Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Wednesday, August 17, 2011

Antara mangkuk, madu dan sehelai rambut...



Pada suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman mengunjungi rumah Ali bin Abi Talib.Isteri Ali, iaitu puteri Nabi bernama Fatimah menghidangkan madu yang dimasukkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik. Di dalam mangkuk itu, ternyata ada sehelai rambut.


Melihat rambut itu, Nabi meminta para sahabatnya membuat satu perbandingan menggunakan tiga barang yang berada di hadapan mereka iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar memberikan perumpamaanya"Iman lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, orang yang beriman lebih manis daripada madu ini dan mempertahankan iman adalah lebih susah daripada meniti sehelai rambut."Perumpamaan Abu Bakar itu mengandungi makna yg mendalam perihal iman.

Tidak lama kemudian, Umar pula menyumbangkan fikirannya, "Kerajaan ini lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, seorang raja yang adil itu lebih manis daripada madu ini dan memerintah dengan adil adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut" Berbeza daripada Abu Bakar, Umar menggunakan kepemimpinan yang adil dalam perumpamaan.

Seterusnya, Uthman bin Affan pula memberikan pendapatnya iaitu, "Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu itu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Lantas apa pula kata Ali sebagai tuan rumah? Ternyata Ali menggunakan para tetamunya sebagai bandingan.Ali berkata,"Tetamu itu lebih cantik drpd mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis drpd madu ini dan menyenangkan hati tetamu sehingga dia pulang ke rumahnya adalah lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Fatimah juga turut memberikan pendapatnya,"Seseorang wanita itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, wanita yang menutup auratnya lebih manis daripada madu dan mencari wanita yang tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali muhrimnya lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."

Nabi Muhammad gembira mendengar perumpamaaan-perumpamaan daripada para sahabatnya dan puterinya tentang tiga hal itu. Akhirnya Nabi pula memberikan pendapatnya."Seorang yang memperoleh taufik dan beramal dengannya lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan amalan yang baik itu lebih manis daripada madu dan melaksanakan dengan ikhlas lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."

Tiba-tiba muncul Malaikat Jibrail dan dia berkata,"Menegakkan tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu bagi mengembangkan agama itu lebih manis daripada madu dan mempertahankan agama sehingga ke akhir hayat lebih sukar daripada meniti sehelai rambut"

Allah pula berkata :"SyurgaKu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu lebih manis daripada madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."

sumber : buku motivasi

salam kasih sayang,
Qaseh irsalena, 
P9G1/5 - 16 Ramadhan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...