Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Sunday, March 30, 2014

cinta tanpa syarat

SESEKALI  rasa Pedih, geram, sedih, kecewa, benci, marah, tak suka itu hadir, ia adalah lumrah dan perkara biasa, 

namun seringkali ia hadir dan setiap hari hadir ia bukan lagi perkara biasa,

kita tak perlu bangga pun dengan perkara tersebut,

malah kita patut malu dengan fitrah diri sebenar sebagai hamba


Ia bukanlah tentang apa,di mana, siapa, dan  kenapa..

tapi ia soal diri sendiri.

kerana diri sendiri yang memaknai hakikat  setiap peristiwa yang berlaku..

kenapa ia berlaku?


Selagi mana kita terus mengejar cinta dan kasih sayang manusia..kita akan terus kecewa kerana cinta bersyarat..

kita takkan mungkin dapat menemui kasih sayang sebenar jika tidak penuhi cinta dan kasih sayang tanpa syarat..

kasih sayang yang sebenar dan hakiki ada dalam diri kita sendiri, hanya hati yang penuh dengan cinta tanpa syarat akan menemui fitrah diri sebagai seorang hamba.

Jadikanlah insan & peristiwa yang hadir sebagai alat untuk  kita mencari, mengenali, menemui, dan menjadi diri fitrah yang sebenar.

Pesan untuk diri sendiri, 
Berhati-hati di sepanjang jalan. 


menang atau syahid irsalena, Rindu!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...