Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Saturday, June 18, 2011

Tip untuk Tenangkan hati...

Assalamualaikum.. apa khabar semua? semoga sentiasa dalam rahmat Tuhan. Alhamdulillah, Qi bisa mengatur jari-jemari pada malam ini untuk berkongsi dengan sahabat tip-tip untuk tenangkan hati. Hati. Apa yang ada dengan sekeping hati? Hati adalah raja yang menguasai tingkah laku kita. Jika baik hati kita, maka baiklah amalan kita.

Rasulullah saw menyatakan dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Jika ia baik, maka baiklah seluruh amalan yang dilahirkan oleh tubuh manusia itu. Ketahuilah segumpal darah  itu  adalah hati. 

'Apa yang ada dalam hati? ', tanya Adam kepada mama. Mama yang sedang mengalami masalah ketika itu menjawab ada darah. Sementara Adam pula menyatakan jawapan yang diberikan oleh mamanya sebentar tadi adalah salah. Dengan wajah yang comelnya, Adam menjawab 'dalam hati ada cinta'. Mamanya menangis mendengar jawapan yang diberi Adam.

Berbalik kepada tajuk di atas, tip-tip untuk tenangkan hati..

1. Memaafkan semua orang sebelum tidur. Walau sebesar mana pun dosa mereka kepada kita, ingatlah.... sedangkan Nabi saw pun ampunkan ummatnya dan ALLAH swt juga Maha Pengampun terhadap hamba-hamba-Nya. Inikan kita manusia yang serba kekurangan dan tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan. Senang sahaja bibir berbicara, ya jadilah seorang yang pemaaf... dengan itu, hati anda akan jadi lebih tenang, dan anda akan lebih ceria. Tak percaya, cubalah lakukan.. anda tidak rugi pun.. :)

2. Berdoalah semoga orang lain pun memaafkan kita juga. Seperti yang Qi katakan tadi, ingatlah kita insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa. 

3. Membaca surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali apabila berasa tidak tenang atau susah hati.

4. Sentiasa mengawal lidah daripada bercakap perkara-perkara yang sia-sia aka yang tidak memberi faedah.

5. Memelihara mata. Maksud Qi memelihara pandangan dan usah terlalu melihat keaiban orang, sebaliknya kita perlu sedar bahawa kita sendiri mempunyai banyak kekurangan kerana tiada siapa yang sempurna melainkan DIA.

6. Ingat setiap kebaikan yang orang lakukan terhadap kita dan lupakan kesalahan mereka yang pernah dilakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Tetapi, kita harus ingat kesalahan kita kepada orang dan lupakan kebaikan yang diberi untuk memastikan kita sentiasa menjadi orang yang selalu memperbaiki diri serta bersyukur.

Doa mengeratkan silaturahim :

 'Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan bersabarlah melawan musuhmu, bersedialah serta bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu berjaya' - Surah Ali Imran ; Ayat 200

Sekian sahaja perkongsia Qi pada malam, 
 yang baik itu daripada-Nya.. semoga memberi manfaat buat semua..
jangan  biarkan hatimu dirosakkan oleh tanganmu sendiri 


Salam kasih sayang,
Qaseh Irsalena,
12.40 am /19-6-2011
Presint 9G, Putrajaya


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...