Andaikan 3
individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh
masa,
INDIVIDU PERTAMA
memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang
kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk
seperti keadaan asalnya..
INDIVIDU
KEDUA pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak
berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah
ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
INDIVIDU
KETIGA pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak
boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada
nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong
sampah yg hina..
Begitulah
jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih,
elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat
yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..
Namun jika
Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita
sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
Astaghfirullah...

Sumber : Hamba Allah
No comments:
Post a Comment