Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Sunday, May 29, 2011

MERENDAH HATI



Alhamdulilah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada ALLAH Yang Maha Menguasai, kerana dengan izin-NYA, dapat saya mengatur jari-jemari ini untuk menaip dan berkongsi penulisan ini dengan para sahabat. Ingin Qi berkongsi soal merendah hati. Moga penulisan ini memberi syafaat buat sahabat dan diri saya jua. 

Tahukah sahabat bahana tidak  merendah hati ini ? Jika tidak dibendung ‘penyakit’ ini akan akan membawa kita kepada pelbagai kerosakan dan kerugian  yang lebih berat daripada dosa-dosa zahir. Syaitan selalu membisikkan bahawa sikap merendah diri kepada orang lain hanya akan menurunkan darjat kita pada mata mereka. Kerana takut menjadi hina, kita lalu enggan berbicara dengan orang yang kita anggap rendah,atau enggan melakukan pekerjaan yang biasanya dilakukan oleh yang hina.
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud 

 ‘ Sesiapa yang merendahkan dirinya kerana Allah satu darjat, maka Allah akan meninggikannya hingga menempatkan di ‘Iliyyin yang tertinggi. Dan sesiapa yang meninggikan dirinya (takbbur) satu darjat, maka ALLAh akan terus merendahkannya hingga meletakkan namanya bersama orang yang sangat rendah (asfalasafilin).’ Hadis ini disahihkan oleh Ibn Hibban.

Kadangkala ALLAH SWT menguji hamba-NYA dengan kesenangan hidup, kekayaan , pasangan yang rupawan dan jutawan. Dengan itu, tiada salahnya sebagai hamba kita mensyukuri nikmat  dan merendah hati mengucap syukur kepada –NYA  di samping memberi pertolongan kepada yang memerlukan.
Sebenarnya berasa diri lebih hebat daripada orang lain adalah penyakit yang sangat berbahaya. Sifat ini akan menutup hati dan telinga kita daripada menerima nasihat dan kata-kata berguna untuk kebaikan di dunia dan akhirat.


Bagaimana caranya untuk merendahkan hati?

Sikap merendahkan hati boleh dimulai dengan cara mengubah  pandangan kita kepada orang lain. Usah lagi menjadikan pakaian, kenderaan, penampilan luar  dan asal usul seseorang  sebagai penentu sikap kita kepadanya. ALLAH SWT telah berfirman  yang bermaksud :

‘ Dan sungguh kami telah muliakan anak-anak Adam’. Surah al-Isra’ 17 : 70

Supaya dapat merendahkan diri, kita harus membuang ‘perasaan lebih baik daripada orang lain’.Kita harus sedar dan menyedari bahawa orang yang kita anggap hina boleh jadi sangat mulia di sisi ALLAH SWT.

‘Gantunglah azammu setinggi langit serta rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan’.  Ingatlah walaupun mutiara itu berada di dasar lautan tetapi ia tetap berharga dan bernilai apabila berada di daratan.

Semoga penulisan ini memberi kebaikan kepada semua..

Wallahum a’alam...
Fasa 18R8,
Putrayaja.
10.32 pm/ 17.05.2011

Salam kasih sayang,
Qaseh Irsalena.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...