Mungkin rasa segan@malas@ itu lahir kerana rasa takut untuk menghadapi situasi.
Sikit rasa yang ingin aku kongsikan, menjadi penumpang terakhir. Apa ni?
Pernah naik bus? Itu sudah perkara biasa, setiap hari di kampus sejak sem satu hingga sem enam, bus adalah pengangkutan utama yang digunakan. Boleh dikatakan majoriti pelajar menggunakan bus untuk ke kuliah. So, aku dah biasa naik bus. Tak de masalah.. dan kadang-kadang lebih selesa berjalan kaki ke kuliah, walaupun ayah ada sediakan pengangkutan, kesian KCB 5400, dibiarkan.
Apa yang nak ditakutkan?
Ya.. biasa, yang tak biasanya apa? Biasa-biasakanlah..
Perlu ke untuk membiasakan perkara yang tidak biasa supaya menjadi biasa..
mungkin kita perlu fikirkan implikasinya, baik dan buruknya.. analisis mungkin.. rajin tak? untuk fikirkan semua ni..?
Sepanjang perjalanan, aku memikirkan, seorang perempuan@ wanita yang baik@solehah tidak akan keluar tanpa mahram..Didalam hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah saw bersabda,"Janganlah seorang wanita pergi (lebih dari) tiga hari kecuali bersamanya seorang mahram.” (HR. Muslim)
dan tidak akan meletakkan dirnya dalam situasi bahaya. Fitnah bukann? dan apa hukumnya membuat fitnah..ya..boleh terjadi fitnah, namun jika keluarnya seorang perempuan itu tanpa dikhuatiri berlaku fitnah , tidak mengapa bukan.. Ya, yakin bahawa kita akan selamat dan sentiasa di bawah perlindunganNya.
tapi rasa takut itu tetap ada, suspicious itu tetap ada. walaupun kita sering diingatkan untuk bersangka baik, namun kadang-kadang kita terlupa.. Tidak mengapa kalau tidak sedar, tapi kalau tersedar.. saya adalah yang terakhir, pada jam 10 malam, dipandu oleh lelaki yang tidak dikenali.. Bukankah itu satu perkara yang so scary.. dan tidak biasa.. dan wajarlah ibu bapa akan risau tentang apa yang sedang anaknya alami..
'tak nak pergi' , sebab itu kalau keluar seorang diri, rasa berat nak keluar, Si ibu pasti akan call, di mana, dah sampai.. Saya tak de perasaan nak pergi.. yang saya tahu saya nak stay di sini.. kecuali kalau ada orang temankan..pasti kerisauan itu berkurang mungkin jika berteman, Hmmm nampaknya pergantungan kepada manusia itu masih ada...
Inilah perangai kamu, suka buat hal sendiri, dari sekolah sampai universiti, bla--bla.. dan aku tak sanggup lagi mendengar sehingga aku matikan panggilan itu..
mak dengarlah dulu...jangan risau.. dalam bus ni ramai orang..
rasa takut, lepas tu kena marah.. mungkin mak terkejut sebab baru tahu yang anaknya masih belum tiba di destinasi, sorang-sorang plak tu, rancangannya sampai petang.. tapi ini dah jam 8.00 malam..
mak call semula, kali ini mak lebih tenang,
mak bukan apa.. hajar, perempuan.. sorang-soramg. mak risau tau tak..tak senang hati mak.. duk fikirkan..
ok.. mak jangan risau,,
dan mulalah topik aku bersembang dengan mak. tanyakan anaknya lain, ok ke..mengalihkan pandangan mungkin?? dan mulalah mak bercerita, menemai aku sepanjang perjalanan.. kami bergelak ketawa, dan aku tahu, selagi belum tiba ke destinasi selagi itulah mak akan risau...
sampai bila nak macam ni.. ? mak lepas ni.. hajar tak nak keluar sorang-sorang.. kalau perlu sangat pun.. hajar akan keluar awal ..
okey mak.. dah tak de lain kali... :) harapnya .. hajar pun dah tak nak serik.. mak tak pernah marah pun.. takkan dah besar2 macam ni.. nak kena marah lagi.. buat malu dengan Irfan je..
kenapa aku tak boleh kalau tak bagitau kalau aku nak keluar.. mak tak perlu tahu pun ke mana aku pergi. so mak de lah nak risau.. tapi, aku tak boleh buat macam tu.. still juga nak bagitau.. at least mak tahu di mana aku berada.. sebab tu, mak percayakan aku.. so, jangan musnahkan kepercayaan mak dan ayah.
Ya Allah.. di mana pergantungan kepadaNya.. ? adakah sudah meletakkan sepenuhnya pergantungan kepadaNya? Dia sentiasa ada dengan kita..Kenapa masih ragu? Bukankah Dia adalah Maha Pelindung.. T_T
Dispute pemikiran sendiri.
whats wrong with you..? Apa yang ditakutkan.. Be masculine, No. Saya masih normal untuk menjadi diri sendiri.. Saya percaya dan yakin, Allah sentiasa ada dan memberi jalan yang terbaik untuk saya. Semua ini adalah satu proses pembelajaran untuk diri saya supaya menjadi lebih kuat menghadapi cabaran masa depan..Fikir dua kali untuk buli saya..
Surah Muhammad ayat 7, menjadi inspirasi..
" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"
Saya yakin dan percaya pertolongan Allah akan datang. Dan Allah sentiasa menjaga saya.. dan Allah menghantar hamba-hambaNya yang baik untuk diri saya..Rasa sedih, takut dan risau itu hadir kerana apa yang dilakukan oleh si anak membuat si ibu menjadi risau.. Rasa-rasa seorang anak bukan berfungsi untuk itu.. Maafkan saya. Tapi, marah si ibu sekejap sahaja, jam 8 malam call marah, beberapa minit akan sejuk.. Betul, mana ada ibu yang tak risaukan anaknya.. kan.
Terima kasih Ya Allah, atas pertolongan dariMu..Maafkan hambaMu ini yang seringkala alpa dan lalai dalam memikul amanah yang Engkau berikan.. Awareness.. Allah sayang.
macam best je naik train..next time.. kita naik train pulak ok..
=)
manja, comel, sweet.
No comments:
Post a Comment