Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Thursday, April 28, 2011

Peritnya menahan cinta..



Manusia sentiasa mengejar dunia..
Perkara dalam gapaian telapak dunia..
Semata-mata kerana dunia..
Mereka lupa akan tarbiah..
Mungkin tarbiah  bukan segala-galanya..
Tetapi dengannya,
Syurga juga mampu kita tembusinya...

Peritnya menahan cinta..
Cinta anugerah Allah..
Kadang-kadang aku diajak berbicara soal cinta.
Bukan cinta kepada-Nya sebaliknya cinta kepada manusia..
Bukan aku mahu kukatakan yang sebaliknya..
Ya aku tak nafikan kerana cinta itu adalah anugerah yang terindah..

Mungkin kita tak pernah bersua.
Wah! Selamat..
Namun kita berbicara soal cinta di alam maya..
Sedar atau tidak..
Khalwat di alam maya..
Ku rasakan perkara itu sia-sia..
Mesej tentang cinta kita kongsikan ..
Untuk gembirakan hati yang dalam kekecewaan..
Biar Adam atau Hawa..
Semuanya tentang jiwa..
Jiwa kepada manusia..

Ku cuba untuk hindari..
Ku cuba untuk kembalikan jiwa,
Ku ingin bantu muslimah kesayanganku,
Sedarlah cinta itu tidak memberi faedah kepada dirimu langsung.
Malah membawa dirimu ke lembah kehinaan dan kehancuran..

Tanpa kita sedari..
Kita telah terjerat dalam langkah syaitan durjana..
Mungkin kita tak fikir... 
Itulah sehalus dan selicik-liciknya tipu daya syaitan..
Oh alangkah lalai..semuanya merugikan...

Sahabat maafkan aku..
Kutahu.. dirimu dalam kekecewaan..
Kuatkanlah dirimu.
Kerana cinta kepada manusia itu tak pernah kekal..
Tetapkanlah hatimu,
Berikanlah cintamu..
Jiwaku dan jiwamu kepada pemilik jiwa..
Pemilik segala jiwa..
Hanya dia yang selayaknya..

Wahai muslimah kesayanganku..
Allah telah tinggikan darjatmu..
Maka janganlah kau jadi seperti  bunga yang layu,
Yang akhirnya menyembah bumi...
Sedarlah engkau..
Kau sebenarnya mawar berduri..
Susah dimiliki dan digapai..
tak bisa digapai oleh tangan yang akan merosakkan dirimu..
hanya yang benar-benar beriman yang berani..

Wahai Adam...
Ingatlah ! 
Wanita itu adalah amanah buatmu,
Tanggungjawabmu 
Jagalah mereka sebaiknya..
Janganlah kau meragut maruah mereka sebelum 
tiba masanya..

Tahulah wanita itu lemah.
Akalnya senipis rambutnya...
Maka tebalkanlah dengan ilmu..
Selagi belum tiba masanya... 
Jagalah cinta suci yang Allah telah tetapkan buat kita..
Sayangilah dirimu... 

Peritnya menahan rasa cinta...
Moga kita berjaya..
Alangkah sayangnya Allah kepada kita..

Cinta itu harus fikir.. 
Fikir itu harus menggunakan akal..
Akal pula hanya akan mampu jika disirami dengan keimanan
Kuatkanlah hati..
Teguhkanlah perisai keimanan..
Moga kita akan menjadi muslim yang lebih baik..
Insya-Allah..


Salam kasih sayang..
Qaseh irsalena..






KERANA AWAK.......


YA ALLAH
 SAYA TAKUT AWAK...
SAYA TAKUT SANGAT
SAYA TAKUT NAK JUMPA AWAK..
YA SEBAB SAYA BELUM BERSEDIA

AWAK 
AWAK NAK TAHU TAK SEBELUM SAYA NAK JUMPA AWAK
BANYAK BENDA SAYA NAK KENA ‘COVER’
YA...
SEBAB ILMU SAYA TAK CUKUP LAGI  AWAK

AWAK...
SAYA TAHU TAKKAN LARI GUNUNG DIKEJAR
AWAK TAKKAN KE MANA-MANA
KERANA ALLAH TELAH TETAPKAN KITA AKAN BERSUA JUA
DAN MASANYA MAKIN HAMPIR AWAK
TAPI SAYA MASIH BELUM BERSEDIA

AWAK..
SAYA TAKUT SANGAT-SANGAT..
AWAK..
 AWAK TAHU TAK KERANA AWAK.
SAYA SANGGUP TAK TIDUR..
SAYA MENELAAH BUKU SIANG DAN MALAM
SIANG MALAM SAYA FIKIR AWAK JA
HATI SAYA BERDEBAR-DEBAR..
SEMUA KERANA AWAK..

YA AWAK ..
SETIAP KALI  SAYA NAK JUPA AWAK
SAYA MESTI AKAN MENGALAMI PERKARA YANG SAMA
KALI INI KALI KEDUA SAYA NAK JUPA AWAK SEJAK SAYA DI BUMI INI
SAYA BERDOA AGAR URUSAN SAYA DIPERMUDAHKAN 
 TIKA SAYA BERJUMPA DENGAN AWAK NANTI

SAYA TAHU AWAK
INSAN YANG BERSEDIA DAN BERSEDIA BERJUMPA DENGAN AWAK
ANGGAP ITU SEPERTI BERBULAN MADU
KAN BAGUS JIKA SAYA PUN SEPERTI MEREKA..

AWAK...

SAYA TAKUT AWAK...
JIKA SAYA TAK PERSIAPKAN DIRI SAYA
SAYA TAK NAK KECEWA BILA SAYA DAPAT 'FEEDBACK' DARI AWAK NANTI..
SAYA NAK GEMBIRAKAN SEMUA ORANG..
JIKA SAYA SENANG JUMPA AWAK NANTI ..
MAK DAN AYAH MESTI SUKA 

ALHAMDULILLAH..
MAK DAN AYAH SAYA SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK TIAP KALI SAYA NAK BERJUMPA DENGAN AWAK..
SETIAP LANGKAH SAYA DIIRINGI DOA MEREKA SEMASA SAYA NAK JUMPA AWAK..
DAN SAYA BERSYUKUR AWAK..
TIKA SAYA NAK MENGHADAPI AWAK..
SAYA TAKKAN PERNAH MELUPAKAN KEPADA-NYA
TERIMA KASIH...
 SAYA AKAN BERJUMPA DENGAN AWAK.
DIA SENTIASA MEMBERI KETENANGAN KEPADA SAYA .
DIA PUN REDHA ATAS APA YANG SAYA LAKUKAN INI..
KERANA AWAK..
SAYA MENUJU KE JALAN-NYA..
SAYA SEDANG BERJIHAD..
SAYA MEMILIH
MENANG ATAU SHAHID...

YA ALLAH... PERMUDAHKANLAH URUSANKU UNTUK MENGHADAPI HARI ESOK..
PERMUDAHKANLAH AKU UNTUK MENJAWAB SEGALA YANG  DIPERSOALKAN
PERMUDAHKANLAH .. HANYA KEPADA-MU AKU BERGANTUNG DAN BERSERAH..

I TRY TO BE COOL... SEHINGGA ... SAYA JADI SEPERTI DI BAWAH 

SAYA JADI SEPERTI INI, SEBAB SAYA SEDAR USAHA SAYA SIKIT.. NASIB BAIK ALLAH MASIH SAYANGKAN SAYA... 

TAPI SAYA NAK CAPAI...KEJAYAAN


DAN SAYA SEDAR SAYA YANG MEMILIH...

            KE MANA JALAN SAYA? SYURGA @ NERAKA?

SEMUANYA BERMULA DARI SAYA

RAFA'KAN DOA KEPADA-NYA

SEMOGA USAHA YANG SAYA LAKUKAN SELAMA INI.. AKAN BEROLEH KEJAYAAN..!
KUATKAN SEMANGAT HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR..


P/S : PASAKKAN SEGALA KERANA ALLAH, BUKAN KERANA AWAK..BUKAN KERANA SAYA..SAYA SILAP AWAK..TAPI SAYA AKAN BUAT YANG TERBAIK KERANA MEREKA...MEREKA YANG SAYA SAYANG.. DAN LEBIH MANIS KERANA ALLAH TAALA..KADANG-KADANG SAYA TAKUT SAYA BERLAKU DUSTA ATAS KATA-KATA SAYA..SAYA AKAN DIPERSOALKAN ATAS SEGALA-SEGALANYA YANG SAYA LAKUKAN KELAK..
ITULAH UJIAN YANG PALING BESAR DALAM HIDUP SAYA SETELAH SAYA MENINGGAL KELAK..

DAN AWAK
SAYA HARAP SAYA BERSEDIA UNTUK BERJUMPA DENGAN AWAK SATU HARI NANTI..
PADA TIKA ITU.. JIKA SAYA TIDAK BERSEDIA.. SAYA ADALAH MANUSIA YANG PALING RUGI.. RUGI.. RUGI..

SAYA SANGGUP KERANA AWAK.. SAYA TIDAK TIDUR.
MEMBACA SURAT-SURAT CINTA YANG AWAK BERIKAN KEPADA SAYA...
KERANA AWAK...! KERANA AWAK! 
SAYA SANGAT MENCINTAI AWAK ..
KERANA AWAK TAK PERNAH MELUPAKAN SAYA..
APATAH LAGI MENGECEWAKAN SAYA..
TIKA SAYA KESEDIHAN, KERESAHAN..
AWAKLAH TEMPAT SAYA MENGADU..
AWAK JADIKANLAH SAYA HAMBA YANG SENTIASA BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG AWAK BERIKAN...


YA ALLAH.. 
YA TUHANKU..
DI KEHENINGAN MALAM..
TAFAKUR DIKESYAHDUAN..
MERINDUI JANJIMU TUHAN.
KU TITISKAN AIR MATA..
TAUBAT SEGALA DOSA..
MOGA TERANGKAT PENGHIJAB KALBU
ANTARA KAU DAN AKU...


Salam kasih sayang..
3-2-7 
28/04/2007 6.58pm..
Selamat berbuka..
 Qaseh Irsalena..


Sunday, April 17, 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Assalamualaikum...apa khabar?? Semoga sihat hendaknya.Alhamdulilah Qi bersyukur sangat kepada Ilahi kerana masih boleh terus menghirup udara yang segar, dikelilingi oleh keluarga yang menyayangi QI,bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang saling memperingati,masih diberi tenaga untuk melangkah mencari cahaya.Moga hidup kita sentiasa disinari oleh cahaya keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya.Qi bersyukur kerana dapat berkongsi cerita dengan sahabat.Kiranya blog ni juga tempat untuk Qi meluahkan apa yang tak terluah di peti suara ini.Moga cerita-cerita yang bakal Qi coretkan dalam teratak ini memberi keberkatan buat Qi dan sahabat.=)
Hari ini QI telah ditakdirkan untuk membaca satu artikel yang benar-benar membuatkan QI terkesan dan berfikir.Nak tahu tak apa tajuk artikel tu..?Tajuk artikel tu,Apa yang tinggal untuk kita?
Iya apa yang tinggal untuk kita..? kalau-kalau esok ruh sudah berpisah dari jasad,dan mungkin sekejap lagi kita mungkin sudah tidak bernyawa.Yakinkah ?? 100 peratus mengatakan esok sahabat akan bangun dari katil..? yakinkah,masih ada esok untuk sahabat? Adakah sahabat-sahabat sudah bersedia untuk menghadapi kematian? Sudah cukupkah amalmu? Sempurnakah solatmu? Bagaimana hubungan dengan ibu bapamu,gurumu,saudaramu..dan Penciptamu?
Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga hal
(1) Sedekah jariyah,
(2) Ilmu yang bermanfaat
(3) Anak saleh yang mendoakannya
–Hadis Riwayat Muslim
QI baru berumur 20 tahun, jika ditakdirkan hari ini QI meninggal, peluang (3) sah-sah bukan milik QI. Peluang (1) ? Mudah-mudahan ada, insyaAllah. Hanya peluang (2) yang mampu QI manfaatkan sebaiknya hari ini, sekurang-kurangnya sempat QI sampai walau hanya satu ayat, walau hanya melalui internet.
Mungkin ini adalah satu medan yang boleh QI gunakan untuk berkongsi ilmu dan memanfaatkan ilmu. Media baru seperi Facebook, Twitter, blog etc.. adalah antara cara yang cukup efektif untuk kita memanfaatkan peluang sementara masih jantung berdegup.Nak ikutkan kudrat ke medan perang tidakku mampu ,=) Insya'allah semoga dapat berkongsi ilmu bermanfaat di medan Ilmu..=)
sahabat2 ^^, mari kita sedekahkah Al-Fatihah buat semua saudara-mara kita yang telah ke rahmatullah ... ...........AL-Fatihah......


Amin Ya RAbb...
Syukran Jazilan Kasira.
Salam Kasih sayang...QI =)

KHAR

Friday, April 15, 2011

exam schedule ^^,

assalamualaikum.. apa khabar smua? semoga dalam rahmat yang Maha Esa.. alhamdulilah, Qi sihat dan mengharapkan semua sahabat juga berada dalam keadaan sihat dan bahagia ^^, semoga famili d kampung juga sihat ..AMIN :)


semester dua makin hampir dengan penghujungnya dan dalam beberapa hari lagi , tibalah 'exam'. Bagaimana persediaan sahabat2? Sudah mantap? Insya-Allah semoga sahabat-sahabat semua dapat menjawab dengan tenang dan dimudahkan urusan oleh-Nya.. Qi, juga mengharapkan keputusan pada semester ini lebih baik dari semester lepas. Moga berjaya!!! ^^, 

My schedulle, semua sahabat2 skrg dlm mood exam, sayang2 semua, study2 juga, kesihatan pun perlu dijaga.
p/s : pesanan buat diri sendiri juga :))





Exam Schedule
Semester 2 Sesi 2010/2011
CodeDescDateTimeVenueSeat
1KKH3033Kemahiran Asas Kaunseling20/04/201102:30 PMPC 0720
2KKD3023Penyelewengan Sosial dan Delinkuensi Remaja21/04/201109:00 AMANJUNG 120
3KKT3053Perkembangan Personaliti22/04/201103:00 PMPC 1914
4KKP3022Pengurusan Stres27/04/201102:30 PMDP23
5HNS2013Kenegaraan29/04/201109:00 AMDP72
6FMW3032Wacana Akademik Bahasa Melayu29/04/201103:00 PMSITC282
7KPF3012Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar30/04/201102:30 PMSITC297
8CSP2071Olahraga No Final Exam
9CUL2011Silat Cekak I No Final Exam
Exam Sli





Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal 


Salam kasih sayang ,
12.08 pm, 16/04/2011
Perpustakaan Tuanku Bainun.
UPSI

Tuesday, April 12, 2011

Perjalanan Menuju Rahmat Tuhan

Ku tahu jerit payah perjalanan,
Penuh liku-liku dan ranjau dalam kehidupan,
Andai badai bersama ombak di lautan,
Mengganggu perjalanan,
Tabah dan teguhkanlah keimanan,
teruskan   perjuangan,
Menuju rahmat Tuhan

Musafir di bumi Tuhan,
Menantinya dengan kesabaran,
Hadirnya dengan keikhlasan,
Menerima segala yg diperdugakan,

Kerana kepastian,
Dirinya adalah keyakinan,
buat bidadari kurniaan Tuhan,
Satu penantian, 
Sejuta kerinduan dan harapan,
Membawa cahaya menerangi alam kehidupan,

Musafir di bumi Tuhan,
 kusampaikan pesanan dan harapan,
Tinta suciku menjadi mujahid sejati ,
Tabah dalam ujian Tuhan,
carilah kekuatan dan keberkatan,
Dari Pencipta Rahmatnya  seluas lautan,

Biar siapa pun dan rintangan yg mendatang,
teruskan perjuangan,
Andai badai bersama ombak di lautan,
Payungilah dirimu dengan keimanan
Terus dan tabahlah dalam perjalanan,
Menuju rahmat Tuhan

biar setinggi mana ombak melanda,
biar seganas mana badai Masalah menghempas,
tanamkanlah sauh Ketetapan Hati agar kapal tak berganjak haluan,
biarlah badai dan ombak itu pergi begitu sahaja
tanpa mencalarkan walau sedikit pun badan si kapal
yang telah tetap haluannya..

mari kita hayati this song.. istiqarah cinta. :)






3-2-7 (KHAR)
UPSI
1.06 am / 12/4/2011

Salam kasih sayang :)
Wasalam

Firman Allah s.w.t dan Hadis Nabi S.a.W berkenaan AURAT ^^,

Firman Allah S.W.T : “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (bersyukur)." [Surah Al-A’raaf : Ayat 26

1. BULU KENING -- " Rasullulah S.A.W melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." [Hadith Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.] 

2. KAKI (Tumit kaki) -- Firman Allah S.W.T : " Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.)" [Surah An-Nur:31]. 

3. WANGIAN -- " Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." [Hadith Riwayat Nasaii,Ibn Khuzaimah dan Hibban.] 

4. DADA -- Seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya melepasi dada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman; 

Firman Allah S.W.T : " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga melepasi dada mereka. " [Surah An-Nur : 31]


5. GIGI -- " Rasulullah S.A.W melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya berdasarkan hadith Sabda Baginda S.A.W : "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.] 

6. MUKA DAN LEHER -- Firman Allah S.W.T : "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu."

7. MUKA DAN TANGAN -- Aisyah r.h meriwayatkan, bahawa saudaranya Asma Bt. Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Kemudian baginda S.A.W berpaling dan mengatakan, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." [Hadith Riwayat Muslim dan Bukhari] 

8. TANGAN -- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". [Hadith Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.]

9. MATA -- Firman Allah S.W.T : " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." [Surah An Nur : 31] 

Sabda Rasulullah SAW : “ Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." [Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.]


10. MULUT (SUARA) -- Firman Allah S.W.T : "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." [Surah Al Ahzab: 32] 

Sabda Rasulullah S.A.W : "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." [Hadith Riwayat Ibn Majah.]


11. KEMALUAN -- Firman Allah S.W.T : “ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " [Surah An Nur : 31] 

Sabda Rasulullah S.A.W : "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." [Hadith Riwayat Al Bazzar] 


Sabda Rasulullah S.A.W : " Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." [Hadith Riwayat Tirmidzi,Abu Daud dan Ibn Majah] 


12. PAKAIAN -- Tabarruj bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang. 

Firman Allah S.W.T : “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu ber-tabarruj seperti orang-orang jahiliyyah pertama.” [Surah Al Ahzab : 33]


Sabda Rasulullah S.A.W : "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan (tabarruj), maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." [Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah] 

Firman Allah S.W.T : "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat (Wanita yang berpakaian nipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.) Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.] 


Firman Allah S.W.T : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al Ahzab : 59]


13. RAMBUT -- Rasulullah S.A.W bersabda : " Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Aurat wanita agak rumit dan berubah mengikut situasi : 

- Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut. 

- Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak

tangan. 

- Dihadapan mahram (saudara lelaki rapat),seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. 

- Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam. wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. 

- Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Salam kasih sayang,
3-2-7 - KHAR

Detik waktu ^^,



Detik Waktu

Detik waktu itu,
Ku pegang erat  dengan penuh kecintaan,
Ku dakap tubuh dengan penuh kesyahduan,
Ku bersyukur atas kurniaan Tuhan,
Namun  masa dan persekitaran,
Terpaksa ku tinggalkan ,

Detik waktu ini,
hati menjadi kerinduan,
Wajahmu memberi kekuatan,
tawa,senyum dan gurauan,
bermain dalam fikiran,
Ku tatapi jernih wajah kesucian,
Ciptaan Tuhan tiada bandingan.


Sunday, April 10, 2011

Lesung Pipit.. ^^, yang UNIK

Assalamualaikum.... apa khabar semua? Moga sentiasa sihat dan bahagia selalu. Alhamdulilah, Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat kolej2 kediaman telah tamat semalam. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dlm menjayakan MTQ. Apa yang ingin QI kongsikan di sini ialah berkaitan dengan lesung pipit. Sambil menunggu VIP/ tetamu jemputan keluar dari bilik makan, terjadilah dialog antara Shima dan Qi...^^,
Shima : kakak cacat rupanya...

Qi : cacat?  ( kenapa dia cakap sy cacat). Kak cacat? Kenapa shima cakap cam tu??
Shima : sebab kakak ada lesung pipit.
Qi : ada lesung pipit tu cacat ea... kak tak tahu la plak ( sambil tersenyum)
Shima : Ya...
Qi : menarik ni.. ce citer...
Shima : tapi , shima tak tahu sangat, shima bukan student bio..
Qi : Ok.. ^^,
.........................................................
Disebabkan kata2 tu.. Qi pun tak sabar nak cari fakta tentang lesung pipit yang cacat ni.. Buat mereka juga yg mempunyai lesung pipit, tu janganla sedih, perkataan CACAT tu kita tukar kepada UNIK ea..instead of cacat. OK J W/pun pernah blaja subjek bio time form dulu, xde pula kita bercakap tentang alir2 berkaitan dengan lesung pipit ni. Mungkin sudah ramai yang tahu lesung pipit ni sebenarnya memang disebabkan kecacatan pada otot di muka.. Ok ini apa yang Qi dapat fakta2 menarik tentang lesung pipit/dimple.. J Ok Macam mana lesung pipit terjadi?

Lesung pipit boleh terjadi apabila otot zygomaticus utama yang terbentuk lebih pendek daripada ukuran sebenar, ataupun otot ini terbelah menjadi dua. Ketika seseorang senyum atau ketawa maka akan ada daya tarik kulit yang akan menghasilkan lesung pipit (efek penarikan kulit tersebut).


focus on Zygomaticus Major

....anatomically, lesung pipit (dimple) adalah sejenis kecacatan. Tapi jangan rendah diri, sebab masyarakat sekeliling berpendapat lesung pipit adalah suatu anugerah untuk orang yang terpilih untuk kelihatan lebih sweet..




 Lesung pipit ni boleh jadi pada sesiapa saja ke?


Tak jugak. Menurut kajian yang dah dijalankan, lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik. Dan lebih menarik lesung pipit adalah gen yang dominan. Maksudnya, kalau mana-mana pasangan yang salah sorangnya ada lesung pipit, anak yang bakal lahir akan ada possibility untuk dapat lesung pipit sebanyak 20-50%!

alau  dua parents ada lesung pipit,chances untuk anak ada lesung pipit  50-100%.
 k


Mudahnya,Lesung pipit ni terjadi sebab otot kat pipi kita ni meregang bila senyum dan menolak pada kulit..maka terhasillah lesung pipit..bila tak senyum,otot pipi dalam keadaan rehat so lesung pipit pun tak ada.

Selalunya bayi dan orang muda akan ada lesung pipit ni..


 dan dikatakan insan yang mempunyai lesung pipit, kelihatan 'baby face' so, bersyukurlah dengan Kurnian Ini.. UNIK vs CACAT..

Images of Dimple.. ^^,


 cantik kan.. :)

 nice kan..:)

 comel kan.. :)

sebelum dan selepas melakukan pembedahan di pipi.. nak juga ada lesung pipit ^^,



Sebelum Qi mengundur diri, terimalah serangkap pantun..hehhehehe.. (skema kan ayat)

 manis senyuman penyeri wajah,
lesung pipit ciptaan Allah, 
w/pun cacat tapi indah,
so, bersyukurlah Alhamdulilah... :)



 actually, lesung pipit bukan sahaja terletak di wajah, ada juga d tempat lain.. tot ^___^

sekian, wassalam.. :)


Salam kasih sayang ,
3-2-7 KHAR,
UPSI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...