiku.

Aku memilih?tak, aku cuma masih belum bersedia..   harap bersabar dengan diri aku.

Mak doakan anak anak mak berjaya ye.. dunia dan akhirat. Sayang mak fillah.. 

Persediaan untuk mensolehahkan diri, masih banyak kekurangan diri, belum cukup kuat untuk bertukar status lagi.. tipulah, kalau cakap tak nak kahwin, nak.. tapi bukan masanya lagi.. keyakinan, bila tiba masanya.. hanya Allah yg tahu.. siapapun dia, hanya Allah yang tahu... 

Berkahwin itu mungkin mudah, tapi persediaan untuk menuju ke alam perkahwinan itu?

Hajar sayang mak, 

Mak jangan risau, satu sahaja pinta dari anak mak..

DOAKAN KEJAYAAN HAJAR DUNIA DAN AKHIRAT.
redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa..


Dah bersedia ke nak mati? -_-

salam kasih sayang, 
Qi 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...