Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Wednesday, September 28, 2011

Kasih ibu



Kasihmu semerbak firdausi
Ibu, kali pertama mendengar tangisku…
engkaulah insan pertama yang gembra..
Ibuku sayang..
Tika malam sepi kegelapan..
Saat aku dalam ketakutan..
Engkaulah orang pertama yang memelukku dengan erat..

Ibu kini anakmu telah dewasa..
Kini anak kesayanganmu melangkah jauh
Mengejar impian dan cita-cita..
Meskipun terdetik rasa sayu di hati..
Namun, doa dan restu ibu selalu mengiringi diriku..

Duhai ibu,
Aku bersyukur memilikimu..
Aku bersyukur kerana ibu melahirkanku..
Ibu menyayangi amanah yang Allah berikan,
Ibu menjaga dan mengasihi aku..
Ibu engkaulah ratu hatiku,
Ibu juga kekasihku saat aku sepi
Tika berjauhan, ibu tempat aku luahkan segalanya..

Alhamdulillah, aku mempunyai Allah yang mengurniakan ibu dan ayah..
Walau ibu dan ayah jauh di mata,
kasihku pada-Nya semakin kuat,
Namun berkat doa dan iringi restu ibu dan ayah..
Pasti Allah bersamaku…

Ya Allah berikanlah nikmat sihat pada ibuku..
Engkau kuatkanlah ibu,
Engkau jadikanlah ibu wanita yang mulia,
Engkau kurniakanlah Jannah buat ibu..
Engkau ampunkanlah dosa ibuku..
Ibu aku sangat menyayangi dirimu seumur hidupku..
Kasihmu sejernih al-kauthar


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...