Manusia sentiasa mengejar dunia..
Perkara dalam gapaian telapak dunia..
Semata-mata kerana dunia..
Mereka lupa akan tarbiah..
Mungkin tarbiah bukan segala-galanya..
Tetapi dengannya,
Syurga juga mampu kita tembusinya...
Peritnya menahan cinta..
Cinta anugerah Allah..
Kadang-kadang aku diajak berbicara soal cinta.
Bukan cinta kepada-Nya sebaliknya cinta kepada manusia..
Bukan aku mahu kukatakan yang sebaliknya..
Ya aku tak nafikan kerana cinta itu adalah anugerah yang terindah..
Mungkin kita tak pernah bersua.
Wah! Selamat..
Namun kita berbicara soal cinta di alam maya..
Sedar atau tidak..
Khalwat di alam maya..
Ku rasakan perkara itu sia-sia..
Mesej tentang cinta kita kongsikan ..
Untuk gembirakan hati yang dalam kekecewaan..
Biar Adam atau Hawa..
Semuanya tentang jiwa..
Jiwa kepada manusia..
Ku cuba untuk hindari..
Ku cuba untuk kembalikan jiwa,
Ku ingin bantu muslimah kesayanganku,
Sedarlah cinta itu tidak memberi faedah kepada dirimu langsung.
Malah membawa dirimu ke lembah kehinaan dan kehancuran..
Tanpa kita sedari..
Kita telah terjerat dalam langkah syaitan durjana..
Mungkin kita tak fikir...
Itulah sehalus dan selicik-liciknya tipu daya syaitan..
Oh alangkah lalai..semuanya merugikan...
Sahabat maafkan aku..
Kutahu.. dirimu dalam kekecewaan..
Kuatkanlah dirimu.
Kerana cinta kepada manusia itu tak pernah kekal..
Tetapkanlah hatimu,
Berikanlah cintamu..
Jiwaku dan jiwamu kepada pemilik jiwa..
Pemilik segala jiwa..
Hanya dia yang selayaknya..
Wahai muslimah kesayanganku..
Allah telah tinggikan darjatmu..
Maka janganlah kau jadi seperti bunga yang layu,
Yang akhirnya menyembah bumi...
Sedarlah engkau..
Kau sebenarnya mawar berduri..
Susah dimiliki dan digapai..
tak bisa digapai oleh tangan yang akan merosakkan dirimu..
hanya yang benar-benar beriman yang berani..
Wahai Adam...
Ingatlah !
Wanita itu adalah amanah buatmu,
Tanggungjawabmu
Jagalah mereka sebaiknya..
Janganlah kau meragut maruah mereka sebelum
tiba masanya..
Tahulah wanita itu lemah.
Akalnya senipis rambutnya...
Maka tebalkanlah dengan ilmu..
Selagi belum tiba masanya...
Jagalah cinta suci yang Allah telah tetapkan buat kita..
Sayangilah dirimu...
Peritnya menahan rasa cinta...
Moga kita berjaya..
Alangkah sayangnya Allah kepada kita..
Cinta itu harus fikir..
Fikir itu harus menggunakan akal..
Akal pula hanya akan mampu jika disirami dengan keimanan
Kuatkanlah hati..
Teguhkanlah perisai keimanan..
Moga kita akan menjadi muslim yang lebih baik..
Insya-Allah..
Salam kasih sayang..
Qaseh irsalena..
salam kasih sayang^^... sronok bca en3 ni.. truskn sahabat..mga berjaya dunia n akhirat.. mga d pertemukn insan soleh..^^
ReplyDelete~21 tahun bakal menjelang~huhu...
assalamualaikum.. terima kasih.. sahabat.. semoga dirimu dan driku akan bertemu lagi.. insyaAllah.. mga kita dapat berkongsi ilmu yg bermanfaat..
ReplyDelete21 tahun bakal menjelang.. perlukah dilupakan sahaja.. ? manusia itu sentiasa berubah-ubah..Allah telah tetapkan :)
doakan yg terbaik buat diri saya dan dirimu.. salam kasih sayang .. :)