Perjalanan ini,
Pelbagai duri dan onak terpaksa ditempuhi,
Semuanya demi menggapai redhaMu Ya Ilahi..
Kerdilnya diri ini wahai Rabb-i
Aku sedar betapa jauhnya diri ini,
Aku lalai dan alpa dengan duniaku sendiri,
Aku diuji , tanpa ku sedari.
aku hanyalah hamba yang bersifat ‘asi’..
Aku tidak sekuat srikandi sejati,
Aku tidak sehebat muslimah terpuji,
Aku hanya hamba,
Yang tidak kenal diri,
Yang sering lupa pada janji,
Hipokritkah aku Ya Rabbi?
Sungguh aku terlalu jauh denganMu
Namun, aku ingin menggapai redha-Mu
Aku sedar cinta ini tidak sehebat mujahid-MU
Namun…
Aku ingin menjadi mujahidah sejati,
Izinkan aku Ya Rabbi,
Bantulah aku untuk terus thabat di jalan ini,
Hanya kepada Mu aku mengharap & memohon pertolongan.
Jika cinta ini tidak suci,
Maafkan aku Ya Allah kerana menodai ia,
Berikan aku jalan dan cara untuk jadikannya ia suci,
Hanya Engkaulah Maha Pemberi,
Janganlah Engkau jauhkan diriMu dariku,
Kerana aku tidak sanggup jauh dariMU..
Izinkan aku menjadi salah seorang yang Engkau cintai.
Izinkan aku kembali kepadaMu dalam keadaan Engkau redha
terhadap diriku ini
Kerana aku tahu, Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang dan
Maha Pengasih,
Terhadap diriku ini..
Terima kasih Ya Rabbi.
Atas segala rasa yang Engkau berikan.
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, disebutkan bahawa jika
kita menghampiri Allah sejengkal, Allah akan mendekati kita sehasta. Jika kita
menghampiri Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa. Jika kita datang
kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepada kita dengan berlari.Kuncinya,
ialah kemahuan untuk pulang ke pangkal jalan. Serahkan selebihnya kepada Allah!
No comments:
Post a Comment