Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Monday, December 19, 2011

COHESION

kohesi tu apa? kalau tak tahu....kenyit mata 2 kali.... hehehe.. comellll

erm.. tapi kalau Qi mention kesatuan semua orang faham kan...? ya.. kesatuan, kelekitan.. Qi sayang korang jelekit... sayang kelekit... kohesi..Qi rasa semua orang nak capai kohesi. tak kisahla terutamanya dalam satu organisasi or kelompok..  penting ke kohesi ni,...?

dalam sesebuah kumpulan/kelompok yang nak capai matlamat bersama.. antara perkara penting perlu adalah kepercayaan.

ni slides yg Qi nak share dgn reader tntg kohesi...














dalam sesebuah organisasi.. adalah normal kita akan melalui.. 
1.pembentukan
2.konflik
3. norma
4.bekerja
5.pembubaran

nape nak highlight tntang konflik... tak dinafikan, memang betul... dlm gerak kerja Islam sekalipun, berlaku konflik, .. and at the end... kita berjaya mencapai matlamat.. yang penting ukhwah bertambah utuh...

sahabat, dalam berogranisasi.. -> elakkan nak tunjuk siapa hebat, siapa salah, awak tak buat kerja, saya dah buat ini.. itu.. ini... tapi --- fikir balik..awak mampu tak bergerak sorang utk melaksanakan amanah yang diberi ini... kalau mampu! kenyit mata dua kali... ^_^ bukan mudah tapi tak mustahil.. bukan mudah tapi tak mustahil kan.

Berjemaah merupakan tuntutan dalam membina  ‘sebaik-baiknya ummah’. Ummah adalah kelompok manusia dan bukan individu yang bergerak sendirian. Oleh itu menggabungkan diri ke dalam jemaah Islam adalah satu kewajipan sebagaimana


Firman Allah ;
“ Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambanya yang berperang pada jalan Allah dalam barisan yang tersusun rapi (terancang dan teliti) seperti sebuah bagunan yang tersusun kukuh” - As-Soff ayat 4 -



kambing kalau jalan seekor, senang kan serigala nak makan dia.. cuba kambing jalan berekor2.. maksud Qi kambing berjalan dalam kelompok/kumpulan... agak2nya kan.. serigala tu nak makan tak kambing tue.. berani tak serigala tu..? 

Hadith sahih daripada Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu dari berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jamaah, orang ramai dan masjid (HR Imam Ahmad)

kelompok kohesi bersatu kita jelekit!
sayang readers jelekit!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...