Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Sunday, April 14, 2013

Air mata berbicara

Air mata berbicara

Bila hajar teliti dan mengingati kembali.. bermula hujung tahun lepas dan hingga masa ni. *tak semua, tapi kebanyakan .. hajar tidak menyalahkan persekitaran , tiada siapa yang perlu dipersalahkan ,kerana kita berbeza, ya.. hajar terima, tapi adakah kerana kita berbeza fikrah, perlu menyekat apa yang hajar lakukan.. hajar jelas apa matlamat hidup hajar...

Allah,  bersyukur dan koreksi diri, aku menangis kerana gusar jika tidak istiqomah dalam perjuangan.. moga air mata yang mengalir ini tidak sia-sia.

Ya Allah.. tidaklah kesedihan ini datang sendiri tanpa keizinan dariMu.. 

Ya Allah, hamba pasti ini adalah jalan yang terbaik buat hamba,
kerana ini adalah jalanMU..

Berikan hamba kekuatan, kerana hamba tidak kuat untuk menahan semua ini..

hamba bersyukur kerana air mata yang mengalir ini  adalah kerana air mata  perjuangan utk agamaMu..
semoga air mata ini tidak sia-sia..

Emosi jangan dituruti, selalu muhasabah diri, nafsu perlu ditentang, jihad diteruskan.

insyaAllah dengan izin Allah.

Benarlah bahawa jalan jihad ini bukanlah jalan yang mudah. 
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani). 
 29-1:  Alif, Lam, Mim. 


29-2:  Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? 


29-3:  Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.  


29-4:  Atau, apakah mengira orang yang mengerjakan kejahatan itu bahawa mereka akan mendahului Kami (Allah)? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu. 


29-5:  Sesiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya janji Allah itu pasti datang. Dan Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui). 


29-6:  Dan sesiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya) daripada sekalian alam.  


29-7:  Dan orang yang beriman dan beramal salih, benar-benar akan Kami (Allah) hapuskan daripada mereka dosa-dosa mereka, dan benar-benar Kami (Allah) berikan mereka balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.


Surah Al-Ankabut (labah-labah)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...