Bagaimana
Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota
Istanbul
Sebelum isu ini dikupas
lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu
sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga
segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara.
Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
Konstantinopel --> Islambul semasa pemerintahan Sultan Al-Fateh --> kemudian ditukar kepada Istanbul semasa pemerintahan Kamal Antartuk
a. Bahagian luar kota
dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja
setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan
seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula,
terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang
digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah
menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai
kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara
Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat
strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w
mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan
seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman,
telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat
seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota
ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas
sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan
Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad
al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis,
5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini
dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini
berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah
berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa
Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk
mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan
tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa
bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa
baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan
mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh
gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah
sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh
beliau.
Tujuan guru beliau berbuat
demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan
saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil
keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak
diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing
untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi
wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang
baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad
ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi
sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunya lah yang telah
mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang
berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah
yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad
di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran
Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari
lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih
dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar
matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang
untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program
pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan
pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan
Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan
pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi
halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu,
antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu
terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya.
Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan
tembok itu.
Tentera baginda akhirnya
berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar
senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara
Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan
baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang
tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap
tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah!
Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat
yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan
melalui laut.
Sultan Muhammad telah
mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod
sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang
pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah
malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa
yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan
meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan
telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah
ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota
Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah
terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan
serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera
sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh
kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan
mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah
mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina
dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang
canggih.
Benteng Rumeli Hissari
dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople
di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan
dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh
Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan
seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan
keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar
menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah
menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan
untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat
menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap
setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting,
sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk
merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja
terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan
Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang
jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil,
Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari
dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa
baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah
diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada
ibadah.
Namun, dalam dua keadaan
kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas
ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan
semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan
berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat
baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan,
sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung,
gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera
Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan
musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota
Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda
tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan
bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole
akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang
dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat
Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja
dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang
pertama itu.
Baginda memerintahkan
kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa
di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu
walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang
duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat
fardhu.
Pertanyaan seterusnya,
"Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan
solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada
tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak
baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu
malam, sila duduk!".
Kali ini semuanya duduk,
kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah
meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh.
Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada
Istanbul.
Sekarang, marilah kita
mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan
Muhammad.
Pertama, Ahmad 'ibn Ismail
Al-Kori:
Guru istimewa ini
menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak
menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil
nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang
panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al
Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru
yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang
mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga
membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk
nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad
bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau
meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah
menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di
bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat
meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang
dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan
teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains,
matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah
merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan
Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah
ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama
memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai
Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan
insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan
yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau
dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya
seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah.
Sultan Muhammad Al- Fateh
Menjiwai Kempimpinan Sultan Al Fateh... sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
Konstantinopel akan ditawan oleh seorang raja yang sebaik-baik raja adalah raja, sebaik-baik tentera adalah tenteranya dan sebaik-baik rakyat adalah rakyatnya~
p/s : modul : Menjiwai Kepimpinan Al - Fateh
No comments:
Post a Comment