Salam perjuangan Islam.. Doakan agar aku terus thabat ya Sahabat2!!
Maafkan aku Ya Allah..
Ya Allah izinkan aku untuk meneruskan perjuangan yang suci ini
Ya Allah aku tidak ingin menjadi dusta terhadap kata-kataku sendiri
yang aku pernah ungkapkan..
Izinkan aku untuk terus berjuang untuk menegakkan syiar Islam
Ya Allah pandukan aku untuk terus thabat di jalan ini
Ya Allah.. jangan Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau berikan hidayah kepadaku
Ya Allah kuatkan untuk terus berada dalam perjuangan ini..
Sesungguhnya inilah jalan yang aku pilih..
Aku bersyukur Ya Allah, kerana Engkau memberi keizinan kepada diriku
untuk berada dalam perjuangan ini..
Satu pintaku... izinkan aku untuk terus berada dalam perjuangan ini
sehingga akhir hayat aku..
Ingin aku hidup dalam Islam, bersama nikmat Iman, Nikmat islam yang Engkau kurniakan..
Ya Allah.. pandulah aku..
Aku khuatir.. aku khuatir.. jika aku jauh dari perjuangan ini...
Izinkan aku.. perkenankan aku untuk terus thabat dalam perjuanganMU..
Aku sayang Islam..
Terima kasih Ya ALLAH..
kuatkan aku, pandulah.. hanya kepadaMU aku berharap..
Hanyalah Allah yang memahami isihati.. kerana Engkaulah pemilik hati ini..
Maafkan aku Ya Allah,
aku takut andai perjuangan ini malap..
Izinkan aku.. tunjukkan aku jalan..
Jihad adalah jalan juangku..
Mati syahid cita-cita tertinggiku.. Sayang Islam.. hidup dan matiku adalah untukMU..
sesungguhnya aku rindukan SyahidMu..
Sungguh aku rindu untuk bertemu dengan Mu..
Sayang Allah..
341(1)
Khar
kata-kata yang begitu berkesan. air mata bercucuran mengingatkan dosa-dosa lampau.
ReplyDelete