Sumber
: http://lamankongsi.blogspot.com & Wilayah Islamiah
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat
nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan
kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan
kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau
harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu
adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah,
tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan
dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila
ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana
lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut
ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika
Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah
r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah
s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah,
“Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah
s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam
keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita
pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka
menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia
bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa
sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan
suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya
melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak
berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke
tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita
itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk
menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat
malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada
manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud
pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan
lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta
kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat
seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku
saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai,
“Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan
suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa
banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari
kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada
mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh
anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak
bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah
dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki
di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan
kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab
Rasulullah s.a.w.:
Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam
menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,
mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah
yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu
mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat
Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata
sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa.
(Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan
mengumpat.)
Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam
agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan,
alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka
jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
1. Orang yang gemuk tapi
kurus
2. Orang yang berpakaian
tetapi telanjang
3. Orang yang alim tapi
jahil
4. Adapun yang gemuk tapi
kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
5. Orang yang berpakaian
tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
6. Orang yang alim tapi
jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan
telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai
anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau
akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah
suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan
menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat
menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu
akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan
jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami
mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia
mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah
sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang
hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
1. Apabila engkau sedang
solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
2. Apabila engkau berada di
rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
3. Apabila engkau berada di
tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
4. Apabila engkau hadir
dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
5. Ingat kepada Allah SWT
6. Lupakan budi baik mu
pada orang lain.
7. Lupakan semua kesalahan
orang lain terhadap mu.
8. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu
derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
1. Menghalang suami dari
bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana
bahagian tubuhnya.
2. Keluar rumah tanpa izin
suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
3. Keluar rumah kerana
belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
4. Dibolehkan keluar untuk
belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
5. Enggan berpindah
(berhijrah) bersama suaminya.
6. Mengunci pintu, tidak
membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
7. Memasam muka ketika
berhadapan dengan suami.
8. Minta talak.
9. Berpaling atau
membelakangi suami ketika bercakap.
10.Menyakiti hati suami
sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
11.Meninggalkan tempat
tidur tanpa izin.
12.Membenarkan orang lain
masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
1. Mengekalkan malu pada
suaminya.
2. Merendahkan (menundukkan)
mata ketika berpandangan.
3. Mengikut kata-kata dan
suruhannya.
4. Dengar dan diam ketika
suami berkata-kata.
5. Berdiri menyambut
kedatangannya.
6. Berdiri menghantar
pemergiannya.
7. Hadir bersamanya ketika
masuk tidur.
8. Memakai bau-bauan yang
harum untuk suaminya.
9. Membersihkan dan
menghilangkan bau mulut untuk suaminya.-Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan
hiasan ketika tiadanya.
10.Tiada khianat ketika
tiada suaminya.
11.Memuliakan keluarga
suaminya.
12.Memandang pemberian suaminya
yang kecil sebagai besar dan berharga.
Ketahuilah, syurga dan
neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami
padanya
C&P : Muka buku
No comments:
Post a Comment