Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan
kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan
diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang
miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di
atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari
kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah
hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung
dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang
seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah
berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan
kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki
kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan
tanda sayangnya Allah kepada kita?
Renung-renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber
kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan.
Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.
Setiap
orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Andalah yang paling layak
menilai diri anda
“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu
berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu
dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Surah Al
Anfaal, 46)
Salam kasih sayang, QI
Assalamualaikum..ye..sokong sgt2..
ReplyDeletebersyukurlah..
banyak sgt nikmat yg Allah tlh berikan pd kita.
waalaikumussalam, Siti
Deleteye, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Semoga terus kuat! selamat belajar