Siapakah
WaniTa yang menjadi Ahli SyurGa? Apakah ciri2 atau sifat2 yg mjadi kunci bagi
wanita memasuki syurga?
1)Sebuah
hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda
yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu,
berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan
disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
2)Drp Abu
Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:
“Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari
kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan
berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau
kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan
sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan
amalan yang lain” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Tertunainya
hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah
kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh
hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga
kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan
menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya
datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang
tidak elok didengar.
3)Sebuah
hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan
santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan,
yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis Riwayat Baihaqi)
Maksud
hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan
hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan
kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan
dengan sabda baginda: “Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia
bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang
beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman,
apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia
bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan
lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!”Taat kepada suami merupakan
satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal
makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di
sempurnakan.
4)Sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda: “Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada
suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan
bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat
daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka.” (Hadis riwayat
Al Imam Bazzar)
Isteri
adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah
rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya
kepada suami dan juga anak-anak.
Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
5)Saidina
Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi
Wasallam pernah bersabda: “Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan
lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat
manusia.”
6)Selain
itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap
isteri yang tidak menghormati status suaminya. “Wanita yang berkata kepada
suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan
segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu
siang hari dan bersembahyang pada malamnya.” (Hadis Riwayat Imam Majah dan
An-Nasai)
Berdasarkan
huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan
bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan
dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan
Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di
dunia dan di akhirat.
Sumber : ILuvIslam
No comments:
Post a Comment