Siapa di antara sahabat-sahabat pernah mengalami sakit kepala yang dikenali migraine? Saya pernah mengalami penyakit ini, pada satu ketika dahulu. Memang payahlah jika penyakit ni datang, sebarang kerja tak mampu nak dibuat, yang mampu hanya terbaring, pejam mata, dan berada di tempat yang sunyi. Menangis sendirian...
Ya Allah sakitnya kepala.Hanya Allah sahaja yang memahami. Orang yang pernah mengalami sahaja yang akan memahami apa itu migraine. Jika pada suatu ketika dulu, migraine yang paling teruk dialami semasa tingkatan empat dan sejak itu saya tidak lagi mengalami migraine sebegitu. Migraine itu berlarutan sehingga seminggu. Teruk bukan? Mungkin keadaan menjadi semakin teruk kerana tekanan menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah... itu peristiwa 5 tahun yang lalu.Tahukah sahabat migraine boleh menyebabkan gastric. Apa kaitan gastric dengan migraine?
Apa itu migraine?
Mungkin sudah tahu dan ada yang kurang tahu. Migraine sering kali dikaitkan dengan sakit kepala. Itu sesuatu yang diketahui umum. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau terbuka terlalu luas. Punca sebenar diketahui dengan jelas tapi dipercayai berlaku akibat kelainan/perubahan salur darah di dalam otak yang disebabkan rembesan bahan kimia tertentu dan gangguan sistem saraf autonomic. Sakit ini dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala. Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migraine yang wujud bersama aura dan migraine tanpa aura.
Aura ialah perasaan atau fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Penglihatan pesakit juga jadi terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai stokoma, mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migraine selepas satu hari mengalami aura. Ada juga yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migraine.Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
tanda- tanda migraine seperti sakit kepala berdenyut-denyut, biasanya di bahagian kepala yang sama, berulang-ulang disertai rasa loya, sensitif dengan bunyi dan cahaya dan juga gangguan pandangan
sakit mungkin menyerang dalam masa beberapa hari, beberapa minggu atau tiada lamgusng untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari. Sakit yang mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetangah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.Sakit ini juga boleh berlaku semasa haid.
Faktor
Jika sahabat-sahabat mempunyai sejarah keluarga yang menghidap migraine , kemungkinan sahabat akan mendapat penyakit.
Faktor ini berbeza atas individu ada yang tidak boleh minum kopi .. ada yang tidak boleh minum coklat , ada yang tidak boleh terkena silau.
Factor persekitaran - cuaca sejuk/panas, ketinggian, perubahan zon masa
Factor makanan-makanan ada kafein-coklat,kopi, MSG..makanan ada nitrate banyak dalam makanan *siap proses/dalam tin
Glare- cahaya silau
Stress, kurang rehat, kurang tidur. Lapar
Perubahan hormone pada perempuan. – Sebelum atau selepas datang haid
Ubat-ubatan
Cara mengelakkan atau mengurangkan sakit magrain
Elakkan minum minuman yang mengandungi cafein
Elakkan terkena cahaya silau, dan panas berpanjang
Berehat dan tenangkan fikiran
Melakukan senaman ringan
Perhatikan ubat yang diambil,jangan mengambil ubat sembarangan
Apa yang dinyatakan diatas adalah serba sedikit maklumat mengenai penyakit migrain.
.. harap anda mendapat manfaat melalui maklumat tersebut.. namun demikian, sahabat-sahabat perlulah mencari ketenangan dan mohonlah kepada Allah . Semoga hidup lebih tenang. Akal sihat !Jiwa tenang! Emosi stabil! Kehidupan lebih bermakna...
Semoga memberi syafaat
Salam kasih sayang
6.38 pm.
Pendang, Kedah
No comments:
Post a Comment