Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Sunday, June 19, 2011

Alhamdulillah, bersyukur atas nikmat yang diberi!

Assalamualaikum.. apa khabar semua? Alhamdulillah.. Qi masih diberi kekuatan oleh Yang Maha Berkuasa untuk menaip menggunakan jari-jemari yang Allah pinjamkan. Apa yang ingin kongsikan pada malam ini bersama para sahabat berkenaan bersyukur. Syukur. Grateful is everything..


Tangan kiri Qi adalah tangan yang paling dominant bagi diri Qi selama ini. Selama ini tanganlah ini yang banyak membantu Qi dalam menulis dan melakukan pelbagai kerja lain. Dan tangan ini jugalah yang banyak menerima kesakitan berbanding tangan yang satu lagi ( Right hand) . Semasa form 4 , Qi pernah mengalami kemalangan di jalan raya ‘time on the way’ nak ke sekolah. Akibat kemalangan tue, tulang radius sebelah kiri mengalami keretakan dan tangan ini terpaksa bertemankan ‘simen’ selama sebulan.e.. kerana itu, Qi belajar menulis menggunakan tangan kanan. Boleh bayangkan tak tulisan tangan kanan Qi? Huhuhu.. cantik sikit la daripada tulisan anak buah yang baru leh pegang pensil tue.. hehehe...

Sepanjang berada di bumi ini ( yang mengajar Qi erti kesabaran, kasih akan anak kecil, komunikasi – bumi bersama dengan anak-anak kecil ) Yang tidak mengerti malam or siang  , nak marah pun mereka tak faham, tapi ‘still’ kena marah juga sebab mereka tue kadang2 nakal. Erm... tapi lu fikir-fikir balik buat apa nak marah mereka nie.. (anak-anak nie)  yang comey-comey nie.. macam Qi..( eee.. perasan betulll) hehehe... Ya sudah tentu! Kenapa harus marah...sebab mereka nie.. tak faham, kalau marah pun.. mereka tak faham.. so.. apa nak buat?? Sebagai orang yang boleh faham sikit.. kita kena ajar la kan.. OPS!!!  ... Apa kaitan nie dengan tajuk di atas..maaf la ye.. tadi Qi nak tulis tentang tangan dan bercerita tentang anak la plak.. hehe.. Almaklumla ibu muda..anak ramai.. huhuhu..

Sejak di bumi ni..  perkhidmatan NADI PUTRA yang selalu Qi gunakan. Tapi semalam semasa nak ke Putrajaya Sentral, bas yang biasa Qi gunakan ada ramai penumpang. Melayu dan Bangla ramai sehingga ada yang terpaksa berdiri. Qi penumpang yang terakhir  pada petang itu. Kenapa terakhir..? Nak tahu.. baca la sampai habis apa ye.. heheheh..

Disebabkan penumpang yang ramai... Qi berdiri di bahagian depan, dekat sangat dengan pintu.. tak sampai satu inci pun! Tangan kiri Qi memegang tiang besi yang menampan pintu bas itu. Sementara itu.. kak suria berdiri di sebelah Qi. Tiba-tiba... ada penumpang menekan loceng. Tu tandanya ada penumpang hendak turun. Pak cik bas pun menekan brek dan menghentikan bas lalu menekan suis untuk membuka pintu belakang. Qi yang tika itu sedang leka.. tanpa disedari tangan QI tersepit di antara celah pintu dan tiang besi sebab pintu yang di depan pun terbuka. YA Allah sakit! Hampir-hampir menangis. Pak cik yang tidak faham apa yang QI katakan , pak cik tolong buka pintu.. tangan saya tersepit.. sakit nie.. pak cik.. tapi, pak cik tue.. tak faham maybe loghat Qi kut ‘or’ suara QI ‘slow’ sangat. Kak suria, terdiam..tak tahu nak buat apa. Nasib baik ada penumpang yang cepat-cepat turun melalui pintu depan, pintu yang drebar bas guna tue.. dan menarik   tangan Qi .Alhamdulillah tangan QI berjaya dikeluarkan. Sakit .. Qi nangis.. sakit sangat la tue.. bikin malu saja..huhuhu.. Nasib la tangan kiri.

Hari ni selepas 20 tahun, banyak sangat nikmat yang Allah berikan. Anggota tubuh yang sihat, semua sihat... bersyukur tak terhingga kepada Allah atas pinjaman ini. Allah itu Maha Penyayang dan Pemurah.

Sebab apa yang terjadi kepada Qi semasa dalam bas menyebabkan pemandu bas tak berani nak hentikan bas dan ambil penumpang. Kesian la plak kepada pak cik tu.. pak cik pemandu bas tu.. huhuu.. maaf ye pak cik. Saya yang cuai.. bukan salah pak cik.. Then, bila ada orang yang tahan bas nak gunakan bas.. pak cik mengomel seorang.. bukan tak buh berhenti.. dah ramai.. ..pak cik dengan  loghat kelantannya.. maafla Qi tak pandai nak tulis dalam loghat Kelantan.. tapi macam tu la maksud pak cik tue.. kesian pak cik tue.. Qi.. Qi.. (sambil menggeleng kepala)

Hari ni dalam Merto, seorang anak kecil di Muar putus dua jari akibat tersepit escalator.
-----------edit Metro Ahad-----------

MUAR: “Saya terus mengambil dua jari anak yang putus sebelum membawanya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” kata Ahmad Imran, 37, di Ledang dekat sini, semalam.

Ahmad ditemui di pekarangan HPSF ketika menghantar anak lelakinya berusia dua tahun, Mohd Faizal, untuk menerima rawatan kecemasan selepas dua jari kanak-kanak itu putus kerana tersepit pada eskalator sebuah pasar raya di bandar berkenaan, jam 6 petang kelmarin.

“Bagaimanapun, luluh hati saya kerana proses penyambungan dua jari yang putus itu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, Selangor, menemui kegagalan,” katanya.
Mengimbau kejadian, Ahmad berkata, Faizal dibawa sepupunya ke pasar raya untuk membeli makanan ringan.
Menurut Ahmad, ketika menggunakan eskalator itu, ia terhenti secara tiba-tiba, mengakibatkan Faizal terjatuh bersama sepupunya.
Cubaan mengangkat Faizal gagal kerana dua jari, masing-masing satu di tangan kanan serta kiri, tersepit namun terpaksa direntap menyebabkannya putus.

Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah atas nikmat yang Allah berikan kepada hamba selama ni.. Terima kasih YA RABBI..


Ucaplah Alhamdulillah.. Syukur kita kepada Allah... 
           
Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berjanji kepadamu :  

 "Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambahkan nikmat-Ku kepadamu"

Salam kasih sayang, 
Qaseh Irsalena.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...