Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalammualaikum,
Ku tujukan warkah ini buat bakal zaujku yang aku masih belum pasti siapakah orangnya cuma aku hanya ingin memesan sesuatu yang sangat penting bagiku. Semoga kau memahaminya.
Duhai bakal zaujku
Inginku memesan sesuatu kepadamu. Sungguhku mahu kau ketahui bahawa akulah orang yang sangat bahagia ketika walimah kita nanti. Sungguh daku menantikan saat ini dari tempoh yang lama dahulu andai kau ketahui dan fahami.
Apa yang daku ingin tekankan di sini adalah tentang moment kita nanti. Walaupun bukanlah ia satu keperluan tetapi pasti, daku ingin segala memori walimah kita dipaterikan dalam bentuk foto juga video. Mana mungkin walaupun daku seorang jurufoto, pasti mahu walimahku dilakarkan kenangannya untukku tatap di masa hadapan sebagai kenangan saat berbahagia kita mula bertemu. Mulakan hidup baru sebagai suami isteri, kau halal bagiku juga daku halal bagimu. Segala sentuhan mendapat pahala daripada dosa yang menambah murka-Nya.
Duhai bakal zaujku
JANGAN kau biarkan daku dinoda jurufoto lelaki yang akan menangkap gambar kemesraan kita yang akan memalukan diri ini juga akan mencemari permulaan hidupku sebagai isterimu. Kemesraan antara kita biarlah menjadi rahsia kita dan Allah, tak perlu ia dicemarkan oleh orang lain yang ajnabi bagiku juga dirimu.
Pertahankanlah daku daripada bersalaman dengan lelaki ajnabi yang berada dalam kalangan keluargamu. Daku terlalu takut jari jemari yang mulus ini bersentuhan dengan lelaki ajnabi yang haram menyentuhku selain daripada menyentuh dirimu yang halal bagiku.
Fahamilah daku jika daku kelihatan malu untuk bergambar bermesra-mesraan denganmu agar maluku tidak berkurang, juga imanku tidak dicemar hanya kerana ingin merakam gambar untuk tatapan kita pada masa akan datang.
Duhai bakal zaujku
Dahulu daku sering tertanya-tanya juga daku risau,
"Adakah pengantin yang bersanding pada waktu Zuhur sudah menunaikan solat sebelum bersanding?"
Dan hari ini kita akan disandingkan selepas Zuhur, daku berharap kau akan terlebih dahulu menunaikan solat sebelum itu agar ia menjadi permulaan yang baik kepada kita dalam meniti hidup bersama. Daku tidak permulaan kita dicemari hanya kerana kita ingin bersanding. Lebih ku rela tidak bersanding daripada meninggalkan suruhan-Nya. Sebaiknya solatlah secara berjemaah, insyaAllah lebih ganjaran dan keberkatan-Nya.
"Peliharalah kehormatanku sebagai isterimu di kala walimah kita nanti agar ia menjadi permulaan yang baik kepada kita dalam meniti hidup bersama."
Sumber : http://www.ilmi-islam.com/
No comments:
Post a Comment