Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Wednesday, March 6, 2013

3 ceria 2010

Anak-anak di cendekiawan educare

satu masa dulu, aku pernah menjadi seorang ibu muda, kepada 9 orang yng berusia 3 tahun. Masa itu umur aku 19 tahun.  Alhamdulillah ada sikit ilmu babysitter time jaga anak kecil di Jitra dulu. 


Melihat keletah mereka, tingkah laku mereka, mengingatkan aku pada waktu kecil aku dulu, 

tentang kenakalan aku pada mak dan ayah.. 

bila teringat pada anak-anak yang aku jaga  dulu.. mau tersenyum sorang2.. Ya Allah.. sekarang ni mereka dah 6 tahun.. kecuali Qaira 5 tahun.



Mereka anak yang kecil, tapi jiwa mereka besar.. melayan anak-anak kecil di taska, banyak mengajar aku erti kesabaran. Dari jumlah yang aku jaga, hanya qaseh, damia, naufa dan qaira sahaja anak perempuan aku. Yang lain adalah boys

kadang-kadang menguji sangat kesabaran aku... Ya Allah.. apa yang perlu buat supaya anak-anak ini tidak bergaduh sesama mereka..

tapi, anak kecil ini.. mereka 'bercakaran' sekejap je.. lepas tu. petang ok la.. itulah mereka.. Anak-anakku Sayang.

Sayang, seoga membesar jadi anak yang soleh/ah pada mama, ibu, mamy, papa, ayah, dan hamba yang taat kepada suruhan Allah.

Last Year, sempat ke cendekiawan eduacare sebelum sesi pengajian bermula.. mereka dah besar, Damia masih lagi ingat pada aku.. Qaira, tertanya.. mana cikgu Jaja pada ayahnya? Cikgu Jaja pergi sekolah. 

Kadang-kadang berasa berat untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang, tapi mereka bukan milik aku. Menjaga mereka adalah satu amanah yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Bukan sekadar menjaga, mendidik mereka perlu ada sejak usia kecil lagi.

Salah satu sebab aku berada dalam dunia kaunseling,adalah untuk aku membantu anak-anak kecil seperti mereka. Inspirasi anak muda.

Nak jadi pendidik kepada anak kecil  memerlukan kesabaran yang tinggi, minat yang mendalam dan suka kanak-kanak. Aku belajar erti kesabaran daripada mereka! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...