Assalamualaikum,apa khabar jejak Qaseh.Semoga sentiasa sihat dan bahagia selalu.Malam ini tergerak hati Qi untuk menulis entry tentang pengalaman di PLKN dahulu.Terima kasih kepada Rosni Zaira yang baru Qi temui tadi yang mana merupakan sahabat lama Qi di PLKN,dan alhamdulilah jodoh kita panjang dan dipertemukan Allah di bumi ini,UPSI.Semoga enti cepat sihat ya,dan iman juga sentiasa subur.Insya’allah.
Sebentar tadi,Qi dalam proses nak menaip dan tiba-tiba mendapat satu SMS dari sahabat yang bernama Rosni Zaira.
Salam,awak kat mana ni?Saya muntah-muntah,awak datangla..SMS dari sahabatku.
Qi tekan butang shut down dan terus call rosni untuk tahu situasi rosni di mana.Rosni di 1-5-14.Sama aras dengan Qi sekarang dan Qi ke bilik.
Sebaik sahaja kaki melangkah ke bilik,melihat rosni sedang terbaring dan menangis tatkala tangan berjabat.Kesiannya sahabatku seorang ini,bisik hati Qi.Qi mencuba untuk menceriakan rosni.
Sebenarnya,Rosni pelajar baru untuk sesi 2010/2011 ambilan Disember,dan Qi sahajalah kenalan yang dia kenal di UPSI.Kurus keadaannya,tak da selera nak makan katanya.Qi faham situasi dia sekarang dan dalam proses untuk membiasakan diri di perantauan untuk mencari ilmu.Tambahnya,mungkin tanpa ayah dan ibu serta family tercinta membuatkan dirinya tak sihat.Tambahan pula,rosni belum pernah berjauahan dengan family.Semoga cepat sembuh awak..=)
Teringat pada hari pertama iaitu 26/12/2010,ketika kali pertama berjumpa dengan rosni.Dia ini sebenarnya seorang yang sangat periang dan malam ini tak habis-habis menyatakan kekesalan sebab tak dapat nak join dalam persembahan untuk program minggu orientasi.Memang sesiapa yang berkenalan dengan rosni takkan bosan dengan keletahnya.Ramah,ramah dan ramah.Malah pada malam ini,dalam keadaan yang tak sihat pun kami sempat berborak panjang mengimbau kisah lalu semasa di PLKN.
Kali pertama berjumpa tempoh hari dan pada malam ini,bibirnya masih mengatakan perkara yang sama pada diri Qi.Tempoh hari kali pertama berjumpa dan sebelum ini Qi dan rosni hanya saling bertanya khabar melalui sms sahaja, sekarang muka bersua,tangan berjabat mesra,senyuman di bibir bertambah ke telinga..Agak lama juga hampir empat tahun dan kali pertama bersua selepas tempoh itu,bibirnya mengatakan.Ya Allah,awak lain sangat,tak macam yang saya kenal di PLKN dulu.Betul awak lain.Itu kata rosni.
Malam ini,perkara sama untuk kali kedua bersua.Awak dah lain.Tertanya-tanya Qi lain macam mana?Positif ke negative.Mestilah Qi mahukan perubahan yang positif .
Rosni meneruskan ceritanya,Qi sendiri memang ingin tahu apa pandangan orang pada diri ini.Setiap kata-kata yang dikeluarkan Qi boleh gunakan untuk memperbaiki kelemahan diri.
Masa kita di PLKN dulu,
orang kata awak ( QI ) tegas,garang.
Sekali lagi,membuatkan QI ketawa sambil ingin tahu lagi cerita seterusnya.Iya ke,saya garang, tegas..saya tak tahu pun.
Sambung Rosni,awak ingat Hasina.
Iya saya ingat.
dia bagitau saya,Skuad leader Delta garang. Rasa geli hati plak pula bila orang kata Qi garang.hehehe.Kemudian,saya pergi lagi kat satu orang,delta juga la,kata benda yang sama,Skuad leader kami garang.Tapi memang kena la awak garang dan tegas sebab mereka semua tu kan degil.Ramah rosni menceritakan tentang diri Qi menyebabkan kami berdua ketawa dan terus cerita pengalaman semasa di PLKN.
Sedikit sebanyak Qi mampu untuk menceriakan dirinya yang dalam kesedihan sekarang ini.
Iya ke,mereka kata saya garang ea.hehehehe..awak tengok saya camna? Garang tak?
Bila dah ramai sangat orang cakap awak garang,saya pun nak tahu mana satu orangnya dan pada saat itu la saya mula sapa awak.Awak okey ja,tak garang pun yang seperti mereka katakan.
Awak ni, saya tak garang la.Lucu jugak ya.Mana saya tahu,orang ingat saya garang dan beranggapan begitu pada saya.
Tambah,rosni lagi,
Kalau dulu awak tak garang dan tak tegas sangat mesti awak ada ramai..ramai..( sambil mendepakan tangan) Rosni..rosni,awak ni tak habis- habis buat saya tersenyum.
Apa maksud awak..yang ramai tue..?
Ramai kawan ..sambil tersenyum.. Adala,Tengok sekarang awak dah lain,dulu hitam,sekarang putih.Awak memang dah lain.Dulu susah ja nak tengok awak senyum, kalau tak tegur awak dan tak kenal awak, saya pun ingat awak garang.Nasib saya tegur awak kan. Awak memang dah lain.Awak lainla.....
Dari hari pertama berjumpa dan pada malam ini,bibirnya masih mengatakan perkara yang sama.Awak dah lain,awak lain sangat,tak macam dulu.
Dalam hati,iya ke..sampai begitu sekali.Qi susah nak senyum,sedangkan selama ini,bibir ni memang sentiasa tersenyum dan murah sangat dengan senyuman.Sangkaan Qi rupanya.Bukankah senyuman itu sedekah? Senyuman yang ikhlas itu kan ibadah.
Memang tak dinafikan masa di PLKN Qi tak boleh nak tersenyum terasa pipi seolah ‘elastic’ dan walau macam mana bibir ini cuba sedaya upaya nak mengukir senyuman namun, sukar untuk memberikan sebuah senyuman.Tak sangka ya, di saat kita mengalami tahap stress yang tinggi, tak tahu nak cakap terlampau la sangat 'extreme' stress time tu sampai tak boleh nak mengukir sebuah senyuman yang ikhlas.Kerana diri ini sebelum di PLKN adalah seorang yang sangat ramah,dan ceria malah tersangat murah dengan senyuman.Situasi di sana yang menyebabkan diri ini sebegitu. Salahkan Qi menyalahkan persekitaran. Ya Allah, ampunilah hamba-Mu. Dalam hati sempat juga Qi berbisik sendirian,kalau la Qi garang seperti yang mereka katakan,Mesti anak-anak jagaan Qi ,masa di tadika takut dengan Qi.Huhuhu...
Awak,awak,..terima kasih,saya rindu ,sayang awak.Iya ke saya dah lain.Saya rasa saya macam sama ja awak.Memang la dah hampir empat tahun masa berlalu banyak sangat perubahan pada diri ini.Berhijrah ke arah kebaikan awak.Itu yang Qi sedang 'upgrade'kan.Insya'allah semoga tinta diri ini menjadi muslimah sejati serta menjadi permata ibu dan ayah yang berjaya membahagiakan hati mereka baik di dunia ini dan setelah itu.Insya'allah.
Banyak sangat cerita yang kami bualkan tadi, tapi diri ini tak boleh nak ceritakan kenapa saya jadi sebegitu,seperti yang awak semua sangkakan.Iya.iya,iya saya dah lain.
Hati ini terasa ingin bersama untuk menemani rosni untuk semalaman dan menceriakan dirinya.Sedar masa semakin lewat Qi minta izin untuk pulang.Insya’allah saya akan jenguk awak lagi pagi esok.
Semoga esok awak akan cepat sembuh daripada demam,muntah, dah suhu badan awak yang tinggi semoga kembali kepada keadaan sedia kala.
12.09 AM,KHAR,1-5-10 (2)
No comments:
Post a Comment