Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Wednesday, September 28, 2011

Fikir-fikir, renung-renung...


punya mata, namun  tidak mampu  untuk melihat,,
punya dua telinga.. namun tidak mampu untuk mendengar,
punya hati, namun hati ini mati,
punya tangan, namun tangan ini tidak berdaya
punya kaki, namun kaki ini tidak mampu melangkah,
punya akal, namun akal ni tak digunakan..
punya lidah, namun tidak mampu bersuara,
punya ilmu.. namun ilmu itu tidak diajarkan kepada yang lain..

Ya Allah sangat kasihan manusia seperti ini..

andai dia hidup dalam kesenangan, tiada makna harta baginya kerana ia langsung tidak dapat membantu dirinya di alam akhirat kelak..
andai dia seorang miskin, sangat miskinlah dia di dunia dan sangat rugi juga dia di akhirat sana..

fikir-fikirkan sendiri… kita mempunyai pancaindera yang Allah kurniakan..
Cuba renung-renungkan apa usaha yang kita cuba lakukan untuk ummah yang tercinta?
Sejauh mana usaha kita untuk menyampaikan dakwah kepada mereka yang tidak kenal Islam, atau kepada kawan2 kita yang memerlukan bantuan…

Kongsilah ilmu yang kamu ada moga , ia memberi syafaat buat dirimu dan juga orang lain.. apa yang penting lakukan kerana Allah, utk agama Allah dan untuk kemajuan ummah.. utk kemenangan hakiki..

Jika kamu mempunyai mata,lihatlah sekelilingmu.. 
bersyukurlah dengan nikmat kejadian yang Allah kurniakan..
Jika kamu boleh mendengar, dengarlah perkara yang baik, perdengarilah dirimu dengan mesej2 ketuhanan agar ia dapat mendekatkan dirimu kpd-Nya..
Jika kamu mempunyai hati, jangan biarkan ia mati.. jangan biarkan ia berkarat dek lagu2 ‘barat’suntikan ia dengan keimanan,teguhkan hatimu kepada Cinta Ilahi..
Jika kamu mempunyai kekuatan melangkah, pergilah menuntut ilmu..carilah ilmu..
Pasti kamu mempunyai akal, gunakanlah akalmu untuk membantu agama Allah..
Jika kamu mempunyai ilmu.. kongsilah ilmu itu dengan saudaramu, kelak ia pasti akan memberi syafaat buat diri jua..

Selagi jantung masih berdegup, selagi telinga masih mendengar,selagi belum terpisah roh dan jasad..lakukanlah !  Do it now~ 


p/s : peringatan buat diriku yang kadang2 terlupa, dan juga kita bersama.. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...