Ku tahu jerit payah perjalanan,
Penuh liku-liku dan ranjau dalam kehidupan,
Andai badai bersama ombak di lautan,
Mengganggu perjalanan,
Tabah dan teguhkanlah keimanan,
teruskan perjuangan,
Menuju rahmat Tuhan
Menuju rahmat Tuhan
Musafir di bumi Tuhan,
Menantinya dengan kesabaran,
Hadirnya dengan keikhlasan,
Menerima segala yg diperdugakan,
Kerana kepastian,
Dirinya adalah keyakinan,
buat bidadari kurniaan Tuhan,
Satu penantian,
Sejuta kerinduan dan harapan,
Sejuta kerinduan dan harapan,
Membawa cahaya menerangi alam kehidupan,
Musafir di bumi Tuhan,
kusampaikan pesanan dan harapan,
Tinta suciku menjadi mujahid sejati ,
Tabah dalam ujian Tuhan,
carilah kekuatan dan keberkatan,
Dari Pencipta Rahmatnya seluas lautan,
Biar siapa pun dan rintangan yg mendatang,
teruskan perjuangan,
teruskan perjuangan,
Andai badai bersama ombak di lautan,
Payungilah dirimu dengan keimanan
Terus dan tabahlah dalam perjalanan,
Menuju rahmat Tuhan
biar setinggi mana ombak melanda,
biar seganas mana badai Masalah menghempas,
tanamkanlah sauh Ketetapan Hati agar kapal tak berganjak haluan,
biarlah badai dan ombak itu pergi begitu sahaja
tanpa mencalarkan walau sedikit pun badan si kapal
yang telah tetap haluannya..
mari kita hayati this song.. istiqarah cinta. :)
3-2-7 (KHAR)
UPSI
1.06 am / 12/4/2011
Salam kasih sayang :)
Wasalam
No comments:
Post a Comment