Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10
Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.
1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah,
maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat
Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit,
sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.
3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana
banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia
binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit
antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana
40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu,
mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat
sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan
dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan
Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi
Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.
5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana
Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang
isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan
si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai
manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu
sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan
kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit,
di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu
penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada
kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi
ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah
untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh
Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang
dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi
Musa a.s
8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta
kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam,
merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah
berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak
langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam
ini, Allah mengurniakan penghormatan
kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari
perut ikan Nun.
10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s
pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda
No comments:
Post a Comment