Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Tuesday, September 20, 2011

Puteri dibuli ketika berumur 6 tahun…

Pernah suatu ketika puteri dibuli oleh teman yang seusia  puteri ketika puteri di tadika.Sehingga kini,kesan peristiwa itu masih bermain dalam benak fikiran puteri.Parut itu masih setia bersama puteri.Puteri tidak berniat untuk menceritakan perkara ini kepada sesiapa dan perkara ini sudah lama berlalu.Lagipun perkara ini terjadi ketika puteri dan anak itu berumur enam tahun.Hal  ini terjadi secara tidak sengaja.
Pada hari tersebut,puteri duduk di barisan yang kedua dari kedudukan meja hadapan.Sedang ustazah mengajar di hadapan,anak ini memasukkan sebatang pensil 2B ke dalam mulut puteri.Akibat perbuatan tersebut,puteri mengalami sedikit kecederaan ringan dalam mulut.Darah mengalir daripada lelangit puteri.Puteri menahan darah yang mengalir dalam mulut puteri sehingga kelas tamat.Puteri tidak berani untuk mengadu kepada ustazah.Puteri bimbang jika hal ini dibesar-besarkan.Apabila kelas tersebut berakhir ,puteri bergegas keluar untuk meluahkan darah yang ada di dalam mulut puteri.Begitu banyak sekali darah yang mengalir dan sehingga kini kesan parut itu masih setia bersama puteri dari dulu,kini dan selamanya.
“Hmmm…macam mana nie,banyaknya darah ,macam mana nak cuci darah tue,nanti kalau orang nampak,apa nak buat??...”Puteri bermonolog.
Akhirnya,perkara itu berlalu begitu sahaja sehingga kini,kadang – kadang puteri teringat peristiwa tersebut.
Namun begitu,puteri tidak pernah menyimpan perasaan marah kepada anak tersebut.Puteri  tidak pasti sama ada puteri pernah menceritakan peristiwa ini kepada ayahanda dan bonda.Melihat kepada perubahan sikap puteri yang tidak mahu ke tadika,menangis,dan memberi pelbagai alasan untuk tidak ke tadika ayahanda dan bonda semakin kehairanan.Akhirnya,puteri ditukarkan ke tadika lain oleh ayahanda dan bonda.Atas keputusan yang dibuat oleh ayahanda dan bonda puteri ke tadika baru.

Lain sahaja suasana
Seronok puteri melihat suasana  di tadika baru.Kali ini anak-anak yang dihantar tidak seramai di tadika yang sebelumnya.Puteri bermain dan menegur anak-anak yang ada di sana.Ada kawan puteri yang bernama Sakinah dan sehingga kini puteri masih menjejak Sakinah.Sakinah anak kepada Ustazah puteri di tadika baru ketika itu.Setahu puteri Sakinah telah kematian ‘abi’ sejak kecil dan kini Sakinah telah kehilangan uminya.Puteri bersyukur kerana masih mempunyai ayahanda dan bonda dalam hidup puteri.
Ketika kecil bonda akan menyediakan air panas untuk puteri mandi sebelum puteri ke tadika.Kini,puteri berasa sangat kasihan kepada bonda yang terpaksa bersusah payah untuk puteri ketika itu.Bonda akan memandikan puteri setiap pagi.Tidak pernah jemu.Hebatnya kasih  bonda.Di mana kurangnya puteri?Puteri tamat tadika.
“Bonda dan ayahanda maafkan anakmu.Maafkan anakmu kerana tidak belajar bersungguh-sungguh.Maafkan puterimu kerana tidak dapat membanggakan ayahanda dan bonda.”



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...