Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Tuesday, September 20, 2011

Warkah buat kak chik.. atiqah

Assalammualaikum kak chik, atiqah.. kaifahaluki ? harap kak chik tak terkejut dengan kehadiran warkah nie.. ( okie.. kak jad dah mula nak tulis ayat berbunga).Alhamdulillah, malam ni jari-jemari ni rajin nak menari-nari di key board nie..jadi,  kak jad ambil kesempatan pada masa yang senggang ini untuk menulis kepada insan yang berada jauh di mata.. namun .. daiman fil qalbi.. betul tak ayat tue? 

Kalau tak silap hari nie adalah hari kedua kuliah kak chik di sana. Harap semuanya berjalan dengan lancar yea.. InsyaAllah orang di sini pasti tidak pernah melupakan untuk  mengirimkan doa buat dirimu.Semoga diri kak chik dan sahabat-sahabat di sana sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Nya..

Seperti semalam yang kak chik katakan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Yes! it definitely right.. So, belajar rajin2 yea.. cepat sikit balik sini.. hehe..^^,  InsyaAllah..so manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.. Ingat tau.. jaga baik2 hubungan dengan Allah dan juga kenalan di sana.. mak lang oweys berpesan.. jangan sakitkan hati orang dengan lisan kita.. so you must aware with you words.. sometimes,, kita tak sedar apa yang kita cakap maybe buat orang terasa, so cepat2 minta maaf.. ^^, but i knoe.. you can do it! I ken.. you ken.. Malaysia boleh!!!

Banyak yang ingin disampaikan kepada kak chik, namun warkah pada kali ni kak jad berhenti di sini dahulu.. InsyaAllah jika ada ruang dan peluang akan kak jad coretkan, dalam  biar qalam berbicara akhir kata

Ilmu itu kunci, 
Amalan itu khazanahnya,
Tanpa ilmu gudang terkunci,
Tanpa amalan khazanah tak bererti..

Salam kasih sayang.. --aku tetap sayang kamuuu <---kamu pun sama kan... insyaAllah kita berjumpa lagi..
Assalamualaikum.. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...