Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Sunday, January 6, 2013

Dosa aku dengan ibu. maafkan aku ya ibu..



Ibu... selama aku hidup di dunia, 

aku tak tahu saat mana aku menjadi kurang ajar 

dengan tutur kataku..

namun, dalam tutur bicaraku..

aku percaya mesti ada yang membuatmu terguris

 aku sering call.. sebab aku nak sedapkan hati aku..

sebab rasa bersalah yang terlalu menghantui diriku..

aku tak jujur dengan kata2ku..

helah aku gunakan

ibu.. helah2 tu untuk ibu jangan risaukan diriku..

bu.. jangan la risau..xde pape la... 

sampai satu masa.. aku takut dirimu risau lagi..

aku cakap tak.. sedangkan yang hakikatnya adalah YA..

Sebelum exam... aku call ibu...
ibu.. minta maaf sangat2 selama hajar hidup hingga ke hari ini,
kalau2 buat ibu terasa..

aku mendengar tiba2 suara ibu jadi sebak.. mungkin sebab aku minta maaf dengan bersungguh2.
bersungguh2 aku menyatakan maaf kepadamu..

selama ini.. maaf yang aku pinta, ada sedikit gelak tawa.. tapi kali ni tak.. sebab aku rasa bersalah sangat..

tahu.. kdang2 hajar ni degil.. hajar nak juga yakinkan ibu..
kalau ibu cakap tak boleh.. nak juga hajar pujuk sampai ibu cakap boleh...

Jahatnya anakmu.. 
ibu.. betapa sayang engkau.. kerana aku tahu.. tidakmu itu adalah kerana kebaikkan ku jua
tidakmu itu kerana engkau risaukan aku..

redhakah ibu? dengan apa yang aku lakukan ini...? Allah..
sesungguhnya keredhaan Allah terletak kepada redhamu ibu

lalu ibu.. aku berterus terang.. fahamkan ibu.. secara perlahan2.. dengan menggunakan kemahiran kaunseling yang aku belajar di dalam kuliah..

aku pujuk ibu.. aku jelaskan kenapa aku perlu buat itu .. kenapa dan kenapa..

aku tahu.. ibu risau.. dalam tidakmu itu adalah dimulutmu.. tapi hatimu aku percaya.. adalah YA.. kerana dengan doamu ibu.. aku dalam penjagaanNya..

dalam doamu ibu.... dalam doamu ibu.. duhai ibuku yang tercinta.. maafkanlah anakmu yang kadang2 terlalu keras kepala... yang kadang2... tak mendengar kata... selama ini......

Ya Allah Yang Maha Penyayang.. Ampunilah dosa ibuku.. sejak ibu kecil sehingga ke hari ini.. aku menjadi saksi bahawa ibu adalah wanita terhebat yang mendidik aku.. Ya Allah... maafkan ibu.. Engkau masukkanlah ibuku ke dalam Syurga Ya Allah.. hindarilah ibuku daripada bahang api nerakamu..
Ya Allah... janganlah Engkau pesongkah hati ibuku setelah Engkau berikan hidayahMu kepada ibu..
Amin Ya Rabbal Alamin..





'MISSING LINK' aku hanya hamba

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah Ya Allah kerana memberi keizinan kepada aku untuk meneruskan hidup ini..

aku mencari sesuatu..'missing link' yang telah lama aku lupa
jauh aku melangkah.. dari bayi.. kanak-kanak-, remaja, akhir remaja.. alam dewasa....
22 tahun.. aku berjalan tapi ... malangnya aku tak kenal siapa aku sebenarnya..
bayangkan.. 22 tahun..
agak2nya apa yang akan aku terima bila ditakdirkan aku meninggalkan semua yang ilusi ini, dan kembali kepada realiti...

kesudahannya??
apa yang aku buat untuk Islam.. semasa aku di dunia ilusi .. kembali ke akhirat yang realiti nanti..
YA ALLAH..


aku tak salahkan ayah dan ibu..
aku menjadi saksi bahawa ayah mengajar aku solat.. ayah pimpin bacaan aku masa aku nak belajar solat..
ayah yang ajar aku mengaji, ayah kenalkan aku alif, ba. ta...
ibu selalu kucup kepala aku sebelum aku ke sekolah.. mendoakan kebaikan aku.. semua ibu siapkan..


dalam solat ibu, ibu tak pernah lupa untuk mendoakan yang terbaik utk aku.
Terima kasih ibu!!! sebab aku tahu doa ibu 'direct' terus dengan ALLAH..

...
aku , setiap hari dalam solat aku  berjanji denganMu.. bahawa solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untukMU..

bila aku dicampakkan ke alam ini, alam dunia yang memang fana, yang penuh dengan ilusi, aku telah lupa siapa aku yang sebenarnya..

aku lupa sebenarnya aku adalah hamba. Aku hanya hamba. Hamba kepadaMU..

aku jauh.. setiap hari aku mendengar Engkau memanggil aku, dengan suara Azan.. tapi aku endahkan suara itu.. bertapa aku telah jauh sehingga berlaku dusta dengan janji yang telah aku katakan itu..

Ya Allah.. masihkah Engkau sudi memaafkan aku, atas segala kekhilafanku ini..

Sampailah satu masa, Engkau menegur aku.. Engkau telah mengetuk pintu hatiku.. yang mana selama ini aku buta.. yang selama ini.. aku baca, tapi maksud itu belum sampai ke hatiku.. Al-Quran ini telah lama aku pegang sejak umurmu 5 tahun.. tapi... penghayatan itu belum sampai.. aku tak salahkan sesiapa.. salah aku.. sebab aku sendiri yang tak berusaha,

kata2Mu dalam surah As-Sad :72

"Kemudian apabila Aku telah sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan roh (ciptaan)Ku kepadanya; maka bersujudlah kepadaNya.

lalu, para malaikat bersujud kepadanya, kecuali iblis'

Siapa kita sebenarnya..?. sehingga Allah perintahkan malaikat untuk bersujud kepada kita?

Pelbagai persoalan timbul, mungkin dulu aku tahu,,, kita ni adalah manusia, yang Allah ciptakan untuk menjadi khalifah.. itu aku tahu.. aku percaya jika ditanya rata2 boleh menjawab sama seperti aku..
jujurnya, dulu aku tahu.. TAHU ok! masalahnya.. cuma sekadar tahu.. tapi takde penghayatan..
mungkin berbuih ustazah cakap. tapi.. tak sampai ke roh aku untuk sedar siapa aku sebenarnya...

akhirnya... alhamdulilllah.. betapa amazinggnyaaa ALLAH. SWT,  apabila mengingatkan siapa sebenarnya..

Allah izinkan aku untuk kenal kembali siapa aku..
Aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana mengizinkan aku untuk kenal siapa aku..
memberi kesedaran kepada ku bahawa Engkau sebenarnya tidak pernah lupakan aku..
terlalu banyak nikmat yang tidak dapat dihitung , dengan apa yang Engkau berikan,,

betapa kasihnya Engkau.. Tuhan Yang Maha Penyayang..

Ya Allah.. janganlah Engkau pesongkan hatiku ini, setelah Engkau berikan hidayahMu kepadaku..
Izinkan aku untuk terus berjuang untuk Islam agamaMu yang murni ini..

Ya Allah..
Alhamdulillah.. Maafkan aku Ya Allah.. jadikanlah aku hambamu yang ikhlas, yang redha, yang pasrah.. sepertimana aku selalu bertutur denganMu.. bahawa

Aku ikhlas
Aku redha
Aku pasrah
Islam sebagai agamaku..
menjadi hambaMu..

Engkaulah Ya Allah.. KEkasihku YANG TERAGUNG!
PUJI DAN SYUKUR KEPADAMU YA RABB! <3

Tuesday, January 1, 2013

Afirmasi Positif 2013

                                                                      RINDU SYAHIDMU

TAHUN BARU 2013
(AFIRMASI-AFIRMASI POSITIF)

Sahabatku yang Great.
Semoga tahun baru 2013 adalah tahun keberkatan  jiwa untuk ikhlas dan pandai bersyukur, tahun kesihatan fizikal , tahun semangat untuk memberi dengan cinta dan hati yang besar dalam memaafkan.

Afirmasi menjadikan hidup kita bukan saja baik tapi indah. Keindahan yang terpancar dari jiwa dan fikiran yang selalu positif. Saya memantulkanya setiap pagi dengan keyakinan bahawa " Allah tergantung persepsi hamba-hamba-Nya". Jadi, positiflah, maka semuanya akan menjadi positif

Terima kasih Ya Allah 2013 ini
Saya sihat, saya bahagia, saya kaya, saya pemaaf, saya bermanfaat, saya dimaafkan, saya sabar, saya sukses, saya ikhlas, saya berubah, saya bahagiakan keluarga.

Maka itu semua akan memantul kepada kita sendiri, siapkan diri utk menjadi Great. 


Selamat tahun baru sahabatku, semoga semua harapan, doa dan keyakinan baikmu tercapai di tahun ini.


You Are Amazing,
Alhamdulillah Ya Allah..
I Love You,
Thank You..

I miss YOU.
Allahu rabbi.
Kekasihku Yang teragung!

May Allah forgive me..


Terima kasih Ya Allah 2013 ini

Saya sihat, saya bahagia, saya kaya, saya pemaaf, saya bermanfaat, saya dimaafkan, saya sabar, saya sukses, saya ikhlas, saya berubah, saya bahagiakan keluarga.

Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni




"Nama saya Sabuni (sabun) sebab keluarga saya pada asalnya pembuat sabun pencuci. Tetapi apabila tangan kamu kotor, janganlah dicucinya pada baju saya. 

Saya adalah pencuci hati-hati manusia.

Kamu semua pilihlah pemimpin yang menjaga Agamanya. Dengan demikian beliau lebih takut apabila dipersoalkan Allah di Akhirat nanti."

-Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni di Majlis sambutan tahun baru 2013 malam tadi, di Shah Alam.

Ya Rabb..Izinkan aku untuk terus berjuang!

Salam perjuangan Islam.. Doakan  agar aku terus thabat ya Sahabat2!!


Maafkan aku Ya Allah.. 

Ya Allah izinkan aku untuk meneruskan perjuangan yang suci ini
Ya Allah aku tidak ingin menjadi dusta terhadap kata-kataku sendiri
yang aku pernah ungkapkan..

Izinkan aku untuk terus berjuang untuk menegakkan syiar Islam
Ya Allah pandukan aku untuk terus thabat di jalan ini
Ya Allah.. jangan Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau berikan hidayah kepadaku

Ya Allah kuatkan untuk terus berada dalam perjuangan ini..
Sesungguhnya inilah jalan yang aku pilih..
Aku bersyukur Ya Allah, kerana Engkau memberi keizinan kepada diriku
untuk berada dalam perjuangan ini..

Satu pintaku... izinkan aku untuk terus berada dalam perjuangan ini
sehingga akhir hayat aku..
Ingin aku hidup dalam Islam, bersama nikmat Iman, Nikmat islam yang Engkau kurniakan..

Ya Allah.. pandulah aku..
Aku khuatir.. aku khuatir.. jika aku jauh dari perjuangan ini...
Izinkan aku.. perkenankan aku untuk terus thabat dalam perjuanganMU..

Aku sayang Islam..
Terima kasih Ya ALLAH..
kuatkan aku, pandulah.. hanya kepadaMU aku berharap..
Hanyalah Allah yang memahami isihati.. kerana Engkaulah pemilik hati ini..

Maafkan aku Ya Allah,
aku takut andai perjuangan ini malap..
Izinkan aku.. tunjukkan aku jalan..
Jihad adalah jalan juangku..

Mati syahid cita-cita tertinggiku.. Sayang Islam.. hidup dan matiku adalah untukMU..
sesungguhnya aku rindukan SyahidMu..
Sungguh aku rindu untuk bertemu dengan Mu..

Sayang Allah..
341(1)
Khar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...