Alhamdulillah,
puji dan syukur kepada Ilahi atas segala nikmat yang diberikan.
Terima kasih
Ya Allah atas nikmat iman dan islam yang diberikan, sesungguhnya Allah itu Maha
Penyayang dan Maha Pemurah.
Sayu rindu
dan pilu hati apabila mengenang nasib saudara Islam yang berada di Syria,
Mesir, Rohingya, Vietnam, Thailand, sesungguhnya kalian adalah insan yang hebat
dan terpilih olehNya. Malu terasa kerana diri ini tidak kuat, hanya mampu
berdoa semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat dan penjagaan Allah..
Yakinlah Islam will rise.Penindasan terhadap umat Islam yang berlaku pada hari
ini salah satunya berpunca daripada ketidaksepakatan umat Islam sendiri.
Hati sedih
dan sayu mengenangkan peristiwa memali, Arab Saudi membina angkatan tentera
bukannya untuk menentang Israel, malah sanggup melanyak rakyatnya
sendiri. Di Syria, Bashar al Assad
pula mengulangi sejarah kezaliman ayahnya dengan membedil penempatan
rakyatnya sehingga jutaan penduduk menjadi mangsa pembunuhan dan gelandangan.
Egypt, you
are not alone! Muslim World Unity.
Al-Hujurat :
10
'Sesunggunya
orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua sahabatnya
yang berselisih dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat syafaat'
Sedih, sayu dengan apa yang berlaku pada saudara Islam di sana?
Sila klik Jawapan Dr. Aidh Qarni . Dr. Aidh Qarni seorang ulama di Saudi yang terkenal dengan bukunya “La Tahzan” menulis di ansarportsaid.net hari Sabtu 24 ogos 2013 tentang bagaimana seorang muslim menyikapi kondisi Mesir saat ini.
Takkan surut walau selangkah, takkan henti walau sejenak, cita kami hidup mulia atau syahid mendapat syurga!
Semoga kalian sentiasa diberi kekuatan dan aqidah yang kukuh.
No comments:
Post a Comment