Bila bercakap soal cinta, aku mesti selangkah ke belakang, Qi yang 'up to date' dengan (satu masa dulu) rasa sangat kolot bila berbicara soal cinta..
Tiada jaminan untuk itu, hanya jaminan daripada-Nya. Aku akui pendirian aku pada masa kini, agak jauh ketinggalan ke belakang. Aku percaya ramai muslimah di luar sana yang memegang prinsip yang sama seperti aku percaya 'bercinta selepas nikah'.
Mustahil untuk aku menafikan perasaan ini, yang aku tiada keinginan untuk dicintai dan mencintai, tapi biarlah ianya berada di landasan yang betul. Sudah lumrah penciptaan manusia, mempunyai rasa. Kita bukan malaikat.
"Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang"
[30:21]
Apabila hati sudah berkenan atau sudah dirisik orang, mestila kita perlu mengenali karakter atau personaliti. Sebab itu Rasulullah s.a.w menyuruh kita bertaaruf. Dalam bertaaruf pun mesti ada caranya, Islam itu indah.
Baru-baru ini, aku call ibu, lepas habis program luar kampus. Ibu memang risau sebab tak dapat sebarang berita daripada aku, memandangkan hp perlu diserahkan kepada pihak penganjur. Bila Hp diserahkan kembali, aku call ibu.
Ibu risau ke?
ye.. mestila risau.
kan, dah cakap.. jangan risau..
angah dah kawin.. ibu tak risau, sebab abg syed jaga angah.. alang duk jauh, jauh dari mata ibu.. ibu tak nampak...
ibu jangan risau.. Allah jaga alang..
Itulah, ibuku.. mula-mula ibu minta aku cari pasangan hidup, lepas tu ibu suruh aku kawin.
Bukan aku ingin menolak cinta, tapi aku percaya ia akan hadir pada waktunya yang Allah s.w.t takdirkan dalam hidupku. Ia fitrah bukan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
[2:216]
Salam kasih sayang,
QI
singgah
ReplyDeleteblogwalking gan :D
ReplyDelete