Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Tuesday, May 22, 2012

My Hijab My Choice


Menitis air mataku,
Hilangnya sahabat sejati,
Yang riang dikau ku merindu,
Persahabatan abadi
Setiap detik teringatkan dikau
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni
Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engaku melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu

Perlukah..? dendangan kumpulan nasyid Forheart sedang berkumandangan di radio. Antara lagu kegemaran aku.


Kehidupan sebagai remaja memang banyak pancaroba. Teringat, sewaktu tinggal di Langkawi selama 3 bulan, pada waktu itu aku mendapat tawaran ke Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Lagenda Sri Negeri (KLSN). Lebih kurang dua bulan aku berada di KLSN, di sini aku dapat melihat pelbagai jenis karakter manusia. Sebagai Ketua Kompeni Wirawati Delta, aku bertindak sebagai seorang ketua yang agak tegas. Pada mulanya, aku tidak mahu dilantik sebagai seorang ketua kompeni, bukan senang bagi aku untuk memimpin wirawati Delta yang seramai 109 orang.

 Aku dicabar oleh Cikgu Azlan untuk menjadi ketua kompeni. Dimarahnya aku bila aku cakap tidak mahu. Tambahan pula mereka berasal daripada pelbagai jenis latar belakang, bangsa atau kepelbagaian budaya. Aku sedar ada dalam kalangan mereka yang tidak menyukai aku. Dan akhirnya aku menyedari bahawa aku mengalami symptom SS. Simtom syok sendiri.. Aku SS bahawa mereka semua sukakan aku, ye la.. aku kan jenis yang friendly.. herm... lucu pula bila teringat kisah zaman budak-budak.. Tapi kisah ini, bagi aku  unfinished business, kerana aku tidak dapat duduk lama dan berbincang bagi menyelesaikan masalah aku dengan mereka.

Aku meneruskan pengajian Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang (SMKP). Tawaran belajar daripada SPA 8,  3 kali sampai di rumah,posmen yang sama juga yang menghantar surat ke rumah. Aku tidak pergi interview. Mak cakap, fikir betul-betul! Nak belajar  di Form 6 ke atau nak kerja di bahagian pharmacy. Kenapa hidup ini sering memerlukan kita membuat pilihan?

Jun 2008
Haa sastera! Alamak, macam mana ni? Aku ni tak pandai nak bersastera, bermadah bersemi, Geografi pula dengan angin monsun,barat daya… Aduh Saleha la aku! Sejarah pula,oH, NO!  Bahasa Melayu, Arhhhh…..! Susah ni.. tambah-tambah aku tak minat langsung dengan subjek Geografi dan Sejarah. Boleh ke aku nak belajar subjek- subjek ini.. Apa yang aku nak buat? Pilih lagi.. bukan senang nak pilih, masa soal masa depan aku. Aku tahu ukur baju di badan sendiri. Macam ayat pasrah je kan.. huhu….Boleh ke guna peribahasa ni ukur baju di badan sendiri..? maksud, aku ukur dulu kemampuan aku sama ada aku dapat ke tak nak belajar dalam bidang sastera, nak  teruskan belajar dalam bidang Sains aku dah tak mampu. 

Akhirnya, aku belajar dalam tingkatan enam dengan mengambil subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan dan Geografi. Cita-cita aku sebelum itu, adalah nak menjadi seorang lawyer,tapi aku fail in history! Dah macam-macam cara aku cuba, buat mind maps, baca buku komik sejarah, aku dah open minda aku untuk berminat dalam sejarah. Aku save as dalam memory, sejarah mesti dapat A,  tapi bila exam dah dekat, aku open file.. rupa-rupanya document aku dah diserang virus. May be minda aku dah disekat untuk menerima sejarah.  Takkan sejarah tu virus? Ish… takkanlah.. aku sendiri yang lambat loading, dan selalu sangat pending time cikgu ajar sejarah.


Di SMKP aku menjadi seorang pelajar yang biasa, pada awalnya aku agak ‘nakal’,  yang agak tepu! malas nak ke sekolah, malas nak belajar, sehinggalah keputusan akhir tahun  lower six, aku hanya mendapat PNGK 3.00. Mulalah saat ini, aku menjadi gelabah, masa ni aku alami ‘anxiety’ yang positif..  kalau result aku macam ni, macam mana aku nak belajar di universiti, pada tingkatan enam atas aku dilantik menjadi Penolong Ketua Pelajar.2009 membuka tirai baru dalam lebaran hidupku.. banyak benda yang berlaku.. setiap peristiwa ini mematangkan aku untuk terus melangkah dalam hidup… Akulah pelakar kpd lukisan perjalanan hidupku..

Aku mengaktifkan diri dalam pertandingan pidato dan  forum remaja serta berpeluang  mewakili sekolah ke peringkat negeri. Keseronokan untuk terlibat dalam pertandingan ini menyebabkan tumpuan dan prestasi aku dalam pelajaran terjejas. Prestasi aku jatuh, tambah-tambah dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Aku sedih kerana mengecewakan Cikgu Nordin. Cikgu Nordin guru bahasa Melayu yang garang dan tegas, tapi kadang-kadang mudah bergurau. Aku takut dan kecut perut juga masa nak ketuk pintu bilik cikgu Nordin, .. agak-agak apa yang cikgu nak katakan pada aku…….?  Kenapa result teruk sangat ni? 26/60, kata cikgu Nordin.

Apa aku nak cakap? Jujur, aku memang tak  buat ulangkaji masa ujian bahasa Melayu! tak sempat nak baca! Nak uruskan  sambutan hari guru, pertandingan forum Geografi peringkat negeri, dan ujian bahasa Melayu. Bisik hati kecil aku.. dup dap..dup dap..! Berdebar kot time tu..
Berdosakah aku menyalahkan persekitaran dan takdir? Sebenarnya, pada masa ni, aku dah jatuh cinta dengan subjek bahasa Melayu, ia bukan seperti yang aku sangkaan aku pada awal. Best sangat!

Di Putrajaya, kehidupan seharian  kutempuhi dengan keseronokan. Sangat gembira tika itu. Namun, dalam keseronokan itu , aku sendiri merasakan satu kekosongan dalam jiwa yang sukar aku ertikan. Aku mencari-cari sesuatu. Entah apa yang aku inginkan, aku sendiri tidak mengerti. Jiwa aku terasa kosong sekali. I’m still loading and looking for something. Keinginan nak menuju superiority.

Jiwa halus ini, walau tidak memberi sebarang espresi, namun sebagai seorang perempuan yang normal, semestinya aku gembira bila dipuji.
     ‘Wah, cantilah kak jad pakai selendang ini..’
     ‘Ye ke.. takde la.. nak belajar ke?’
    ‘ Nak… nanti kak jad ajar kami pakai selendang ye…?’
     ‘Ok, no problem.’
Aku jenis yang mudah kalau sahabat-sahabat perlukan pertolongan, aku akan ajarkan, apa la sangat nak tolong ajar pakai selendang je pun. Aku gembira, ini la masanya untuk aku menunjukkan talent aku. Bab-bab fesyen ni, aku suka sangat. Time ni, aku dan sahabat-sahabat  bekerja di Putrajaya sebagai  guru taska. Tujuan utama aku bekerja  nak cari pengalaman bekerja dan nak rasa income masuk dalam bank di samping aku mengisi masa lapang sementara menunggu result  STPM diumumkan. Aku penat bekerja, itulah pengalaman. Tapi, ayah mesti lebih penat dan susah. Kesusahan ayah dan apa yang ayah rasa mesti lebih dari apa yang aku rasa. Ayah cakap, kita bukanlah hamba pada kerja, pengalaman bekerja dengan kawan-kawan boleh digunakan untuk persediaan  menghadapi cabaran masa depan. Di sinilah ukhwah antara kami semakin utuh dan berpanjangan hingga kini.

Oktober 2009
Pengumuman Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Cikgu Zainal pada pagi itu menyebabkan kami berenam duduk semeja berbincang.
     ‘Nampaknya… pihak sekolah akan sediakan rumah kepada mangsa banjir,’ bicara Fiza  
      sambil menunjukkan mukanya yang comel itu..
     ‘Ya…. Dan mangsa-mangsa banjir ini boleh tinggal di asrama sekolah sehingga peperiksaan  
      SPM dan STPM berakhir…tapi kan, adik terpikir sesuatu la.. apa kata kalau kita semua   
       tinggal di asrama ?...’ Celah Miza dengan membahasakan dirinya sebagai adik. Kami semua lebih selesa memanggil kembar dengan panggilan adik dan kakak.

Pertanyaan Miza berkaitan penginapan untuk mangsa banjir sentiasa bermain di fikiran aku. Pada ketika itu, aku adalah pelajar yang mengambil jurusan bahasa Melayu, sementara Miza, Zila, Fiza, Husna dan Faizah adalah pelajar kelas Ekonomi. Hanya aku seorang sahaja yang berada dalam kumpulan mereka. Itulah cara aku. Aku suka untuk bersosial dengan sahabat-sahabat daripada kelas lain . Bukan bermakna aku tidak bersosial dengan rakan-rakan dalam kelasku.Tak sangka tingkah laku aku  berterusan sehingga ke alam universiti. Bermula semester dua, aku meng ‘add’ subjek universiti dalam kumpulan yang berbeza dengan teman sekuliah aku. Dan ini memberi peluang kepada aku untuk membuat jaringan yang luas dengan berkenalan dengan pelajar dalam jurusan lain. 

Keputusan yang aku ambil bukan mudah kerana aku akan bersama dengan pelajar daripada lain-lain jurusan dan ini akan menyebabkan aku sukar untuk melakukan tugasan. Tambahan berlainan kursus, masa, dan kolej kediaman menyukarkan aku untuk melakukan tugasan bersama mereka. Walaubagaimanapun, keadaan ini yang aku pilih dan aku sendiri sedar ini yang aku akan alami sehingga ke penghujung semester. Aku sendiri perlu bertanggungjawab ke atas tingkah laku aku.Memandangkan ‘batch’ aku  di UPSI , intake 2010/2011 seramai 27 orang mendorong aku untuk berkenalan dengan pelajar lain.

Berbalik kepada  sama ada ingin untuk tinggal di asrama, aku menerima SMS daripada Miza, dan mengajak aku untuk tinggal bersama dengan mereka di asrama sekolah. Aku sukar untuk memberi jawapan kerana risau kalau-kalau aku tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama. Selama ini aku tidak pernah tinggal di asrama. Jadinya sukar bagi aku untuk membuat keputusan tinggal di asrama pada saat-saat akhir. Tambahan pula pada minggu peperiksaan STPM sebenar benar-benar merunsingkan aku. Puas aku berfikir… aku mesti membuat pilihan yang tepat! Pendapat mak dan ayah aku minta, pendapat daripada kawan-kawan yang lain juga aku tanya. Mak dan ayah pula memberi sepenuh kepercayaan kepada aku untuk tinggal  di asrama atau tinggal di rumah. Memang dari mula lagi, mak dan ayah akan sokong apa sahaja yang aku buat, asalkan aku mendengar arahan dan pandai menjaga diri.

Yang menjadi masalahnya, kerana rumah aku tidak pernah alami banjir. ‘Lesen’ untuk tinggal di asrama atas alasan banjir. Keadaan itu benar-benar membuat aku rasa serba salah untuk mengikuti  mereka atau tidak. Mereka memberi masa kepada aku untuk berfikir. Selama dua hari aku ‘dilema’ sama ada mahu tinggal di asrama bersama kawan-kawan atau ulangkaji sendirian di rumah.

Air dan minyak tak boleh dicampur, nanti rosak! Tapi, tanpa air dan minyak mesti takkan wujudnya sup ayam! So, bahan-bahannya  mesti tepat dan betul,  tak kurang tak lebih! Pelik juga analogi ni, aku sendiri lebih jelas tentang diri aku, aku jarang membuat discussion dengan kawan-kawan atau study group. Mostly, masa itu terbuang dengan sembang-sembang kosong kalau study group. Ini berdasarkan pengalaman aku. Tak salah kan aku belajar daripada pengalaman. Maka, aku lebih suka untuk study di bilik di rumahku berbanding berbincang  bersama rakan-rakanku. Aku mengalami anxiety untuk mengubah cara pembelajaran pada saat-saat akhir. Tinggal di asrama pada minggu peperiksaan STPM… YA ALLAH… boleh ke?

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk tinggal di asrama sekolah dan hanya aku seorang sahaja pelajar bahasa Melayu bersama mereka dalam  Kamar Aisya Humaira. Walaupun mereka berbincang dan bersembang dengan nada yang kuat, aku tidak kisah kerana apa yang mereka bincangkan tiada kaitan dengan subjek yang aku pelajari. Aku seronok tinggal dengan sahabat-sahabat di sana. Setiap hari aku menelefon mak dan ayah bagi mengingatkan mereka mendoakan aku agar berjaya menjawab soalan exam dengan jayanya. Keputusan untuk tinggal di asrama adalah yang terbaik ketika itu. Ekoran cuaca yang tidak menentu, setiap hari hujan akan turun dengan lebatnya, dan ini akan menyukarkan pergerakan aku untuk ke sekolah sekiranya aku tinggal di rumah. 

Sejak aku berada di tingkatan enam , aku ke sekolah dengan menunggang motosikal EX5 KCB 5400, kenderaan yang ayah sediakan untuk kemudahan aku. Disini aku telah melalukan evaluations terhadap masalah-masalah yang aku sedang hadapi. Kadang-kadang ayah hantar aku ke sekolah, tapi jarang sekali. Aku bersyukur kerana selamat untuk ke dewan peperiksaan berbanding sahabat aku yang tinggal di negeri Cik Siti Wan Kembang, menurut sahabat aku, Rini dia terpaksa ke dewan peperiksaan dengan menggunakan bot kerana hanya itu sahaja kemudahan untuk dia ke sana. Memandangkan hujan yang turun tanpa henti menyebabkan kawasan rumahnya yang berdekatan dengan sungai, amat mudah dimasuki air.

Alhamdulillah, akhirnya aku tinggal di asrama walaupun aku bukan mangsa banjir. Jangan terkejut! Bukan aku seorang sahaja, malah kesemua sahabat-sahabat aku, bukanlah mangsa banjir. Rumah kami berenam tidak dimasuki air. Tapi hanya kami berenam yang mohon untuk tinggal di asrama pada waktu  itu. Bayangkan… kamar yang luas itu hanya kami berenam sahaja. Sangat seronok mengulangkaji di asrama! Aku pasti aku telah membuat pilihan yang tepat!  Bibir aku sedang tersenyum mengingati peristiwa itu…

Kehidupan selama dua minggu di asrama sekolah mengeratkan ukhwah antara kami berenam. Kami menjadi sangat rapat. Rapat seperti adik- beradik. Aku seronok tinggal bersama mereka. Aku dapat mengenali mereka dengan lebih rapat. Betullah kata-kata, untuk mengenali seseorang dengan lebih rapat, pergilah bermusafir bersama selama 3 hari. Selepas tamat kertas Bahasa Melayu 1, aku menerima mesej daripada mak Su.. Mesej daripada mak Su amat menggembirakan aku. Yeay!!......Akhirnya, perancangan aku untuk cuti akhir tahun nanti akan berjalan seperti yang aku impikan.Mereka semua kehairanan dengan gelagat aku. Mak Su tanya, ada tak kawan-kawan nak kerja di taska. Bila aku tanya mereka, semua nak pergi. Akhirnya, kami berenam ke Putrajaya, Miza dan Zila ditempatkan di Presint 9, Faizah di Perbadanan Putrajaya, Presint 2, aku, Husna dan Fiza di Presint 18.Kami berpisah tapi pada hujung minggu kami berjumpa dan keluar bersama-sama. Seronok sebenarnya kerja di taska, kerja dengan budak-budak..layan budak-budak… Aku rindu saat-saat bersama dengan anak-anak di taska!

Pagi 1 March 2012, aku menunggu kakak di library Presint 16, sementara kakak di Auditorium 1 bersama mak Su dan staf-staf Cendekiawan Educare sedang bermeeting.Aku ke Putrajaya untuk ke Pesta Buku Islam Antarabangsa yang bertempat di Presint 2.Semalam aku sempat bersama dengan anak-anak di taska Presint 18, terubat perasaan rindu untuk bersama dengan anak-anak di taska. Anak-anak cepat membesar, baru 2-3 bulan tak jumpa mereka dah tinggi, semakin cantik, semakin hensem…

Korang mesti nak tahu tentang diri aku? Tak pe, kan aku ada symptom SS.Biarlah aku menceritakan tentang diri aku, aku sebenarnya bukanlah seorang muslimah yang benar-benar sejati. Pakaian aku tidak menepati syariat. Aku tidak menutup aurat dengan sempurna. Bagi aku sebab aku tidak mengikut piawai yang Allah tetapkan sebagai seorang muslimah. Huhu ~ Potong bawang laju-laju~

'Kadang- kadang aku rasa nak pakai tudung aku pakai.. kadang-kadang aku rasa tak nak pakai, aku tak pakai.. Buat apa la nak pakai tudung ni, rimasla! Panas, lecehla nak pakai tudung. . Aku lebih selesa dengan diri aku yang macam ni. Kata farah, bila aku tanya  So, apa beza aku dengan dia..memang banyak beza, tapi kami sama - sama perempuan. Mungkin aku baik sikit dari dia.Disinilah kisah aku bermula, Kerana-Mu aku berubah.

First time kerja di taska, mak Su meletakkan peraturan, semua kakitangan diminta untuk memakai tudung bagi yang beragama Islam. Ha, time tu la aku pakai tudung, sebelum ni aku pakai shawls.. hehe... aku gurau je la.. iye, lepas habis kerja, aku dah tak pakai tudung,  takkan aku nak terus pakai tudung 24 jam..  Aku menggayakan pelbagai cara memakai shawls yang aku pelajari melalui you tube dan majalah An-Nur. Aku akui, pelbagai jenis fesyen di pasaran sekarang ni, at least menarik minat golongan remaja  macam aku nak pakai shawls. Walaupun, cara ni tak menurut syariat yang sebenarnya, sekurang-kurangnya putri-putri ada keinginan untuk menutup kepala mereka. Semua orang nak kelihatan cantik bukan? Allah pun suka kepada kecantikan.

Kenapa aku jadi macam ni?  Di mana silapnya? Mak dan ayah aku? Pihak sekolah ? Ustaz , ustazah ke? Tak de siapa-siapa yang bersalah,aku sendiri yang salah. maksud aku.. selama ini, aku sangka aku tutup aurat dengan baik.. tapi ternyata  aku salah.... menutup aurat sahaja belum tentu menjamin aku ke syurga.. Maybe salah satu puncanya, aku tak faham.. kerana aku tidak faham.. kenapa tiada yang cuba memahamkan..??? perlukah ku salahkan..? inikah jalanku. aku yg pilih.

Iye betul. Menurut Glasser (1984), pengasas Choice Theory Reality Therapy semua tingkah laku berasal dari dalam diri kita sendiri dan bertujuan untuk memenuhi satu ataupun lebih daripada satu keperluan asas seseorang. Antara keperluan psikologi manusia adalah keperluan rasa dipunyai, kuasa, kebebasan, keseronokan dan keperluan meneruskan hidup atau survival need.Oleh itu, segala tindakan aku mempunyai makna tersendiri dalam usaha untuk mencapai mana-mana matlamat yang aku tentukan. Bagi aku pula, aku nak kebebasan dan keseronokan. Itu yang utama bagi aku.

sehinggalah aku terjumpa dalam Al-Quran


"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "
An-Nur : 31

banyaknya kelemahan aku.. kekurangan aku.. Ya Allah... bantulah hamba-Mu ini dalam mencari sinar kehidupan..


Dalam ‘Discovering Human Happiness, jurnal tulisan James Skeen , ‘… humans need to express these impulses in order to live and feel "good" Glasser calls them needs.’  Jurnal ini banyak membincangkan berkaitan teori yang aku pilih.  Kadang-kadang dalam mengubat satu pesakit, injection tidak dikenakan pada tempat yang sakit. Misalnya, terpijak paku, lengan yang diinject! Hai, bayangkan kalau paku kena di kaki, di kaki itu yang kena diinject… so, waktu tu,aku sakitlah, jiwa aku yang sakit! Jadinya, jiwa aku perlu diubati, bukan melalui paksaan.Aku merasakan jika aku memakai tudung aku akan terikat, pergerakan aku terbatas, tak boleh nak bergaul dengan sesuka hati aku, nak kena jaga pergaulan, pokok pangkalnya semua benda aku kena aku kena jaga.Ala.. leceh betul... Lagipun ,kalau aku pakai tudung pun, nanti aku tak istiqamah, kejap buka kerja tutup. Aku sendiri tak pasti, kalau aku dapat stay dengan imej bertudung ke tak…Erm.. baik tak payah nak pakai tudung, biarla masa yang menentukan bila aku akan pakai tudung dalam keadaan aku confident, and conscious. Aku yang mencipta pandangan aku sendiri, aku yang mempersepsikan kehidupan aku berdasarkan keperluan aku. Degil betul diri aku ni. Itu dulu, sekarang?




2010 UPSI

Semasa usrah, aku pernah menyatakan keinginan untuk memakai jilbab, tapi aku tak pasti bila masa akan guna jilbab. Sahabat dalam bulatan usrah memberi sokongan kepada aku. Aku sudah mengetahui apa yang aku inginkan, tapi sukar untuk aku menjadi praktikal dan lebih realistic. Bagi aku, usrah ini umpama nucleus dakwah.

Eira adalah seorang sahabat yang sangat baik! Dia tak pernah putus asa untuk memberi nasihat kepada aku. Dia sabar dalam menegur aku, dia  cakap, ‘hajar… kalau di hati kita sudah terdetik untuk melakukan perubahan, better  lakukan sekarang.. sampai bila nak tunggu? Allah dah membuka hati hajar untuk berubah, jangan lepaskan peluang ini, jangan tunggu lagi, lakukan!’ Eira memberi satu bungkusan kepada aku. Aku terkejut dengan pemberian Eira. Sehelai tudung berwarna hitam bidang 60 yang dihiasi dengan manik-manik berwarna putih. Eira dan mereka dalam bulatan usrah tak pernah putus asa dalam memberi semangat kepada aku. Dalam proses memimpin dalam Choice Theory Reality Therapy , AB-CDEFG telah diperkenalkan oleh Wubbolding. Apa AB-CDEFG? Ia adalah  Always be courteous;pemimpin melayan dengan rasa hormat dan penuh harga diri. Always be determined; mempercayai perubahan dapat dilakukan, tidak berputus asa dengan klien dan yakin kehidupan yang lebih baik dapat dicapai. Always be enthusiastic; melihat daripada sudut yang positif, menggalakkan klien melihat semua kemungkinan dan mengambil langkah penyelesaian masalah yang berkesan serta sentiasa bersemangat.Always be firm; bersifat tegas dengan klien namun tidak mengabaikan suasana empati. Always be genuine; perlu tulen dan tidak berpura-pura. Ini yang aku dapat lihat dalam kumpulan usrah, dan Eira. Walaupun, kumpulan usrah  lebih kepada kelompok terapi realiti. Pendekatan terapi realiti  ini menekankan penyelesaian masalah secara yang lebih praktikal dan realistik yang mendukung konsep here and now. Aku dalam dilemma, nak pakai jilbab atau tidak, akhirnya aku membuat keputusan. Akronim WDEP dapat membantu aku dalam  menerangkan prosedur-prosedur utama dalam realiti terapi. Maksud WDEP ialah wants, doing and direction,evaluation, plan and action.

Apa yang aku inginkan? (wants). Aku bukan sahaja telah belajar secara teori. Sekarang nak praktikal. Ya dan perubahan itu yang dilakukan sekarang sehingga diri dikata tidak moden dan jumud serta beku mengenakan pakaian sebegini (doing and action ). Aku diperli, ‘mengapa nak pakai baju tu..tudung labuh-labuh, tak perlu, awak bukan pelajar dari sekolah agama... eee... kolotla...' . Adakah ini akan menghalang aku daripada meneruskan tindakan aku sekarang?     
     
( Doing and direction-Melihat tingkah laku dan arah tujuan tindakan). Akhlak ialah buah ibadah. Kalau ibadah tak menjadikan aku seorang baik peribadi dan berakhlak, ertinya ibadah aku tak berbuah. Mungkin ibadah dibuat atas dasar pengabdian selain Allah dan bukan daripada dorongan iman, tapi disebabkan ‘kerana-kerana yang lain’ (evaluation).

Almaklumla, aku kan friendly, bukan semua mereka yang aku kenali, mempunyai pendapat yang sama dengan kumpulan usrah, masing-masing ada pandangan mereka yang tersendiri.Aku sedih dikatakan sedemikian? Tolong sikit… tipulah kalau aku cakap aku tak sedih.. Tapi, aku sengaja memekakkan telinga dan membalas senyuman kepada suara-suara mereka dan aku kuatkan semangat kerana aku ingin berubah.  Kuakui banyak kelemahan dan kekurangan ilmu di dada. Sebagai bekas pelajar di sekolah menengah harian biasa aku akui, aku tidak pernah menyertai mana-mana aktiviti keagamaan. Sejak berada di Universiti Pentarbiyahan Syuhadah Islamiyah ini, aku menyertai usrah. Dengan menyertai usrah, aku dapat memperbaiki diri aku. Mungkin inilah yang menyebabkan sebelum ini, aku merasakan jiwa aku kosong, tapi kini dengan pengisian dalam bulatan usrah, aku dapat mengisi jiwa aku yang ‘gersang’. Jiwa ini perlu disuntik dengan keimanan, agar aku tidak menjadi kalis cinta kepada-Nya. (Evaluation)

Allah berfirman dalam Surah Ar-Rad ayat 11 :
‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.’

Aku percaya manusia mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap diri sendiri. Berdasarkan Choice Theory Reality Therapy, satu-satunya cara manusia mengawal persekitaran adalah dengan memilih apa yang perlu dilakukan. Walaupun masa lepas adalah di luar kawalan manusia, namun manusia masih mampu mengawal dan merancang tindakan pada masa sekarang. Mesti korang setuju dengan penyataan yang aku kutip daripada teori ini, sebab William Glasser bukan SS macam aku… William Glasser hebat orangnya! Tapi ada yang lebih Maha Hebat. Mestilah  Allah SWT lagi hebat, sebab Allah yang menciptakan William Glasser dan kita semua.

Berpakaian itu, menurut syariat siapa sebenarnya? Adakah aku telah melakukan yang terbaik?Hati ini menjadi gusar, ajaran siapa yang selama ini kuturuti.? bukankah itu bukan cara syariat. Tidak pernah terlintas pakaian yang kugunakan selama ini, adalah salah. Asalkan ia menutupi aurat, namun tidak ku mengikut syariat Islam, melabuhkan tudung seperti tuntutan. Ya Allah.. (evaluation,menjalankan penilaian kendiri) . Disinilah aku mula berasa kesal dan berdosa sangat, kerana aku telah menganiayai diri aku sendiri. Selama ini, aku hanya fikir bebas dan seronok sahaja. Semasa membelek buku di MPH Bookstore, Alamanda aku terpegang novel Does My Head Look Big in This? , karya Randa Abdel- Fattah , mengisahkan seorang perempuan bernama Amal berumur 16 tahun yang membuat keputusan untuk full time mengenakan hijab. Tajuk novel ini membuatkan aku berfikir, adakah aku sama dengan mereka sehingga wujudnya persoalan ini?

Allah S.w.t berfirman dalam surah Al-Ankabut , ayat 69 :
Orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin  mereka ke  jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah, bersama orang yang berusaha membaiki amalannya.
........



I am who I am today because of the choices I made yesterday - Qi
....................
Semoga bertemu kembali....

2 comments:

  1. :) bila enti ingin berubah jangan ditangguh perubahan itu. benar kata sahabat enti, Eira. jika kita ingin bertaubat, jangan ditangguh taubat tersebut. percayalah, jika kita ikhlas ingin berubah keranaNya, ALLAH pasti akan tunjukkan jalan dan mengurniakan kita pendamping yang baik2, soleh dan solehah, insyaALLAH di sisi kita. tak percaya? cuba lihat persekitaran dan sahabat2 kita. teruskan mujahadah! biarpun ianya pahit, percayalah imbalannya adalah suatu keni'matan di pengakhirannya. ~love~ ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen...
      insyaALLAH..syukran enti, semoga ALLAH menjaga hati ana agar terus thabat dlm jalan ini..

      ana bersyukur kerana dikurniakan sahabat2 yg sangat menyayangi diri ana & mnerima kekurangan diri ana...

      benar kata enti.. ana dikelilingi oleh mereka yg soleh & solehah... Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, tika ana jatuh dan rebah.. mereka membantu ana agar terus melangkah..

      Ya ALLAH ..tetapkan hati ini agar tidak mudah goyah..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...