Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Wednesday, November 16, 2011

Dunia baru bersama Dora The Explorer

Alhamdulillah, hari ini terasa seperti hari baru, dunia baru bagiku..
ternyata agak sukar untuk melakukan sesuatu yang tidak biasa kita lakukan..
untuk pengisian pada awal pagi tadi.. semalam lagi aku telah membuat persiapan awal... 
kerana tidak mahu tertinggal dan terlewat bagi perjumpaan pertama... 

...tetapi...
maaf, kerana saya terlambat..maaf sangat2... sehinggalah pintu diketuk... ya Allah rupa2nya aku bermimpi...
faster... 

Seusai melaksanakan tuntutan wajib sebagai muslim,aku bergerak ke lokasi untuk menemui sahabat, maaf benar2 terlewat... -_- 

Perjalanan Dora Explorer, pada pagi tadi dimulakan dengan membaca Al-Mathurat dan berta'ruf. 
Perkenalan hampir 2 tahun, sesi ta'aruf tadi memang bermakna..

teringat Dunia Baru the movie, lakonan Madihah yang dilakonkan oleh Ann Ngasri..wataknya menarik minat aku, salah satu babak yang melekat di minda aku,  semasa baru di universiti, MADIHAH bersemangat untuk adakan usrah dengan sahabat-sahabat perempuan. Bukan mudah untuk bangun awal pagi tetapi perkara ini menjadi mudah dengan istiqamah dalam setiap perkara..


bagi aku, yg masih menuntut di sekolah menengah pada waktu itu, bercita-cita untuk ke universiti bagi merasai pengalaman usrah bersama sahabat. alhamdulillah, perkara hari ini. seolah-olah dunia baru bagiku..semoga ia akan terus menjadi amalanku.. dan aku lebih istiqmah dalam melakukan pekerjaan.
harapan aku dalam Dora ini adalah... aku dapat baiki diri aku dengan lebih baik.. dan lebih 'jelekit' dengan 4 sahabat Dora The Explorer...

salam kasih sayang.
DTE

1 comment:

  1. rupa2nya.. ia bukan seperti yang aku sangkakan.. ia luar kotak pemikiran aku.. tak pernah aku fikir sehingga ini.. :) i love dora

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...