Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang |
Assalamualaikum...apa khabar?? Semoga sihat hendaknya.Alhamdulilah Qi bersyukur sangat kepada Ilahi kerana masih boleh terus menghirup udara yang segar, dikelilingi oleh keluarga yang menyayangi QI,bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang saling memperingati,masih diberi tenaga untuk melangkah mencari cahaya.Moga hidup kita sentiasa disinari oleh cahaya keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya.Qi bersyukur kerana dapat berkongsi cerita dengan sahabat.Kiranya blog ni juga tempat untuk Qi meluahkan apa yang tak terluah di peti suara ini.Moga cerita-cerita yang bakal Qi coretkan dalam teratak ini memberi keberkatan buat Qi dan sahabat.=)
Hari ini QI telah ditakdirkan untuk membaca satu artikel yang benar-benar membuatkan QI terkesan dan berfikir.Nak tahu tak apa tajuk artikel tu..?Tajuk artikel tu,Apa yang tinggal untuk kita?
Iya apa yang tinggal untuk kita..? kalau-kalau esok ruh sudah berpisah dari jasad,dan mungkin sekejap lagi kita mungkin sudah tidak bernyawa.Yakinkah ?? 100 peratus mengatakan esok sahabat akan bangun dari katil..? yakinkah,masih ada esok untuk sahabat? Adakah sahabat-sahabat sudah bersedia untuk menghadapi kematian? Sudah cukupkah amalmu? Sempurnakah solatmu? Bagaimana hubungan dengan ibu bapamu,gurumu,saudaramu..dan Penciptamu?
Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga hal
(1) Sedekah jariyah,
(2) Ilmu yang bermanfaat
(3) Anak saleh yang mendoakannya
–Hadis Riwayat Muslim
QI baru berumur 20 tahun, jika ditakdirkan hari ini QI meninggal, peluang (3) sah-sah bukan milik QI. Peluang (1) ? Mudah-mudahan ada, insyaAllah. Hanya peluang (2) yang mampu QI manfaatkan sebaiknya hari ini, sekurang-kurangnya sempat QI sampai walau hanya satu ayat, walau hanya melalui internet.
Mungkin ini adalah satu medan yang boleh QI gunakan untuk berkongsi ilmu dan memanfaatkan ilmu. Media baru seperi Facebook, Twitter, blog etc.. adalah antara cara yang cukup efektif untuk kita memanfaatkan peluang sementara masih jantung berdegup.Nak ikutkan kudrat ke medan perang tidakku mampu ,=) Insya'allah semoga dapat berkongsi ilmu bermanfaat di medan Ilmu..=)
sahabat2 ^^, mari kita sedekahkah Al-Fatihah buat semua saudara-mara kita yang telah ke rahmatullah ... ...........AL-Fatihah......
Amin Ya RAbb...
Syukran Jazilan Kasira.
Salam Kasih sayang...QI =)
KHAR
No comments:
Post a Comment