Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Monday, March 4, 2013

Hukum Alam

Assalamualaikum.

Qi percaya dalam hidup ni, pelbagai ragam manusia yang pernah readers jumpa bukan. Ada yang baik, ada yang penyayang, ada yang rajin, ada yang pemujuk, ada yang suka merajuk, ada yang sensitif,  macam-macam ada..

its ok kan.. kalau jumpa orang yang boleh masuk or ngam dengan kita.. tapi, macam mana kalau dengan tak ngam? 

aduh, boleh sakit jiwa lagi2 kalau hari2 nak berdepan dengan kawan macam ni..

aha!

ok, kalau ada kawan macam ni.. memang benar kita akan rasa penat! 

tapi.. apa kata lupakan semua perkara negatif tentang diri dia.. dan katakan pada diri anda, jangan sampai dia mempengaruhi diri  anda..

iye.. like attracts like.. bila mana kita sayang orang, secara tak langsung, kita akan membuatkan dirinya juga sayang pada kita..tak percaya? inilah yang dikatakan hukum alam.. 

sama juga.. dislike attracts dislike.. bermakna, kalau kita membenci orang, secara tak langsung orang berkenaan akan rasa benda yang sama, perkara negatif

contoh : eh.. dia tak suka aku.. or dia ni kenapa, asal jumpa aku je.. mesti bermasam muka.. time aku senyum je.. mesti dia tak balas...padahal aku tak de buat salah apa2 pun.. lantakla dia.. 

so readers rasa apa kalau 'aku' di atas adalah readers?

agak-agak bila terserempak lagi dengan kawan readers yang macam di atas, readers nak senyum lagi ke? 

Qi rasa tak, sebab apa? first, disebabkan ego.. maybe kita akan fikir.. dah cukup 3 kali aku senyum kau tak balas, kali keempat jumpa kau.. aku tak nak tengok muka kau lagi...

see... ?

inilah hukum alam. ni sekadar contoh yang simple.. perkara ini benar-benar berlaku..

hakikatnya.. 

teruslah melalukan perkara baik.. mana tahu kali keempat dia akan senyum.. that's why, orang yang menemui kebenaran tidak akan kecewa... kerana... apa yang dilakukan adalah kerana Allah swt. dan apa yang Qi nak pesankan.. manusia ini kerapkali menilai melalui perbuatan, tapi Allah swt menilai melalui hati hamba-Nya..

Jom sayang sahabat kita, biar apapun reaksinya kepada kita, teruskan bermanis muka dan sayang pada dia.. kita tak rugi apa pun kan.. 

Tiada orang yang sempurna di dunia ini, apatah lagi kita ni manusia biasa kan... tak perlu  mengharapkan kesempurnaan dari orang lain, kerana hanya Dia sahaja yang sempurna. Jadikan kelebihannya dirai, kekurangannya diredhai. 


Readers  berminat nak tahu lebih lanjut tentang hukum alam. Klik di sini
Salam kasih sayang, 
Qi 
selamat berbuka kpd yang berpuasa sunat hari ni..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...