Salam kasih sayang :)
readers! ni hao ma? semoga sihat dan baik2 sahaja..
Qi nak kongsi tentang kisah cerita yang asyik disoal bila umur dah 23 tahun, balik kampung soalan-soalan yang kerap diaju..
21/11/1990 aku dilahirkan, semasa umur 4 bulan di alam rahim ibu, semua perkara tentang diriku telah Allah tetapkan, hidup, mati, jodoh, rezeki... itu sudah tertulis buat setiap hamba-Nya. Janji Allah itu pasti.
Selalu cuti semester tempat first yang dituju mestila rumah yang terchenta kan.. Kali ni, cuti semester 2 bulan, tapi duduk rumah seminggu sahaja. So, bila dah blik kampung ni, ambik peluang ikut ayah p masjid, kalau tak sempat jalan kaki pi surau yang dekat dengan rumah tu.
Bila di surau.. mak cik-mak cik yang ada, tanya...
eh.. hajar,bila balik..?
baru semalam tok cik..
ooo.. bila nak kawin? dah ada orang ke?
aku tak tahu nak jawab apa..
he.. ngaji tak habis lagi ni tok cik..
esok... pergi surau.. soalan sama jugak yang diaju, tapi mak cik yang lain pula yang tanya...
aku?.. balik rumah... selepas solat isya'
Mak.. orang kat surau, awat suka tanya bila cheq nak kawin..?
kawin, kawin.. kawin.. pergi kampus pun.. cerita sama, balik kampung pun sama..
Aku tak marah or salahkan mereka, tak mengapa mereka nak aju soalan, aku tahu, aku jawab.. kalau aku tak tahu aku tak jawab.. lagipun, mungkin usia hajar, 23 tahun.. eih.. 23 ke.. baru 22 tahun 5 bulan.. adalah perkara yang sinonim buat masyarakat untuk aju soalan begini. ikut zaman mak,time aku ni dah ada anak 2-3 orang dah rasanya..
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
soal kawin ni bukan perkara main-main..
baru-baru ni mak call.. aku tak jawab, sebab ada dalam kelas.. risau betul aku bila keluar and belek hp tengok banyak sangat miscalls dari mak..
so, aku call mak.. mesti ada benda penting yang mak nak bagitau aku..
Assalamualaikum.. mak, maaf sangat, tadi hajar ada kelas... silent hp.
Selalunya, kalau time meeting apa-apa.. kalau tertera no hp ibu yang call, mesti aku bangun dan jawab panggilan ibu..
mak bagitau, ada orang nak datang rumah merisik anak mak..
ha? merisik anak mak.. mak hani baru je lepas SPM, takkan dah ada orang nak masuk merisik dia..
bukan hani, tapi hajar la..
ha? merisik hajar.. terkejut aku time tu..
spontan dari mulut aku..
mak tolong mak, hajar tak nak lagi, bukan sekarang, hajar nak belajar dulu,
ye.. mak tahu , mak pun nak anak mak habis study dulu..
habis tu?
depa sanggup nak tunggu anak mak blaja bagi habis...
Allah... mak tapi...
tapi.. apa? dah ada pilihan sendiri ke?
tak juga... kan hajar dah cakap.. hajar pemalu, tapi bukan sekarang..tunggu seminggu lagi hajar bagi jawapan...
ye.. tapi, nanti cuti mid sem bulan enam ni balik kampung la..
insyaAllah..*
perbualan 3 minggu yang lalu dengan mak..
bukan lagi masanya...
reaksi pak dak bila tahu tentang hal ni..
*hajar tu jiwa dia Islamic, kalau tak masuk dengan jiwa dia, boleh sakit jiwa si hajar tu..
mak faham aku macam mana, tapi mak tetap risau dengan aku yang sorang ni sebab tak de lagi hint-hint nak bagi mak menantu..pening juga aku..bila buat mak risau macam ni.. bukan tak nak, kalau dapat bagitau mak sekarang, pun hajar nak..asal mak tak risau.. tapi, belum tiba masanya, ha mungkin sebab tak de yang sesuai dengan hajar.. paras rupa bukan yang utama, bukan itu yang hajar cari...
pak dak yang aku sayang, memang memahami aku... mungkin aku berbeza dengan kakak dan hani, tapi inilah aku.. mungkin kita berada di rahim yang sama, aku tetap menolak percintaan sebelum berkahwin sejak di zaman sekolah hingga ke hari ni. Dan aku yakin dengan satu perkara, sehingga ke hari ini. Biarlah ia menjadi rahsia.
Tidak mengapa dikata sombong, jual mahal ke atau kolot oleh mana-mana pihak.. aku tahu apa yang aku lakukan.. kerana cinta itu suci dan tidak perlu kita kotori sebelum tiba masanya..
Siapapun dia, biar tidak berharta asalkan kaya dengan budi bahasa dan agama, itu sudah cukup bagiku.
Aku memilih?tak, aku cuma masih belum bersedia.. harap bersabar dengan diri aku.
Mak doakan anak anak mak berjaya ye.. dunia dan akhirat. Sayang mak fillah..
Persediaan untuk mensolehahkan diri, masih banyak kekurangan diri, belum cukup kuat untuk bertukar status lagi.. tipulah, kalau cakap tak nak kahwin, nak.. tapi bukan masanya lagi.. keyakinan, bila tiba masanya.. hanya Allah yg tahu.. siapapun dia, hanya Allah yang tahu...
Berkahwin itu mungkin mudah, tapi persediaan untuk menuju ke alam perkahwinan itu?
Hajar sayang mak,
Mak jangan risau, satu sahaja pinta dari anak mak..
DOAKAN KEJAYAAN HAJAR DUNIA DAN AKHIRAT.
redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa..
No comments:
Post a Comment